24 April 2013

Dibayangi Dosa Terlanjur

Assalamualaikum wab..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada En. Telanjur :

“As Salam Ustaz, saya pernah beberapa kali berzina sebelum ni dan ketika itu saya tidak pernah kesal dengan dosa yang saya lakukan. tetapi baru- baru ni saya sekali lagi melakukan maksiat tetapi kali ni bersama teman wanita saya (perempuan baik). saya sangat sedih kerana tidak mampu memelihara kehormatan orang yang saya paling sayang, lantas saya bertaubat dan berikrar tidak akan mengulangi dan pernah berdoa kepada Allah sekiranya saya melakukan lagi saya mohon tuhan Allah bala kepada saya.

Astaffirullahhalazim…ketika itu saya betul2 hilang pedoman. tetapi malangnya selepas beberapa bulan saya melanggar janji saya dengan Allah dengan melakukan pekara yang sama.

Ustaz tolong la saya ustaz, apa yang perlu saya buat nie takde tempat lagi saya nk berkonsi …saya sering dibayangi dosa2 itu dan yang paling saya takutkan jika Allah menurunkan bala kepada saya. saya sgt berharap ustaz dpt beri pertunjuk apa yang harus saya lakukan..harap ustaz dapat respon diemail saya…terima kasih.“


Pertamanya, kalaulah boleh Ustaz Love tanyakan (tapi Ustaz Love tak harapkan jawapan.. sbb soalan2 sebegini biasanya touch n go.. sang penanya tak sanggup nak berinteraksi lebih lanjut), kenapa tak bernikah? Kalau kita lapar, kita buat la kerja banyak2 ke, lompat katak 10 round ke atau tido sampai lembik ke, takkan menghilangkan kelaparan tu.. sbb kelaparan itu hanya boleh dihilangkan dengan makan. Maka carilah makanan untuk menghilangkan kelaparan.

Begitu juga dalam bab nafsu ni. Nangis la sampai penuh air mata 7 tempayan, atau berjanjilah setinggi langit dan bumi untuk menahan nafsu, ia takkan tertahan, apatah lagi dihilangkan.. sbb manusia ni lahir dengan nafsu.. dan nafsu seks adalah salah satu daripadanya. Jadi, isunya di sini bukanlah bagaimana nak menghilangkan nafsu, sebaliknya bagaimana nak menyalurkan nafsu itu ke jalan yang dibenarkan agama.

Kita hidup ni berpandukan ajaran agama.. bukannya seperti haiwan asal jumpa je sang betina, kat tepi jalan tu jugak dihentamnya. Jadi, sebagai makhluk yg mulia bernama manusia, beragama Islam lagi, sewajarnya kita memikirkan perkara ini.. betapa para penzina ini sebenarnya lagi teruk daripada haiwan, kerana haiwan dikurniakan nafsu tanpa akal, sedangkan manusia dikurniakan akal untuk mengawal nafsunya. Jika diturutkan nafsu sampai mengabaikan akal yg waras, maka apa bezanya dengan haiwan? Ustaz Love bukanlah sewenang2nya nak melabelkan sesiapa pun sebagai haiwan, tapi semata2 menyampaikan apa yg Allah nyatakan di dalam al-Quran :

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf : 179)

Binatang ternak (al-An’am) itu lebih bodoh daripada binatang liar, sbb mereka tak mampu nak mencari makanan sendiri kecuali bergantung kepada tuannya untuk memberikan makanan.. itulah perumpamaan yg sangat buruk bagi mereka2 yang mengabaikan ajaran agama ini. Allah dah beritahu dlm al-Quran, Nabi s.a.w. dah tunjukkan panduan, para alim ulamak dah sampaikan pesanan.. tapi manusia masih lagi degil.

Sekurang2nya binatang ternak yg bodoh itu pun mematuhi dan bergantung harap pada tuannya, jadi selayaknya manusia yg ingkar pada Tuhannya itu diletakkan lebih rendah daripada haiwan ternakan.

Ustaz Love takde nak rasa kesian pun pada perempuan ‘baik’ yg saudara ceritakan.. kerana kalaulah beliau itu wanita baik, nescaya beliau akan menjaga dirinya daripada berzina dengan lelaki seperti saudara.. tetapi, bukanlah Ustaz Love mengatakan wanita itu jahat.. siapalah Ustaz Love untuk melabelkan manusia ni..

Cuma, Ustaz Love sekadar ingin menasihatkan saudara dan cuba memberi jalan bagi saudara meninggalkan perbuatan zina tersebut.

Jika saudara berkemampuan, maka berkahwinlah dengan wanita itu.. sebelum itu, sama2lah memperbaharui taubat dan berusaha untuk mengekalkannya dengan cara menjauhkan diri daripada terjebak lagi dalam perbuatan zina. Bertaubatlah selagi punya masa.. jangan sampai Allah cabut nyawa masa tengah melakukan maksiat, masa tu satu sen pun dah takde gunanya.. apatah lagi satu rupiah.

Tamatkan segera drama perzinaan ini.. berkahwinlah walau apa juga keadaan saudara sekarang..

Jika saudara masih tak mampu (mungkin akan lebih mudarat jika berkahwin), maka saudara tinggalkanlah wanita2 yg sama2 berzina dgn saudara itu. Pergilah berhijrah ke tempat baru dan mulakanlah hidup baru. Dekatkan diri dengan masjid dan peliharalah solat.. insyaAllah, bila saudara memelihara solat dengan sempurna (secara berjemaah), Allah akan memperbaiki hati dan akhlak saudara sehingga saudara akan lebih mencintai kebajikan dan pahala dan membenci maksiat serta dosa.

Jangan putus harap dengan rahmat Allah.. sebesar mana pun dosa yang dilakukan oleh manusia, ketahuilah bahawa keampunan Allah itu lebih besar lagi. Yang penting, kita kena berusaha dengan penuh takut (kalau2 Allah tak terima taubat dan amalan kita) disamping berharap agar Allah menerima amal dan taubat kita.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saudara dalam jihad meninggalkan perbuatan dosa ini.. insyaAllah, amin.

WA


Read more: http://ustazlove.com/blog/2012/03/soal-jawab-dibayangi-dosa-terlanjur/#ixzz2FVhnz8ag