7 September 2017

Baca ayat Matsurath atau ayat Qursi

PENGAJARAN :

Sebelum keluar dr hospital kita baca ayat matsurath atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, dpn & blkg sblm pulang ke rumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yg mengikut kita pulang. Yg mnjadi mangsa ialah anak2 kita.

“Bila Aku Masuk Ke Dalam Wad, Tengok Kat Atas Siling, Banyaknya Makhluk Merayap!" April 19, 2017

Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kaca mata seorang yang sepet matanya.

Bila aku memasuki wad hospital, mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.Aku bukan bertujuan menakutkan sesiapa, tetapi itulah pengalaman si mata sepet.

KES SATU
Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar ** ***. Bila tengok ke atas siling, begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, ada telinga panjang, ada muka menggerikan bagai. Mereka seakan-akan menanti saatuntuk terjun ke bawah.
Di hujung pula, aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya.Jururawat dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka.

Hanya aku yang kadang-kadang melihat di bawah katil pesakit, mayat sedang tidur di bawahnya.Seorang kanak-kanak pula menarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya.
Lain kali ibu-ibu yang ada anaknya seperti ini, percayalah bahawa mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat dengan mata kasar.

KES DUA
Aku melihat begitu ramai orang datang menziarahi ahli keluarga mereka yang sakit pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek dan matanya kemerah-merahan.Bila aku ceritakan pada isteri, dia terus terdiam.Aku terus baca ayat quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut.

Makhluk itu terjatuh dan wanita tersebut terhoyong hayang sebelum dipegang oleh keluarganya yang menyangka dia mahu pitam atau tidak sihat.Makhluk itu tadi bangun dan mukanya kelihatan begitu marah.Dia tahu siapa empunya angkara yang menyebabkan dia terjatuh. Matanya tepatmemandang ke arah aku.

Aku baca ayat qursi dan hembus sekali lagi, terus hilang.“Laa, pasaipa abang pi hembus? Sat lagi kecoh wad,”tegur isteri bila aku ceritakan semula kepadanya.
Ada betul juga katanya, aku hanya terdiam.Itulah sikap aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang-kadang aku sendiri diserang bila tertidur.

KES TIGA
Sedang aku melihat orang ramai mengelilingi seorang lelaki, rupa-rupanya dia di ambang sakaratul maut. Anak-anaksibuk dengan handphone, telefon sana sini.Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang perkhabaran ayahmereka.

Yang paling sibuk ialah makhluk yang telinga panjang, tanduk panjang sedang menganggu lelaki itu.Saat inilah kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah padanya. Kita ajarnya kalimat itu.

Bukan kita tengok dan kata pada ayah,“Ayah, mengucap ayah. Mengucap…”sambil tersedu-sedu.Kalau kita sayang mereka, kita bantu mereka saat ini.

Pedulikan handphone, bisikkan di telinganya Laaila haillallah. Saat itu matanya hanya memandang ke atas. Dia diganggu sebenarnya.
Kalau kita sayang ayah dan ibu ketika ketika saat mereka hampir sampai tak kisah sama ada anak-anak lelaki atau perempuan, ajarlah kepada ibu bapa anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis.
Kadang-kadang kalau aku ziarah, aku akan nasihatkan dan ajar anak-anak tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.

KES EMPAT
Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibu.Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri berhampiran peti mayat. Cuma aku tidak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia.Ada juga yang berwajah hodoh rupanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat-cepat aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus pergi ke pejabatnya.

KES LIMA
Aku masuk ke wad jantung sewaktu ziarah ibu mertuaku.Seorang jururawat begitu tekun membantu pesakit. Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang. Kemana saja jururawat itu pergi, dia akan ikut. Matanya hanya pandang ke bawah saja.Sesekali rambutnya akan tersangkut atasbahu jururawat dan aku melihat jururawat itu menguis seolah-olahnya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa-apa terhadap jururawat berkenaan. Biasalah kalau bertugas di hospital.Sebab itu paling bagus kita amalkan ayat al Matsurat.

Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang ke rumah. Amalkanlah.

Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak kita.

Sumber kredit Ariff Budiman Zainal Abidin
Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga. we
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Rahsia doa seorang ibu

Doktor Fauziah Ad-Dabbus
Seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing. "

Begini doanya:

(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah

☄ KENAPA AKU DIUJI?

☄ KENAPA AKU DIUJI?? ☹

QURAN MENJAWAB:
Q.S. Al-Ankabut:2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

☄ KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN?? 😞

QURAN MENJAWAB:
Q.S.Al-Baqarah:216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.

☄ KENAPA UJIAN SEBERAT INI?? 😓

QURAN MENJAWAB:
Q.S. Al-Baqarah:286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.

☄ KENAPA FRUST & STRESS ??? 😔

QURAN MENJAWAB :
Q.S. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”.

☄ BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA??? 😥

QURAN MENJAWAB :
Q.S. Al-Baqarah:45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”.

