Semoga cerita ini dapat memberi pengajaran kepada kita dari kisah @ pengalaman beliau ini. Baca dan hayati apa yang ingin beliau cuba sampai dalam tulisan ini. Kisah ini adalah dari kesinaimbungan dari Part 1.
________________________________________________
Assalamualaikum,
Disini saya ingin berkongsi cerita apa yang telah terjadi pada diri saya setelah suami saya meninggalkan saya. Saya merenung dan mengkaji semula kisah-kisah silam saya, saya temui KENAPA ALLAH memberikan semua itu pada diri saya.
Kalau anda tidak keberatan siarkanlah kisah ini untuk saya kongsikan kepada pembaca-pembaca lain dan menjadi tauladan kepada yang lain dalam menjalani kehidupan harian sehinggalah suatu masa kita tidak diberikan nafas lagi untuk hidup di dunia ini.
Setelah suami saya tinggalkan saya, saya hidup penuh dengan kesedihan dan airmata,saya pulang ke rumah orang tua saya,sesak didada tak dapat saya lindungkan lagi,saya kongsikan juga kisah sedih saya bersama emak dan ayah saya,terkejut besar emak dan ayah bila tahu apa yang anak perempuannya alami. Setitis air mata saya jatuh, sepuluh kali ganda air mata emak saya jatuh ke bumi mengenangkan nasib anak yang dibesarkan dengan penuh perhatian dan kasih sayang.
Ayah saya pujuk saya dengan kata yang lemah lembut, ayah peluk saya, ayah ceritakan pada saya kisah Syaiditina Fatimah dan penghuni syurga yang Rasullulah pernah sebutkan. Ayah kata,itulah lelaki yang saya pilih untuk dijadikan titian ke syurga,apa sahaja hadapi dengan ikhlas dan taat, Allah tidak menzalimi umatnya,tetapi kita yang menzalimi diri sendiri. Kata ayah lagi, “Andai suami kamu pujuk kamu dan ingin pulang ke pangkuan,terimalah dirinya dan bertawakkal lah kepada ALLAH, dari Allah kita datang dan kepada ALLAH kita kembali. Jangan balas dengan kata-kata yang kesat dan kasar,kerana ini bukan ciri seorang isteri di dalam Islam, contohilah emak kamu.”
Kata-kata ayah buat hati saya kembali kuat dan saya semakin merindukan suami saya. Sungguhpun begitu, saya masih hidup dalam kekosongan, saya pergi ulang alik ke hospital untuk pemeriksaan mengandung dengan menaiki motorsikal sejauh 20KM hanya dengan itu saya mampu,saya tidak kisah dengan itu semua, didalam hati sentiasa doakan keselamatan suami dan anak saya yang saya kandungkan ini dan semoga suami saya pulang ke pangkuan saya dengan penuh kasih sayang dan perubahan yang positif. Saya bermunajat pada Allah,jika benarlah dia itu jodohku dunia dan akhirat, pulangkanlah dia sebagai suami ku dengan penuh rasa kasih dan sayang. Selama dua minggu saya bersendirian dan hidup dalam kemurungan,suatu hari,saya terima satu sms,suami saya sms pada saya, dia terlalu rindukan saya dan dia nak berjumpa dengan saya pada esok hari.
Saya bertemu suami saya di rumah mertua saya,suami saya mohon maaf pada saya apa yang telah dia lakukan,suami saya tanya pada saya,adakah saya masih sayangkan dirinya lagi atau sebaliknya,saya akui dengan ikhlas,saya masih sayangkan dia. Memang terasa juga yang saya terlalu bodoh kerana tunduk kepada cinta,tetapi kalau tidak adanya dugaan,cubaan dan neraka. Mungkin dialah orang yang saya tidak ingin temui lagi. Dan kita dijadikan Allah perlukan kasih sayang dalam hidup ini.
Setelah itu, suami saya kata,yang dia sudah mendapat pekerjaan dan sementara waktu ini, dia minta saya tinggal dahulu di rumah orang tua saya dan dia di rumah mertua saya sementara dia belum cukup modal untuk tinggal bersama saya. Dan suami saya katakan yang dia ingin mulakan hidup baru bersama saya. Saya terimanya dengan ikhlas walau di hati masih ragu-ragu takut berulang semula apa yang pernah terjadi. Saya pulang kerumah orang tua saya dan saya berhubung dengan suami saya melalui sms sahaja. Terasa seperti mula bercinta dulu-dulu, rasa sayang, rasa rindu, sungguh susah nak diungkapkan.
Nak dijadikan cerita, selepas beberapa hari saya bertemu semula dengan suami saya, datanglah kerumah saya sepasang suami isteri mencari saya,saya agak fobia dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini. Saya tak berminat untuk bertemu dengan pasangan suami isteri tersebut, tiga hari berturut-turut pasangan suami isteri itu datang ke rumah orang tua saya,akhirnya saya akur dan saya katakan yang saya tidak pernah kenal dengan mereka. Tetapi mereka meluahkan hajat mereka untuk berjumpa saya, rupa-rupanya arwah anak mereka adalah kawan rapat saya suatu masa dahulu. Dan semasa anak mereka menghampiri ajal, anak mereka ada mengatakan sejumlah hutang yang perlu di bayar pada saya kalau dia meninggal.
Allah lebih mengasihi anak mereka dan mereka bertemu saya untuk membayar hutang anak mereka. Perkara ini buat saya terdiam dan betapa hebatnya kebasaran ALLAH, betul ayah cakap, ALLAH tak pernah menzalimi umatnya. Saya bersyukur sangat dalam ketiadaan,saya diberikan rezeki untuk menyambung semula hidup ini. Saya terima bayaran pasangan suami isteri itu. Saya menjadi bingung seketika,apa yang patut saya lakukan dengan duit-duit itu.Saya rujuk diri saya pada emak dan ayah kerana saya terfikir, duit-duit ini wujud sebelum rumahtangga saya,jadi saya perlu rujuk dahulu kepada emak dan ayah dan bimbang perkara lama terjadi semua.
