Salam…
Ustaz Love meneruskan entry soal jawab ni.. Soalan ni daripada seseorang yg menamakan dirinya insan runsing :
“Salam..ustaz..sy nk tahu lah…maksud taubat tu.MESTI dibuat SOLAT TAUBAT ke?Jika seseorg itu hanya memohon keampunan atas perbuatanya dlm solat hariannya,menyedari kesalahanya dan berhenti melakukan zina dgn pasangan nya,tetapi dia masih belum membuat solat taubat nasuha(sbb xtahu caranya)sblm dia bernikah.Adakah dikira belum bertaubat?maka penikahanya adakah tidak sah?“
Maksud taubat itu rasanya semua orang dah faham.. sbb taubat itu merupakan perkataan Arab yang telah dimelayukan.. dan digunakan secara meluas di kalangan kita.. tobat aku tak buat dah.. gitu la antara bunyinya..
Tapi, adakah taubat ini setakat menyebut tobat.. tobat? Ataupun wajib disertai dengan solat taubat? Ataupun nak kena bunuh diri dulu ke? (kes amik hukum daripada al-Quran semata2.. sedangkan itu syariat untuk pengikut Nabi Musa a.s.)
Taubat ini sangat mudah.. nak kekalkan diri kita dalam keadaan bertaubat itulah yg paling payah.. Macam nak mengekalkan kejuaraan la.. nak jadi juara mudah je, nak kekalkan kejuaraan tu yg payah.. apatah lagi jika ianya dikira pada pengakhiran hayat kita.. Belum tentu hidup kita yg penuh dengan amal dan kebaikan ini, akan berakhir dengan kebaikan juga.. Dan belum tentu hidup seseorang yang penuh dengan kejahatan, akan berakhir dengan kejahatan juga..
Sebab itu, jangan mendabik dada dengan kebaikan yang kita lakukan sekarang.. dan jangan putus harapan dengan kejahatan yg dilakukan seseorang.. kerana kita tidak mengetahui nasib kita pada pengakhirannya nanti.
Untuk bertaubat nasuha, maka perlukan kepada beberapa perkara.. iaitu perlukan penyesalan dan kekesalan atas maksiat yg dilakukan.. seorang yg beristighfar tanpa adanya kekesalan terhadap dosa2nya, adalah seumpama seorang yg mengigau.. mulut istighfar, tapi tak tahu apa yg diistighfarkan.. maka, ianya sangat berkaitan dengan muhasabah diri.. kita lebih fokus pada dosa sendiri berbanding dosa orang lain.. dan akan lebih bersungguh2 istighfar memohon keampunan Allah atas dosa2 kita.
Menyesal je tak cukup.. seorang yg berzina, dan menyesal atas perbuatannya.. menangis2 sampai keluar hingus.. bila air hingusnya dah kering, dia sambung berzina.. maka ini bukan menyesal.. kerana kekesalan itu perlu disertai keazaman untuk meninggalkan perbuatan tersebut.. dengan azam yg kuat inilah, maka jika digoda untuk kembali melakukan maksiat yg dulu, beliau akan tetap hatinya dan tak tergoda dengan pujukan dan rayuan tersebut.
Jika perbuatan jahatnya itu (sebelum ini) melibatkan perampasan hak (spt duit, harta benda dsb), maka beliau wajib memulangkan / sedaya upaya berusaha memulangkan hak orang yg telah beliau zalimi. Jika tidak, taubatnya masih lagi tak cukup syarat..
Jika beliau terjebak dengan kejahatan tersebut (sebelum ini) disebabkan terpengaruh dengan persekitaran (contohnya berkawan dengan golongan penzina sehingga beliau terjebak dengan perzinaan), maka sewajarnya beliau berhijrah ke tempat lain dan meninggalkan kawan2 tersebut.. semoga dengan suasana baru itu, akan lebih menguatkan keazaman beliau dalam mengekalkan taubat dan tidak ingin kembali kepada maksiat yg dulu.
Begitu juga jika maksiat yg beliau lakukan itu telah menjadi buah mulut orang kampung / jiran2, maka adalah lebih baik berhijrah (berpindah) ke tempat lain.. Ini kerana, agak sukar masyarakat nak menerima seseorang yg telah bertaubat.. kebiasaannya mereka akan bias dan menyindir2 mereka2 yg telah bertaubat ini.. tak kurang juga ada yg mengeluarkan kata2 kesat.. kalau mampu menahan hati, tiada masalah nak kekal di situ.. Cuma ditakuti, lama2 kena caci, akhirnya kita putus asa dan kembali melakukan maksiat yg sama..
Dan perbanyakkanlah melakukan amalan kebaikan.. kerana amalan kebaikan yg kita lakukan ini, akan menghapuskan kejahatan yg pernah kita lakukan.. banyakkan amalan dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadah2 khusus (wajib dan sunat) spt solat, puasa, membaca al-Quran, zikir dan doa. Juga banyakkan bersedekah.
Jadi, tak semestinya seorang yg rajin menunaikan solat taubat itu, taubatnya diterima Allah.. dan tak semestinya seorang yg tak melakukan solat taubat, taubatnya tak diterima.. Masih ramai orang yg tak pernah tinggal solat taubat, tapi masih terlibat dengan maksiat yg beliau selalu mohon keampunan itu.. Ada juga yg tak tahu solat taubat, tapi berjaya meninggalkan perbuatan maksiat yg pernah dilakukannya.. Kita tak tahu bila taubat kita akan diterima.. kerana Allah juga yg memiliki hati kita, bila2 masa boleh dibolak-balikkan..
Namun, tidaklah Ustaz Love mengatakan bahawa solat taubat itu tiada asasnya.. ianya memang ada asas bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w.. tetapi ianya adalah mustahab (digalakkan) dan bukannya wajib..
“Tidak ada seorang lelaki berdosa yang melakukan dosa, kemudian dia berdiri membersihkan diri lalu bersolat – 2 rakaat – kemudian memohon pengampunan dari Allah swt, melainkan dosa telah diampunkan. Kemudian dia membaca ayat ini :-”Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal” -[surah Aali Imran 135-136]” (HR. Abu Daud, an-Nasaie, ibn Majah, al-Bahaqi dan al-Tirmidzi)
Yg wajibnya adalah menyesal dan berazam tidak akan melakukan kejahatan itu lagi.. itulah syarat taubat nasuha..
Jadi, jika beliau bernikah sebelum sempat melakukan solat taubat, tiada masalah.. pernikahannya tetap sah, sekalipun beliau belum bertaubat.. sebab taubat daripada dosa itu bukanlah syarat sah nikah.. Cuma sebaiknya janganlah ditangguh2kan bertaubat ini.. kerana kita tak tahu bilakah akan sampainya saat kita (ajal)
WA
Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/08/soal-jawab-perlukah-solat-taubat-untuk-bertaubat/#ixzz2FVjjiGF5