24 April 2013

Lelaki vs Warna Pilihan

PUTIH
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ini simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia juga ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat mementingkan kebersihan dan begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Lelaki yang sukakan warna ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal.

MERAH
Melambangkan tenaga fizikal dan kekuatan. Dari aspek positif ia melambangkan penggemarnya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya dengan baik. Aspek negetifnya pula, ia melambangkan penggemarnya sukakan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan.

MERAH JAMBU
Ia merupakan warna merah dan putih. Melambangkan sifat kewanitaan, sebab itulah lelaki yang gemarkan warna ini, biasanya berjiwa lembut, penuh kasih sayang, romantis, ia juga melambangkan cinta dan kelembutan.

OREN
Warna ini adalah campuran merah dan kuning, ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran, tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

KUNING
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang, ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara, tetapi bagi sesetengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut.

HITAM
Warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

COKLAT
Tanda pengasih dan mempunyai prospek masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat cermat ketika membelanjakan wangnya, sehinggakan ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak.

HIJAU
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan tidak banyak bercakap.

UNGU
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.