14 May 2013

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit




“Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung ke rumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairanan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Al Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan di Akhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. ”

Dipetik dari tulisan Abu Hikam.

sumber asal : http://kuasaikerjaya.wordpress.com/2012/06/27/baca-dan-fahamilah-al-quran/

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan


DOA : Cara tadah tangan yg betul



Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
 
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ba. Titik ba letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ba bernama Har Hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan .

Mencari keberkatan doa

Doa senjata orang mukmin. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) Angkat tangan ke paras dada

2) Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan


3) Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba. Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama har hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi SAW

6) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana Allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Wallaahu a'lam 

29 April 2013

Mutiara Kata : Pengorbanan



Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

Butanya kita tidak melihat pengorbanan ibu. Pekaknya  kita tidak mempedulikan nasihat ibu. Bodohnya kita lebihkan orang lain daripada ibu.

Kadang kadang kita kena susahkan diri kita untuk kesenangan orang lain. Biar ikhlas. Itu baru namanya pengorbanan.

Inginkan MUTIARA selamilah LAUTAN. 
Inginkan BAHAGIA tempuhilah PENDERITAAN. 
Inginkan KEJAYAAN relailah PENGORBANAN.

Syurga dipenuhi dengan beribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya memerlukan bermacam Pengorbanan.

Manusia tak akan mendapatkan apapun tanpa melakukan pengorbanan.

Kadang-kala mereka yang suka meremehkan adalah mereka yang belum mengerti maksud sebuah Pengorbanan.

Sukar untuk menjadi orang yang dicintai, perlukan pengorbanan, namun jika kamu bersama orang yang tepat, segalanya akan menjadi MUDAH!

Hidup tak semudah membalikkan tangan, semua memerlukan perjuangan dan pengorbanan.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

Pengorbanan yang disertai keikhlasan sama ertinya dengan tidak mengungkit apa yang pernah dilakukan dan dikorbankan.

Saat kita merasakan pahitnya mencapai suatu kebahagiaan, disaat itulah Tuhan sedang mengajarkan kita tentang sebuah pengorbanan.

Pengorbanan yang baik, akan menuai hasil yang baik. Walau pun tidak sekarang, pasti mempunyai berkah.

Di setiap pengorbanan pasti ada balasannya yang setimpal. Karma.

Pengorbanan yang ikhlas selalu menghasilkan sesuatu y ang indah.

Diperlukan pengorbanan untuk menuju puncak. Makanya hanya segelintir orang yang sampai di puncak. Itulah Sang Pemenang.

Sesuatu yang indah kadang-kala memang harus ada pengorbanan dalam mendapatkannya.

Jika kau menginginkan hasil yang besar, kau juga harus siap dengan pengorbanan dan perjuangan yang besar.

Kesuksesan itu mengajarkan kita untuk mengerti apa itu Pengorbanan.

Hidup memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan.

Menunggu itu kesabaran, kesabaran itu pengorbanan dan pengorbanan itu bukti kasih sayang.

Hidup yang penuh kebahagiaan tidak akan terjadi begitu saja,  diperlukan banyak doa, kerendahan hati, pengorbanan, dan cinta.

Walau sebanyak mana pengorbanan yang ku usaha di dunia ini, jasa ibu takkan dapat ku balas hingga hujung nyawa yang masih berbaki.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan
risiko y ang besar.

Jambatan terpendek= PUTUS ASA
Jambatan terpanjang= PENGHARAPAN
Jambatan terkuat= IMAN
Jambatan termahal= PENGORBANAN
Jambatan terindah= KASIH SAYANG

Bila dasar suatu cita-cita bermula, perjalananannya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.

Pengorbanan yang baik, akan menuai hasil yang baik.

Sesuatu yang indah, tak diraih dengan mudah. Kadang harus ada pengorbanan untuk mencapainya.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

Setiap kesabaran ada ganjaran. Setiap pengorbanan ada hasilnya.

Perkahwinan itu bukan sekadar I love you, I sayang you, tapi perkahwinan membawa kepada erti sebuah tanggungjawab dan pengorbanan.

