16 March 2011

20 Cara Mudah Di Permurahkan Rezeki

Ya, siapa yang mahu melalui kehidupan ini dengan keadaan yang begitu susah kan, saya pun tak mahu. Rezeki adalah segala jenis sesuatu yang boleh diambil manfaat darinya seperti harta, jodoh, anak, kebahagiaan dan kesenangan. Ok, jom kita renungkan 20 cara mudah supaya murah rezeki. 
1.   Menyempatkan masa untuk beribadah kepada Allah, di tempat kerja misalnya, walau dalam keadaan sibuk sekalipun, carilah masa untuk diluangkan beribadah kepada Allah. Kerana maksud firman Allah dalam hadis qudsi "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a).

2.   Memperbanyakkan istighfar memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah boleh menjadi sebab Allah jadi bertambah kasih kepada kita. Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a).
 
3.   Meninggalkan perbuatan dosa, kerana istighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa. Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Riwayat At-Tirmizi).

4.   Banyak ingat Allah, inilah sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".

5.   Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa, kerana dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Sabda Rasulullah lagi : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami).

6.   Berbuat baik dan menolong orang yang lemah, seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari).


7.  Menyampaikan hajat orang lain, sekadar mana yang termampu. Allah akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita. Sabda Rasulullah S.A.W: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim).


8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ada hadis yang menganjurkan berselawat jika mahu hajat kita tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. 

9.  Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”



10. Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat, petua orang tua-tua pun sering mengatakan kalau selalu bangun lambat rezeki payah nak masuk.

11.  Menjalin silaturrahim -Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari).

12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk, maksud sabda Rasulullah s.a.w. “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid).

13.  Sedekah, Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.).

14.   Amalan Solat Tahajud, antara faktor doa yang mustajab, air muka yang jernih dan mudah di sukai orang.

15.  Amalan Solat Dhuha, maksud firman Allah dalam hadis qudsi yang berbunyi “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani).


16.  Syukur di atas segala pemberian Allah, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) .


17.  Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki, contohnya dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Ada banyak lagi ayat-ayat mustajab lain, cari buku-buku yang berkaitan dan amalkan ayat-ayat tersebut secara konsisten dan penuh keikhlasan.

18.  Sentiasa berdoa kepada Allah, tidak kira diwaktu susah mahupun senang, sekiranya masa senang pun kita rajin berdoa, insyaAllah ketika susah pun Allah akan beri perhatian terhadap doa kita.


19.   Berusaha dengan bersungguh-sungguh, sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah.

20.   Bertawakal, berserah semata-semata kepada Allah setelah berusaha, maksud firman Allah: Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3).

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.).


Actually, 20 points ni saya petik dari E-book percuma petua murah rezeki oleh Ustazah Norbayah. Apabila saya baca isi E-book percuma ni, saya rasa tertarik dengan isi kandungannya dan saya rasa patut kongsikan 20 points ni untuk panduan kita bersama. Apa pun, renung-renungkanlah, dan selamat beramal.

Janji Allah kepada Umat Yang Berusaha

DAN janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa’: 32)
Huraian
Allah menjadikan setiap makhluk dengan pelbagai keistimewaan. Perbezaan lelaki dan wanita dalam pelbagai perkara seperti dalam struktur badan, kecenderungan, tingkah laku, kekuatan fizikal dan sebagainya. Mereka mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada lawan jenisnya tetapi dalam masa sama, kekurangan yang ada antara satu sama lain bukanlah merupakan kekangan untuk maju dalam sesuatu bidang. 


Contohnya dalam pengurusan hidup berkeluarga, Allah SWT menjadikan wanita dengan sifat kasih sayang dan lemah lembut yang merupakan antara sifat keibuan yang akan mendidik anak-anak dengan penuh hikmah dan dapat melapangkan hati suami dalam rumah tangga. Begitu juga dengan perwatakan seorang lelaki, mereka diciptakan dengan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan kelebihan yang ada pada mereka menjadikan mereka kuat dan berupaya menanggung kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Menyedari kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing, kita hendaklah bangkit dan berusaha untuk memajukan diri daripada kepompong kemalasan. Jalan mudah “untuk berjaya tanpa usaha” hendaklah dijauhkan kerana ia bercanggah dengan sunnah Allah. Kejayaan tidak akan datang bergolek, ia memerlukan usaha dan pengorbanan, itulah peraturan hidup yang sebenar.

