Soal masa, soal kita. Jadi, jika kita sudah mampu menghargai dan memanfaatkan masa, ada lagi yang perlu kita manfaatkan.
SOALAN :
Hari ini, semua orang menggunakan telefon bimbit. Cuba kita lihat, secara kasarnya atau secara zahirnya. Lalu, tanyakan pada diri, berapa lamakah aku telah menggunakan telefon bimbit?
Tanyakan juga, disepanjang hidup aku bersama telefon bimbit, ke arah mana yang telah aku tujukan?
Jika kita imbas kembali perkara – perkara lalu pada ‘gadget’ peribadi yang boleh dikatakan hampir setiap masa bersama – sama dengan kita, mungkin kita akan temui jawapannya. Seperti ‘facebook’, ‘twitter’, dan sebagainya, kita boleh ‘flashback’ apa yang telah kita lakukan selama mana kita bersama dengannya. Boleh jadi, kita banyak melakukan perkara baik. Boleh jadi juga, kita banyak melakukan perkara yang sia – sia.
Tetapi, itu hanya satu mukaddimah sahaja!
SOALAN :
Hari ini, walau ramai yang tidak sekacak seperti artis korea dan tidak sejelita seperti artis korea, tetapi cukup ramai yang dianugerahkan anggota yang baik – baik. Lihatlah dihadapan cermin, kita ada wajah (rambut, telinga, mata, hidung, mulut) dan anggota badan (tangan dan kaki).
Ayuh, tanyakan pada diri. Berapa lamakah aku telah menggunakan anggota – anggota ini?
Tanya lagi, disepanjang hidup aku dengan anggota – anggota yang dianugerahkan oleh Ilahi, ke arah mana yang telah aku tujukan?
Renunglah dan muhasabahlah diri. Jawapan itu, pasti akan temui.
RAGAM MANUSIAWI
‘Internet tiada, matilah kita!’ keluhan pelajar.
‘Alamak! Motor rosak lah pula.
Perhentian bas, jauh tu. Macam mana nak pergi kerja?’ rugutan pekerja.
Fenomena hari ini, yang mungkin kelihatan biasa – biasa. Mulanya, biasa – biasa sahaja. Selepas itu, jadi pula terbiasa. Maka, yang luarbiasa lenyap ke mana?
Yang LUAR BIASA
‘Kau gagal dalam pelajaran ke kawan?
Rileks lah.’ Soalan dari seorang kawan.
‘Ya dan tidak mengapa. Kerana, aku masih
lagi mempunyai tangan, kaki, dan tenaga untuk terus mencari ilmu dan belajar.’ Jawapan daripada seorang kawan.
‘Boleh atau tidak kamu tolong bacakan surah al-mu’minuun?’ permintaan seorang pakcik tua yang buta mata. ‘Boleh, tapi bagaimana jika saya tersalah tajwidnya?’ soal seorang anak muda. ‘Tidak mengapa. Pakcik semak bacaan kamu, dengan telinga.’ Ulasan daripada pakcik tua.
Bayangkan, manusia yang tiada tangan serta kaki, mampu buat perkara melebihi daripada kita yang mempunyai tangan dan kaki. Kadang, kita tidak pernah melihat keluarbiasaan yang ada pada diri kita. Sebaliknya, kita pandang diri dengan pandangan biasa – biasa.
Bila lagikah kita mahu manfaatkannya? Bukankah Allah SWT jadikan semua ini bukan dengan sia – sia ?