Semua cerita sukses, tak pernah tertulis tanpa adanya pengorbanan. Berjuanglah demi apa yang kau yakini hingga tercapai kesuksesan.

Hidup adalah perjuangan. Perjalanan adalah pembelajaran. Jika tak ada pengorbanan, maka lambat laun kita akan tertinggal.

Bila dasar suatu cita-cita bermula, perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.

Kejayaan itu mengajarkan kita untuk mengerti apa itu Pengorbanan.

Jika kau menginginkan hasil yang besar, kau juga harus siap dengan pengorbanan dan perjuangan yang besar.

Akan selalu ada pengorbanan di dalam setiap pencapaian. Besarnya pengorbanan akan berbanding lurus dengan pencapaian yang diraih 

Tuhan, terima kasih kebahagiaan hari ini. Jadikanlah kami sebagai orang yang memaafkan di atas kesalahan dan mengikhlaskan setiap pengorbanan.

Kita harus mampu membayar harga sebuah mimpi yang besar. Sebab kesuksesan dari mimpi itu selalu memerlukan perjuangan dan pengorbanan.

Pengorbanan diri sebenarnya bukanlah  pengorbanan, tetapi sebuah kebesaran jiwa

Hidup memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan.

Tak ada pengorbanan yang sia-sia. Meski mungkin tujuan tak tercapai, tapi akan selalu ada pelajaran yang dapat diambil.

Pengorbanan yang baik, akan menuai hasil yang baik. Walau pun tidak sekarang, pasti mempunyai berkah.

Saat kita merasakan pahitnya mencapai suatu kebahagiaan, disaat itulah Tuhan sedang mengajarkan kita tentang sebuah pengorbanan.

Tidak perlu terlalu jauh jika ingin berkorban dan berbakti, Ayah dan Ibu adalah y ang terdekat yang dapat kita berikan bakti dan pengorbanan kita.

Tak ada pengorbanan yang sia-sia. Meski mungkin tujuan tak tercapai, tapi akan selalu ada pelajaran yang bisa diambil.

Jangan pernah mengabaikan pengorbanan orang tua, berilah suatu prestasi yang membuat mereka bangga.

Setiap impian dan keinginan itu memerlukan perjuangan dan pengorbanan.

Keluarga adalah tempat terbaik bagi kita untuk belajar tentang sebuah pengorbanan.

Tak ada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan besar dibangun dari disiplin, perjuangan keras, pengorbanan dan keyakinan!

Terkadang kebahagian harus diraih dengan pengorbanan. Tetapi setiap pengorbanan belum tentu mendapatkan kebahagiaan.

Jika dugaan sepanjang sungai, maka KESABARAN itu seluas samudera. Jika pengorbanan sebesar bumi, maka KEIKHLASAN harus seluas jalan raya 

Pengorbanan kadang-kala haruslah dilakukan, tetapi itu akan terbayar lunas apabila kita percaya semua akan berakhir indah pada waktunya



26 April 2013

“KESAN DARI “THINK POSITIVE”


Bijak pandai ada berkata:

BERHATI-HATI DENGAN PEMIKIRAN ANDA KERANA IA AKAN MENJADI PERCAKAPAN ANDA.

BERHATI-HATI DENGAN PERCAKAPAN ANDA KERANA IA AKAN MENJADI PERBUATAN ANDA.

BERHATI-HATI DENGAN PERBUATAN ANDA KERANA IA AKAN MENJADI KETERBIASAAN ANDA.

HATI-HATI DENGAN KETERBIASAAN ANDA KERANA IA AKAN MENJADI SIFAT ANDA.

Oleh itu, mari kita :

1.  Berfikir yang positif,mudah-mudahan percakapan kita adalah percakapan yang baik-baik.

2.  Bila percakapan kita yang baik-baik, mudah-mudahan perbuatan kita akan jadi baik.

3.  Bila perbuatan kita yang baik-baik, mudah-mudahan kita terbiasa yang baik-baik.

4.  Bila terbiasa buat yang baik,mudah-mudahan sifat kita akan jadi baik.

Renung-renungkan, dan selamat beramal !!