Dunia hari ini, persaingan antara umat bukanlah dari sudut jumlah penduduk dan keluasan muka bumi tetapi dari sudut penguasaan ilmu. Dengan pelbagai disiplin ilmu manusia akan maju dalam pelbagai bidang dan tidak berada ditakuk lama.

Kesimpulan
Umat Islam dituntut untuk berusaha dalam apa jua keadaan. Kekurangan diri bukanlah faktor penghalang untuk berjaya. Usaha yang bersungguh-sungguh, diringi dengan doa dan harap kepada Allah akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

14 March 2011

Suara Yang Didengar Mayat


Dipetik dari islam itu Agamaku
Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesanan ini.  Yang akan ikut mayat adalah tiga hal iaitu :
  1. Keluarga
  2. Hartanya
  3. Amalnya 
Ada Dua yang kembali dan Satu akan tinggal bersamanya iaitu :
  • Keluarga dan Hartanya akan kembali ;
  • sementara Amalnya akan tinggal bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad …  Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,
" Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah 
    Mengumpul mu
· – Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.”
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….  Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
" Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· – Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· – Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· – Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara “
Ketika Mayat Siap Dikafan …  Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
" Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· – Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· – Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· – Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· – Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.”
Ketika Mayat Diusung. …  Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
" Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· – Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· – Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.”
Ketika Mayat Siap Disholatkan …. Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
" Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· – Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· – Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.”
Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat …. terdengar Suara Memekik Dari Langit,
" Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· - Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang 
     Penuh Gelap Gulita Di sini
" Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· – Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· – Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.”
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… . Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku ….
· - Kini Kau Tinggal Seorang Diri· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· - Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· - Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· - Padahal , Karana Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,….
·- Akan Ku tunjukan Kepadamu· Kasih Sayang-Ku
·- Yang Akan Takjub Seisi Alam· Aku Akan Menyayangimu
·- Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya”.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,
" Wahai Jiwa Yang Tenang· Kembalilah Kepada Tuhanmu
·- Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya· Maka Masuklah ke dalam Jamaah 
   hamba-hambaKu
·- Dan Masuklah Ke Dalam Jannah -Ku”
Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingati mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda “wakafa bi almauti wa’idha”, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….
Alhamdulillah, anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca mesej ini . Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita . kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???


WALLAHUALAM…

8 March 2011

Panduan Mengerjakan Umrah - Persiapan Sebelum Berangkat Sumber: msaadhamid

Salam kepada semua pembaca dan kepada bakal-bakal haji atau umrah. Mari kita berkongsi dan mengambil manfaat sebagai peringatan kepada diri sendiri berkenaan persiapan mengerjakan umrah atau haji.

Sebelum kita berangkat menunaikan umrah, sebaik-baiknya kita lakukan beberapa persiapan supaya pemergian kita ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah. Sebab kita pergi ke tanah suci bukan untuk bersuka-suka, atau untuk melihat pemandangan, untuk melepaskan rindu kepada kaabah dan sebagainya. Kesemua tujuan tersebut tidak memberi kesan kepada kita apabila kita pulang ke tanah air nanti. Apa yang diharapkan daripada ibadat umrah atau haji sebenarnya ialah pembaikan ke atas diri kita apabila kita pulang. Yang itulah yang lebih penting, daripada kepuasan diri dapat berada di Masjidil Haram dsb.

Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang menunaikan haji ke Baitullah sedangkan dia tiada melakukan persetubuhan dan perkara yang dilarang maka bersihlah ia daripada dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi tujuan sebenar kita menunaikan umrah atau haji ialah untuk memperbaiki jiwa. Setiap hari, keadaan diri kita mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya. Hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya, dan seterusnya – pembaikan berterusan atau dalam bahasa Jepun disebut kaizen. Oleh itu perlulah kita membuat persediaan awal yang mantap agar kita mendapat suatu kebaikan yang amat besar daripada ibadat umrah tersebut.

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:

1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah Taala.

Semata-mata kerana Allah s.w.t. Semata-mata kerana Allah s.w.t. – menunaikan tuntutan Allah s.w.t. mengerjakan umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim. Jadi niat ini perlu selalu disemak dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.

2. Bertaubat atas segala dosa dan kelalaian kita kepada Allah s.w.t.

Kalau kita sebelum ini jauh dengan ajaran Allah s.w.t., kita dekatkan diri kita kepada Allah. Lakukan solat taubat dan perbanyakkan istighfar. Kalau boleh solat taubat tersebut dikhususkan untuk satu-satu kesalahan.

Begitu juga, jika kita ada menzalimi orang, terambil harta orang, kita pulangkan harta tersebut, atau kita minta supaya dihalalkan, dan minta maaf daripada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan terhadap mereka.