☄ APA YANG AKU DAPAT ??? �

QURAN MENJAWAB :
Q.S. At-Taubah:111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

☄ KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??? 😒

QURAN MENJAWAB :
Q.S. At-Taubah:129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal”.

☄ AKU TAK SANGGUP!!!! 😭

QURAN MENJAWAB :
Q.S. Yusuf:12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir”.

InsyaAllah ayat-ayat di atas bisa menjadi pencerahan buat kita untuk selalu  kuat dan semangat..

Semoga bermanfaat

Jangan Berbangga Diri

Suatu hari, ada 4 orang yang tengah berbicara tentang amal ibadah mereka dan kejayaan yang telah mereka perolehi selama ini.

Orang 1...“Alhamdulillah sejak sering solat Dhuha, rezeki menjadi lancar bisnes berjaya tak lama lagi anak saya lulus Universiti dan rencananya akan kuliah ke luar negara.”

Orang 2...“Bukan main, hebat sekali, sejak naik haji dan umrah, ibadahku semakin rajin. Alhamdulillah, anak juga berjaya, rumah harganya jutaan, aset bertambah orangtua juga sangat bangga berkat do'a saya.”

Orang 3....“Masya Allah sungguh nikmat tak terkira sejak rajin puasa dan bersedekah, rezeki bagaikan sungai mengalir yang tidak ada putus-putusnya. Anak baru selesai kuliah di luar negara dan sebentar lagi akan menjadi staf menteri.”

Ketiga orang tersebut kemudian melirik orang ke 4 yang sejak tadi hanya terdiam.  Salah satu dari mereka  kemudian bertanya kepada orang ke 4. Bagaimana dengan dirimu? Kawan mengapa engkau diam saja?

Orang 4...“Saya tidak sehebat kalian, jangankan kejayaan, bahkan saya tidak tahu ibadah yang saya lakukan di terima atau tidak oleh Allah SWT. Saya tahu ibadah di terima dan berjaya setelah saya meninggal nanti.

 Jadi saya merasa belum boleh menceritakan ibadah yang saya lakukan dan balasan yang Allah berikan kepada saya.”   Begitulah…Jangan bersandar kepada amal.   Jangan terpedaya dan berbangga dengan amal yg banyak. Ini akan melahirkan kepuasan, kebanggaan dan akhlak buruk kepada Allah Ta'ala.

Orang yang melakukan amal ibadah tidak tahu apakah amalnya di terima atau tidak, mereka tidak tahu betapa besar dosa dan maksiatnya,  juga mereka tidak tahu apakah amalnya bernilai keikhlasan atau tidak.   Oleh kerana itu, mereka di anjurkan untuk meminta rahmat Allah dan selalu beristighfar.  Kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Di riwayatkan dari Abu Hurairah:  "Sesungguhnya amal seseorang tidak akan memasukannya ke dalam syurga."

Mereka bertanya: "Tidak pula engkau Ya Rasullullah?"

Beliau menjawab:  "Tidak pula saya. Hanya saja Allah meliputiku dengan kurnia dan rahmat-Nya.
Kerananya berlakulah benar (beramal sesuai sunnah) dan berlakulah sedang (tidak berlebihan dalam ibadah dan  atau lemah)."
(HR. Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya seseorang tidak akan masuk syurga kecuali dengan rahmat Allah.  Dan di antara rahmat-NYA adalah dia memberikan taufik untuk beramal dan hidayah untuk taat kepada-NYA. Kerananya, kita wajib bersyukur kepada Allah dan merendah diri kepada-NYA.  Tidak layak hamba bersandar kepada amalnya.

Robbana Taqobbal Minna...   Ya Allah terimalah amalan kami. Aaamin ya robb alaaamiinnn..

Tentang Aku

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.  
                  
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

Artinya :
Yaa Allaah kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan/kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezqi, serta  taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati Aamiiin.


MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN UBAH DIRI

Satu hari saya bersembang bersama dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Ayah nak tahu tak, masa kecil-kecil dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila ayah dengan ibu sering bergaduh dan hampir-hampir nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Kata anak perempuan saya..

Saya hanya tersenyum saja.. teringat kisah lama.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya peristiwa ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.

Dahulu ayah berkahwin dengan ibu engkau atas dasar suka sama suka, tetapi ayah sendiri tak berapa pasti apa yang ayah suka pada ibu engkau, tapi apa yang ayah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang-kadang nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, ibu engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, ayah sendiri naik angin, kadang-kadang sampai baling barang kesana kemari. Ayah tahu, anak-anak semua jadi takut pada ayah, tapi ayah rasa ibu engkau selalu buat perkara yang ayah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang-kadang asing-asing. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, ayah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.

Satu hari ayah kerja outstation, cuba telefon ibu engkau nak bertanya khabar, ayah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Ibu engkau terus hempas telefon. Waktu itu ayah benar-benar frust, give up, rasa keseorangan, marah, ayah jerit sorang-sorang dalam kereta dan waktu itu ayah rasa ia betul-betul dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.