30 PERKARA TENTANG WANITA YANG PERLU LELAKI TAHU


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.




7 Perkara Ganjil Yang Dialami Si Penggali Kubur




Seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

*Perkongsian ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua..

Jangan Menunggu




Jangan menunggu bahagia, baru tersenyum.
Tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia

Jangan menunggu kaya, baru mau beramal.
Tapi beramal lah, maka kamu semakin kaya

Jangan menunggu termotivasi, baru bergerak.
Tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi

Jangan menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
Tapi pedulilah dengan orang lain! maka anda pasti akan dipedulikan...

Jangan menunggu orang memahami kamu, baru kita memahami dia.
Tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu

Jangan menunggu terinspirasi, baru menulis.
Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

Jangan menunggu proyek, baru bekerja.
Tapi bekerjalah, maka proyek akan menunggumu

Jangan menunggu dicintai, baru mencintai.
Tapi belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai

Jangan menunggu banyak uang, baru hidup tenang.
Tapi hiduplah dengan tenang, maka bukan hanya sekadar uang yang datang, tapi damai sejahtera.

Jangan menunggu contoh, baru bergerak mengikuti.
Tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti

Jangan menunggu sukses, baru bersyukur.
Tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu

Jangan menunggu bisa, baru melakukan.
Tapi lakukanlah! Kamu pasti bisa!

Para Pecundang selalu menunggu Bukti dan Para Pemenang Selalu Menjadi Bukti

Seribu kata akan dikalahkan Satu Aksi Nyata! Sukses !!♥ ({}) (y)

Kisah Mawar




Suatu ketika, ada seseorang pemuda yang mempunyai sebuah bibit mawar. Ia ingin sekali menanam mawar itu di kebun belakang rumahnya. Pupuk dan sekop kecil telah disiapkan. Bergegas, disiapkannya pula pot kecil tempat mawar itu akan tumbuh berkembang. Dipilihnya pot yang terbaik dan diletakkan pot itu di sudut yang cukup mendapat sinar matahari. Ia berharap, bibit ini dapat tumbuh dengan sempurna.

Disiraminya bibit mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dirawatnya pohon itu. Tak lupa, jika ada rumput yang menganggu, segera disianginya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu kemudian, mulailah tumbuh kuncup bunga itu. Kelopaknya tampak mulai merekah, walau warnanya belum terlihat sempurna. Pemuda ini pun senang, kerja kerasnya mulai membuahkan hasil. Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Ia tampak heran, sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Ia menyesalkan mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan mawar-mawar miliknya.

Sang pemuda tampak bergumam dalam hati, “Mengapa dari bunga seindah ini, tumbuh banyak sekali duri yang tajam? Tentu hal ini akan menyulitkanku untuk merawatnya nanti. Setiap kali kurapihkan, selalu saja tanganku terluka. Selalu saja ada ada bagian dari kulitku yang tergores. Ah pekerjaan ini hanya membuatku sakit. Aku tak akan membiarkan tanganku berdarah karena duri-duri penganggu ini.”

Lama kelamaan, pemuda ini tampak enggan untuk memperhatikan mawar miliknya. Ia mulai tak peduli. Mawar itu tak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini tampak merona sayu. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun meranggas dan layu.

Jiwa manusia, adalah juga seperti kisah tadi. Di dalam setiap jiwa, selalu ada ‘mawar’ yang tertanam. Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat. Tuhan lah yang meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Layaknya taman-taman berbunga, sesungguhnya di dalam jiwa kita, juga ada tunas mawar dan duri yang akan merekah.

Namun sayang, banyak dari kita yang hanya melihat “duri” yang tumbuh. Banyak dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering menolak keberadaan kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tak mau menerimanya. Kita berpikir bahwa hanya hal-hal yang melukai yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk menyirami” hal-hal baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tak pernah memahami potensi yang kita miliki.