3. Pastikan perbelanjaan umrah kita daripada sumber yang halal.

Begitu juga nafkah orang yang kita tinggalkan di rumah, juga pastikan daripada sumber yang halal.

4. Belajar sehingga mantap akan cara atau kaifiat mengerjakan umrah.

5. Mencari teman dan rakan yang baik dalam perjalanan.

Sebab kadang-kadang ada teman ketika di sini baik, tetapi di Makkah berbalah. Ada juga insiden suami isteri berbalah atau bermasam muka. Kadang-kadang perkara tersebut tidak masuk akal tetapi berlaku. Sebagai contoh, ada suami isteri yang bercerai selepas melakukan ibadah haji.

6. Tingkatkan amalan ibadat, zikir, membaca quran, qiamullai, bersedekah (harta, anggota badan, lisan), tafakkur, dan sebagainya dengan harapan mudahlah kita lakukan amalan-amalan tersebut di tanah suci nanti.

Kalau kita sebelum ini belum pernah melakukan amalan-amalan yang dinyatakan di atas, ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka kadang-kadang terasa menjadi suatu bebanan dan paksaan, yang akhirnya kita memaksakan juga diri melakukannya. Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan – jadi tidak ada penambah baikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat, dan latihan ini memerlukan masa yang panjang.

7. Mengetahui sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang tercela.

Pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan cuba buangkan sifat-sifat yang tercela.

8. Kurangkana gurau senda dan bercakap yang sia-sia (termasuk lepak berjam-jam di hadapan komputer untuk berbelog, berforum, berchatting, dsb).

9. Banyakkan berdoa terutama pada masa dinihari, memohon supaya ibadah umrah yang akan dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Juga berdoa agar selamat perjalanan pergi balik, selamat orang yang ditinggalkan, selamat harta benda, sihat tubuh badan, doa agar Allah kurniakan kita hati yang ikhlas, agar Allah memberi petunjuk dan sebagainya.

10. Jaga kesihatan agar diri sentiasa sihat dan berstamina sebab ibadah umrah atau haji banyak melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal seperti tawaf dan bersaie.

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, eloklah lakukan pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal.

Bagi orang yang menghidap sakit gouty athritis (gout) – macam saya, elakkan memakan makanan yang banyak protein seperti segala jenis kacang, ikan bilis, makanan laut seperti sotong, ketam, udang, daging merah, organ-organ dalaman lembu dsb. dua atau tiga bulan sebelum berangkat agar paras asid urik dalam darah tidak meningkat. Untuk mengurangkan paras asid urik, kita bolehlah mengambil allopurinol tetapi ini hendaklah dilakukan berbulan-bulan sebelum kita berangkat ke tanah suci sebab kesan awalnya ialah ia akan mencairkan asid urik yang telah mengeras menjadi kristal di dalam tisu-tisu badan. Jadi pada peringkat awalnya, ia akan trigger radangan gout yang sangat menyakitkan. Dan jangan lupa untuk banyak minum air.

Jadi daripada awalnya kita cuba lakukan amal kebaikan mudah-mudahan apabila kita berada di tanah suci mudahlah kita melakukan amalan-amalan tersebut.

Layarilah website http://manzlie-makkah.blogspot.com untuk mengetahui perkembangan terkini di Makkah.

6 March 2011

Adab-Adab Membaca Al Fatihah

Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.

Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.

Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya.

Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.

SOLAT

1. Ketika kita membaca ‘Alhamdu lil-Lahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati    bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.

Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.

2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.

3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Maka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.

4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.

5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.

Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.

Maka perlulah diulang doa dan permintaan ini, lebih – lebih lagi dalam keadaan kita yang terbaik dan paling hampir pada Allah, iaitu di dalam sembahyang.

6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti.

7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecendurungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.

Sumber:
Rahsia Khusyu’ Dalam Sembahyang- Mustafa Suhaimi

2 March 2011

Happy Birthday anak-anak ku....Airil Imran..1 Mac and Airina Iman..2 Mac



YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 
YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai Islam 
YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 
YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 
YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 
YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....




Sepetang di pantai Merdeka, Kuantan, Pahang

















Gambar lawatan ke kilang keropok lekor di Kuantan













1 March 2011

CATATAN : Tauladan Binatang

Nota: Kisah yang di fwd kepada saya

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan...

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?

Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Soalan: Pernahkah anda menghadapi sendiri pengalaman kisah seperti ini?

Lucu tak?

Gambar Wan bersama keluarganya....

Gambar Kenangan