Dengan duit itu, saya cari rumah sewa atas nasihat emak dan ayah,dengan duit itu saya beli kereta tunai atas nasihat emak dan ayah, dengan duit itu saya dapat langsaikan semua hutang piutang saya dengan manusia, dengan duit itu saya dapat bantu emak dan ayah, dengan duit itu dan atas nasihat ayah dan emak saya dapat langsaikan seluruh hutang suami saya di bank dan juga manusia. Kami berpindah ke rumah sewa kami dengan satu tekad, ingin mulakan hidup baru.
Setelah segalanya selesai,ada sedikit baki kami buat simpanan untuk rumahtangga kami dan dalam masa yang sama saya ada juga ketepikan sejumlah simpanan sebagai simpanan kecemasan pada emak saya sekiranya terjadi sesuatu pada saya, saya masih ada simpanan untuk teruskan langkah dalam hidup ini. Dan perbelanjaan bulanan,kami gunakan duit gaji suami saya.Perubahan yang amat besar terjadi pada sikap suami saya begitu juga hidup saya,saya terasa seperti mengenali lelaki yang lain dalam hidup ini. Saya ingin mulakan hidup yang baru dengan harapan suami saya tidak mengulangi kesilapan lalunya.
Kisah suami saya bersama isteri pertamanya, sepanjang dia tinggalkan saya, dia pulang ke rumah isteri pertamanya untuk bertemu anak-anaknya dan isterinya, malangnya, suami saya dihalau dari rumah sana. Dan pada waktu yang sama,isterinya memohon cerai pada suami saya dan memperkenalkan kepada suami saya lelaki yang bakal dikahwininya setelah habis tempoh edah. Dan yang saya tahu,suami saya ceraikan isteri pertamanya dengan talak satu. Sekarang ini,suami saya memohon hak penjagaan anak pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah.
Saya berjanji akan jadi ibu tiri yang baik pada anak-anak tiri saya dan semoga mereka membesar dan mengenali saya sebagai ibu tiri mereka yang selalu prihatin pada nasib mereka. Saya tahu tentang kisah ini semua bila satu malam suami saya luahkan segalanya pada saya. Saya simpati dengan nasib suami saya, semoga dia bahagia di samping saya dan saya akan menjaga suami saya dengan penuh rasa sayang,ikhlas dan saya akan taat pada dia.
Kisah kes mahkamah saya pula, pengadu telah menarik semula kes di mahkamah dan memohon maaf pada saya. Saya bersyukur pada ALLAH kerana masih menyebelahi saya. Selesailah satu masalah lagi dalam hidup saya. Dan yang terkini,ayah mahukan saya membantu saya mengendalikan semula perniagaan ayah yang tergendala separuh jalan dulu-dulu. Saya akan bantu ayah saya hingga ayah mampu tersenyum puas dan pada emak saya,semoga ALLAH selalu lindungi emak apa jua keadaan emak dan selamat hidup emak dunia dan akhirat.
Setelah melalui segalanya yang teruk dalam hidup saya, saya jadi takut untuk mencapai kesenangan dan kemewahan,cukup memadai dengan hidup sederhana dalam hidup.Saya akan ingat selalu, ALLAH itu tidak pernah menzalimi umatnya kecuali kita sendiri yang menzalimi diri kita, kerana:-
1. Semasa mengecapi zaman kesenangan, saya merupakan seorang anak yang bengis, mudah mengamuk, membidas kata-kata orang tua saya, ALLAH marah dengan sikap saya, hingga saya dapat suami yang bengis dan saya tidak mampu berkata-kata apa.
2. Semasa mengecapi zaman kesenangan, saya akan habiskan masa terluang dengan kawan-kawan saya, pernah emak saya tinggal seorang dirumah,saya tinggalkan mak tidur keseorangan dan saya rela menemani kawan saya yang tinggal seorang dirumahnya. Kesannya,Allah marah dengan sikap buruk saya itu,kawan-kawan semua tinggalkan saya masa saya susah,hanya emak yang masih ada bersama doa dan airmata dia.
3. Semasa mengecapi zaman kesenangan, saya ketepikan ayah sebagai wali,saya bernikah dengan suami saya di Thailand,atas alasan saya mengelakkan maksiat. Itu adalah salah,walau ayah tak marah dan nikah kan saya semula,saya tetap salah dalam hal itu.
Sungguh-sungguh saya menyesal,saya minta ampun pada ayah dan emak dan balasannya, susah sungguh saya nak rasa bahagia dalam rumahtanggan saya dan suami saya mudah berubah hati.
Pada pembaca-pembaca budiman yang lain,ini bukanlah cerita rekaan,cerita drama di Astro atau TV3 atau TV2,ini adalah kisah benar,dengan nama ALLAH, inilah yang saya alami segalanya berpunca dari kesan kesilapan sikap saya. Dan saya temui ketenangan dalam hidup, bila saya menjadi seorang yang bersederhana dalam hidup, saya ubah sikap-sikap buruk saya dan saya dapat rasakan semuanya berjalan dengan elok dalam hidup ini jika kita hidup mengikut aturan.
Maafkan saya dengan coretan hati saya ini, semoga dapat menjadi satu tauladan pada yang lainnya dan saya doakan semoga insan-insan lain dapat hidup dengan sejahtera dan selamat….
Doakanlah saya sejahtera dan selamat hidup saya dunia dan akhirat…
Wassalam…..
-Hanis Zulaikha-