Banyak orang yang tak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki mawar yang indah di dalam jiwa. Banyak orang yang tak menyadari, adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan diri dan onak-onak kepesimisan dalam hati ini. Orang lain lah yang kadang harus menunjukannya.

Jika kita bisa menemukan “mawar-mawar” indah yang tumbuh dalam jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita, akan terpacu untuk membuatnya akan membuatnya merekah dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat kita berhasil untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu dan mengabaikan duri-duri yang muncul. Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan yang  ditawarkannya, adalah layaknya ketenangan air telaga yang menenangkan keruwetan hati. Mari, kita temukan “mawar-mawar” ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita.

Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tapi janganlah itu membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan kita akan tergores dan terluka, tapi janganlah itu membuat kita bersedih nestapa. Biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaan-Nya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadi bibit dan benih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui dan biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-bibit mawar cinta itu kepada setiap orang dan  menumbuh-kembangkannya di dalam taman-taman hati kita.





Sebuah Nilai Kehidupan




Alkisah, ada seorang pemuda yang hidup sebatang kara. Pendidikan rendah, hidup dari bekerja sebagai buruh tani milik tuan tanah yang kaya raya. Walapun hidupnya sederhana tetapi sesungguhnya dia bisa melewati kesehariannya dengan baik.

Pada suatu ketika, si pemuda merasa jenuh dengan kehidupannya. Dia tidak mengerti, untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini. Setiap hari bekerja di ladang orang demi sesuap nasi. Hanya sekadar melewati hari untuk menunggu kapan akan mati. Pemuda itu merasa hampa, putus asa, dan tidak memiliki arti.

"Daripada tidak tahu hidup untuk apa dan hanya menunggu mati, lebih baik aku mengakhiri saja kehidupan ini," katanya dalam hati. Disiapkannya seutas tali dan dia berniat menggantung diri di sebatang pohon.

Pohon yang dituju, saat melihat gelagat seperti itu, tiba-tiba menyela lembut. "Anak muda yang tampan dan baik hati, tolong jangan menggantung diri di dahanku yang telah berumur ini. Sayang, bila dia patah. Padahal setiap pagi ada banyak burung yang hinggap di situ, bernyanyi riang untuk menghibur siapapun yang berada di sekitar sini."

Dengan bersungut-sungut, si pemuda pergi melanjutkan memilih pohon yang lain, tidak jauh dari situ. Saat bersiap-siap, kembali terdengar suara lirih si pohon, "Hai anak muda. Kamu lihat di atas sini, ada sarang tawon yang sedang dikerjakan oleh begitu banyak lebah dengan tekun dan rajin. Jika kamu mau bunuh diri, silakan pindah ke tempat lain. Kasihanilah lebah dan manusia yang telah bekerja keras tetapi tidak dapat menikmati hasilnya."

Sekali lagi, tanpa menjawab sepatah kata pun, si pemuda berjalan mencari pohon yang lain. Kata yang didengarpun tidak jauh berbeda, "Anak muda, karena rindangnya daunku, banyak dimanfaatkan oleh manusia dan hewan untuk sekadar beristirahat atau berteduh di bawah dedaunanku. Tolong jangan mati di sini."

Setelah pohon yang ketiga kalinya, si pemuda termenung dan berpikir, "Bahkan sebatang pohonpun begitu menghargai kehidupan ini. Mereka menyayangi dirinya sendiri agar tidak patah, tidak terusik, dan tetap rindang untuk bisa melindungi alam dan bermanfaat bagi makhluk lain".

Segera timbul kesadaran baru. "Aku manusia; masih muda, kuat, dan sehat. Tidak pantas aku melenyapkan kehidupanku sendiri. Mulai sekarang, aku harus punya cita-cita dan akan bekerja dengan baik untuk bisa pula bermanfaat bagi makhluk lain".

Si pemuda pun pulang ke rumahnya dengan penuh semangat dan perasaan lega.

