24 April 2013
Isteriku tidak cantik
Isteriku tidak cantik, standard dan biasa saja. Aku juga sedar bahawa dia tidak cantik dan kalau berbanding denganku, aku nampak lebih rupawan dari dia. Badannya kecil, kulitnya agak hitam, lebih putih kulitku, satu lagi kakinya agak pincang, yang kanan lebih kecil sedikit daripada yang kiri. Aku menyedarinya ketika aku sudah berkahwin, namun aku sedar bahawa aku telah memilih dia dengan ikhlas dihatiku, kan aku yang pilih, bukan dia yang memaksa, dan walau isteriku tidak cantik, namun aku mencintainya. Allah taburkan rasa cinta itu ketika malam pertama aku bersamanya.
Dimataku dia tetap tidak cantik, namun aku selesa bila melihat senyumannya. Dia selalu menerima apa adanya aku, sempat aku pulang tidak bawa gaji seperti yang dijanjikan di lembar penerimaan pekerja bahawa gajiku tertera 4 juta sekian-sekian, namun kerana aku selalu terlambat dan juga sering bolos lantaran menghantar si kecil ke rumah sakit dan juga si sulung ke sekolah maka hampir 40% gajiku dipotong. Subhanallah dia tidak bersungut, malah akan bersiap menukar menu makanan dengan yang lebih sederhana dan berkeras meminjam komputer buat kami untuk menulis artikel yang dikirimkannya ke beberapa majalah yang kadang-kadang satu atau dua artikel ditayangkan, dan baginya itu sudah Alhamdulillah dapat menambah sambung susu anakku.
Isteriku tidak cantik, namun aku ingat, banyak sekali sumber daya alam yang buruk bahkan legam dan membuat tangan kotor namun tetap dicari, diburu dan dipertahankan orang, seperti arang. Isteriku mungkin bukan emas, dia mungkin batubara, keberadaannya selalu menghangatkan hatiku dan selalu membuatku tidak merasakan resah. Aku membayangkan bila aku menyimpan arang batu satu kilo dirumahku dibandingkan dengan menyimpan emas satu kilo dirumahku, maka aku tidak akan dapat berjaga semalaman bila emas yang ku simpan. Namun bila batubara yang ku simpan, aku masih punya izzah ada barang yang ku simpan yang cukup berharga, namun aku tetap dapat tidur nyenyak dengannya.
Bayangkan bila isteriku sangat cantik, mungkin aku tidak akan tenang membayangkan dia ke pasar dilirik semua lelaki, membayangkan dia sms-an dengan bekas kekasih-kekasihnya dulu, membayangkan mungkin dia bosan padaku. Akh .. aku bersyukur isteriku tidak cantik sehingga aku boleh tidur nyenyak walau banyak nyamuk sekalipun. Isteriku tidak cantik, namun dia adalah isteri yang terbaik untukku.
Pesanku: aku selalu melihat sisi baik dari isteriku yang membuatku merasa sama dan selesa dengannya.
Sumber : eramuslim.com