Malam tu ayah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat ibu engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call ibu engkau semula seperti mana yang ayah buat selalu, sebab ayah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini ayah nekad, apa nak jadi, jadilah. Ayah dah tak sanggup hidup bersama ibu engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum ayah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak keruan itu, ayah tak sedar bila masa ayah bangun dan ayah ambil sejadah dan ayah solat ditengah-tengah malam. Ini jalan terakhir, ayah berdoa dan mengadu pada ALLAH. Itulah malam yang ayah tak boleh lupa hingga hari ini. Ayah mengadu yang kahwin dengan ibu engkau adalah satu kesilapan dan ayah dah tak mahu terusnya lagi. Memang ayah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak-anak, tetapi meneruskan hidup dengan ibu engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama ayah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba ayah mula konfius, ayah rasa ayah orang baik, ayah selalu betul dan ibu engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan ayah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya ayah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap ayah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi ayah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan ibu engkau, tiba-tiba ayah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran ayah. Seperti ayah mendapat kekuatan bercakap dengan diri ayah sendiri. " Ayah tak boleh nak ubah ibu engkau, ayah hanya boleh ubah diri ayah sendiri. Ayah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah. "

Esoknya, ayah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation ayah sudah habis. Sesampai dirumah, anak-anak riang gembira sambut ayah balik, tapi ibu engkau bergegas pergi ke dapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan ayah, langsung tak bercakap dengan ayah pada hari itu.

Malam tu, ayah tidur, tapi ibu engkau bagi belakang aje kat ayah. Bila ayah dah rasa ibu engkau benar-benar tidur, ayah selimutkan dia, dan ayah perasan tiba-tiba dia terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini ayah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, ayah datang dekat-dekat ibu engkau, ayah bagi salam, dan ayah tanya dia " Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Ibu engkau lihat ayah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"

Ayah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Awak memang tak boleh, dah bertahun awak. Pasal apa awak tanya ni?"

"Saya benar-benar ingin berubah kali ini, saya benar-benar ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."

Ibu engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul-betul nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"

Mesti waktu tu ibu engkau jangka ayah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi ayah hanya senyum dan mengangguk, tup tup ayah pergi ke dapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah ayah bersiap-siap untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau ibu engkau merajuk, jangan harap apa-apa sarapan pagi akan ada. Tapi kali ini ayah tak kisah. Bila dah siap, ayah cium kepala ibu engkau dan ayah terus pergi kerja.

Esok pagi ayah buat perkara yang sama, pagi-pagi ayah bangun, ayah bagi salam kat ibu engkau dan ayah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Mata ibu engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak-anak"

Ayah tarik nafas dalam-dalam, ibu engkau tahu, ayah kalut nak pergi kerja, dan ayah rasa dia sengaja nak tengok ayah nak mengamuk lagi, tapi kali ini ayah hanya senyum, ayah mengangguk, dan ayah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goreng dan air kopi panas. Semuanya ayah letak bawah tudung saji. Lepas tu, ayah sendiri tak makan, dan ayah bersiap utk pergi kerja sebab dah lewat. Sebelum pergi ayah cium kepala ibu engkau dan baru ayah pergi kerja.

Esoknya, pagi-pagi lagi ayah dah bangun, ayah gerak ibu engkau, bagi salam dan ayah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Tak ada apa awak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"

Ibu engkau diam, mata dia pandang ke tempat lain, tapi ayah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila ayah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, ayah perasan ibu engkau lap mata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu ayah tanya soalan yang sama pada ibu engkau, tiba-tiba ibu engkau menangis dan peluk kaki ayah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya sayalah yang bermasalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".

Perlahan-lahan ayah angkat dagu ibu engkau dan ayah cakap,
"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak-anak saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayangkan awak"

Ayah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Patutnya saya yang tanya soalan itu"
"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Ibu engkau renung ayah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak-budak kat rumah atok dia"
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Ibu engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada ayah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan ibu dengan ayah lebih bahagia. Kadang-kadang masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing-masing, tidak seperti dulu lagi.

Ayah dan ibu kahwin dah lebih 20 tahun, ayah bukan saja sayang ibu engkau, ayah suka dia, ayah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat ayah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya ayah dah tak kisah. Ayah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman di dalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Saya sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

Marilah kita sama-sama mendalami ilmu kekeluargaan demi kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga kita semua.

Menerima tulisan ini daripada seorang sahabat melalui aplikasi Whatsapp tanpa diketahui siapa penulisnya. Didoakan yang menulis dan memanjangkannya diberikan pahala yang melimpah ruah. Nasihat yang bermanfaat..

*PENGSAN DALAM BILIK MANDI

Amalkan mandian songsang.

Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.*

1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

👉Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

✅Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi?  Gelas akan retak ⚡!!!

🚿Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

🚿Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

🚿Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.``

🚫Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi untuk manfaat bersama....```