=================================================

Kalau kita mengisi kehidupan ini dengan menggerutu, mengeluh, dan pesimis, tentu kita menjalani hidup ini (dengan) terasa terbeban dan saat tidak mampu lagi menahan akan memungkinkan kita mengambil jalan pintas yaitu bunuh diri.

Sebaliknya, kalau kita mampu menyadari sebenarnya kehidupan ini begitu indah dan menggairahkan, tentu kita akan menghargai kehidupan ini. Kita akan mengisi kehidupan kita, setiap hari penuh dengan optimisme, penuh harapan dan cita-cita yang diperjuangkan, serta mampu bergaul dengan manusia-manusia lainnya.

Maka, jangan melayani perasaan negatif. Usir segera. Biasakan memelihara pikiran positif, sikap positif, dan tindakan positif. Dengan demikian kita akan menjalani kehidupan ini penuh dengan syukur, semangat, dan sukses luar biasa!

Sumber : andriewongso

" Sebelum Terlambat "




Suatu hari seekor burung jatuh cinta pada mawar putih. Burung pun dengan segala daya upada berusaha mengungkapkan perasaannya, tapi mawar berkata, "Aku takkan bisa mencintaimu".

Burung pun tak menyerah, tiap hari dia datang untuk bertemu dengan mawar putih, mawar pun berkata, "Aku akan mencintaimu, jika kamu dapat merubahku menjadi mawar merah".

Dan suatu hari burung pun datang kembali, dia memotong sayapnya dan menebarkan darahnya pada mawar putih sehingga mawar putih pun berubah menjadi merah.

Akhirnya mawar sadar seberapa besar burung itu mencintai dirinya, tapi semuanya sudah terlambat, karena burung takkan kembali lagi di dunia.

Jadi hargailah siapa pun yang mencintaimu sebelum dia pergi untuk meninggalkanmu selamanya... jangan memandang sebelah mata karena kamu akan menyesal ketika pada akhirnya mengetahui seberapa besar pengorbanannya padamu..


KISAH BENAR: Wanita & Kucing


Assalamualaikum wab..

Disini saya ingin berkongsi. Bila  diceritakan kisah ini kepada saya, saya amat teruja... Terasa seolah-olah cerita ini perlu saya kongsi dengan orang lain... Difahamkan, kisah ini adalah sebuah Kisah Benar, Tentang Kekuasaan ALLAH SWT

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.

Amin.



Kisah Bunga Mawar dan Pohon Bambu




Di sebuah taman, terdapat taman bunga mawar yang sedang berbunga. Mawar-mawar itu mengeluarkan aroma yang sangat harum. Dengan warna-warni yang cantik, banyak orang yang berhenti untuk memuji sang mawar. Tidak sedikit pengunjung taman meluangkan waktu untuk berfoto di depan atau di samping taman mawar. Bunga mawar memang memiliki daya tarik yang menawan, semua orang suka mawar, itulah salah satu lambang cinta.

Sementara itu, di sisi lain taman, ada sekelompok pohon bambu yang tampak membosankan. Dari hari ke hari, bentuk pohon bambu yang begitu saja, tidak ada bunga yang mekar atau aroma wangi yang disukai banyak orang. Tidak ada orang yang memuji pohon bambu. Tidak ada orang yang mau berfoto di samping pohon bambu. Maka tak heran jika pohon bambu selalu cemburu saat melihat taman mawar dikerumuni banyak orang.

“Hai bunga mawar,” ujar sang bambu pada suatu hari. “Tahukah kau, aku selalu ingin sepertimu. Berbunga dengan indah, memiliki aroma yang harum, selalu dipuji cantik dan menjadi saksi cinta manusia yang indah,” lanjut sang bambu dengan nada sedih.

Mawar yang mendengar hal itu tersenyum, “Terima kasih atas pujian dan kejujuranmu, bambu,” ujarnya. “Tapi tahukah kau, aku sebenarnya iri denganmu,”

Sang bambu keheranan, dia tidak tahu apa yang membuat mawar iri dengannya. Tidak ada satupun bagian dari bambu yang lebih indah dari mawar. “Aneh sekali, mengapa kau iri denganku?”

