Tidak semua musuh itu harus dibenci selama-lamanya. Jika kamu memiliki rakan-rakan yang selalu menyakitkan hati kamu,jangan terus membenci atau memusuhinya. Nanti diri sendiri yang akan rasa sakit hati sebaliknya. Kamu boleh cuba mencuri hatinya sebagai usaha untuk memperbaiki keadaan sekali gus menambah lebih ramai kawan dalam kehidupan kamu. Sebaiknya, kamu :
1. Mengajak dia menyertai senarai komuniti online yang kamu sertai. Selitkan mesej agar dia menerima pelawaan kami itu agar si dia tidak mempunyai alasan untuk menolak.
2. Ambil peluang berbual-bual dengan sahabat-sahabat musuhmu itu. Berbual lah di hadapannya. Cara ini boleh membantu kamu untuk mendekatkan diri dengannya.
3. Puji dengan bersungguh-sungguh penampilan dan aksesori yang di gayakannnya. Kalau boleh, kamu tanyakan juga di mana dia membeli kesemua koleksinya itu, secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa kamu bersungguh-sungguh meminati penampilannya itu.
4. Ambil peluang membeli eksesori yang sama dengannya dan pakailah pada hari yang sama.
5. Khabarkan pada musuhmu itu bahawa ada seorang peminat misteri yang sentiasa mengirimkan salam padanya. Dengan cara ini boleh membuatkan hati si dia berbunga ceria.
6. Jika masing-masing menggunakan perkhidmatan 'messenger'. Jangan teragak-agak untuk menyenaraikan nama musuhmu dalam senarai rakan berbual kamu. Ajak si dia berbual panjang denganmu. Kalau boleh reka satu rahsia palsu dan mintak dia merahsiakannya. Mungkin dengan cara ini kamu boleh mengesan samada dia boleh di ajak bersahabat atau sebaliknya. Jika si dia menghebahkan tentang rahsia palsu kamu itu kepada rakan-rakan lain, nyata dia tidak sesuai untuk kamu jadikan sahabat baik. Lebih baik kamu berhati-hati bila berdampingan dengannya.