“Tentu saja aku iri denganmu. Coba lihat, kau punya batang yang sangat kuat, saat badai datang, kau tetap bertahan, tidak goyah sedikitpun,” ujar sang mawar. “Sedangkan aku dan teman-temanku, kami sangat rapuh, kena angin sedikit saja, kelopak kami akan lepas, hidup kami sangat singkat,” tambah sang mawar dengan nada sedih.

Bambu baru sadar bahwa dia punya kekuatan. Kekuatan yang dia anggap biasa saja ternyata bisa mengagumkan di mata sang mawar. “Tapi mawar, kamu selalu dicari orang. Kamu selalu menjadi hiasan rumah yang cantik, atau menjadi hiasan rambut para gadis,”

Sang mawar kembali tersenyum, “Kamu benar bambu, aku sering dipakai sebagai hiasan dan dicari orang, tapi tahukah kamu, aku akan layu beberapa hari kemudian, tidak seperti kamu,”

Bambu kembali bingung, “Aku tidak mengerti,”

“Ah bambu..” ujar mawar sambil menggeleng, “Kamu tahu, manusia sering menggunakan dirimu sebagai alat untuk mengalirkan air. Kamu sangat berguna bagi tumbuhan yang lain. Dengan air yang mengalir pada tubuhmu, kamu menghidupkan banyak tanaman,” lanjut sang mawar. “Aku jadi heran, dengan manfaat sebesar itu, seharusnya kamu bahagia, bukan iri padaku,”

Bambu mengangguk, dia baru sadar bahwa selama ini, dia telah bermanfaat untuk tanaman lain. Walaupun pujian itu lebih sering ditujukan untuk mawar, sesungguhnya bambu juga memiliki manfaat yang tidak kalah dengan bunga cantik itu. Sejak percakapan dengan mawar, sang bambu tidak lagi merenungi nasibnya, dia senang mengetahui kekuatan dan manfaat yang bisa diberikan untuk makhluk lain.

Daripada menghabiskan tenaga dengan iri pada orang lain, lebih baik bersyukur atas kemampuan diri sendiri, apalagi jika berguna untuk orang lain.

Petua Menjaga Hati



Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah :

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Di olah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.  Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"..

2.  Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3.  Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4.  Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5.  Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6.  Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7.  Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8.  Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9.  Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10.  Kekalkan wuduk.

11.  Bersedekah.

12.  Belanja orang makan.

13.  Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14.  Berkawan dengan ulama.

15.  Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16.  Pesan pada orang, jadi baik.

17.  Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Mereka mengajar Kita




Hal yang sangat menyedihkan adalah,
saat kau jujur pada temanmu tapi dia berdusta padamu..
saat dia telah berjanji padamu tapi dia mengingkarinya...
saat kau memberikan perhatian namun dia tidak menghargainya...

Biarlah, jangan pernah menyesal atas apa yang terjadi padamu..
Sebenarnya hal2 yang kau alami itu sedang mengajarimu...

Saat temanmu berdusta padamu atau tidak menepati janjinya padamu atau tidak menghargai perhatian yang kau berikan,
sebenarnya dia telah mengajarimu agar kau tidak berperilaku seperti dia...

Bila kau dibutuhkan hanya pada saat dia sedang kesulitan, sebenarnya juga telah mengajarimu untuk menjadi orang yg arif dan santun, kau telah membantunya saat dia dalam kesulitan...

Begitu banyak hal yg tidak menyenangkan yg sering kau alami, ataupun bertemu dengan orang-orang yang menjengkelkan, egois dan sikap yg tidak mengenakkan...

Dan betapa tidak menyenangkan menjadi orang yg dikecewakan, disakiti, dianiaya atau bahkan dicaci dan dihina...

Biarlah, sebenarnya orang2 itu sedang mengajarimu untuk melatih membersihkan hati dan jiwa,  melatih untuk menjadi orang yg sabar dan mengajarimu untuk tidak berperilaku demikian...

Itu semua diperlukan agar kelak dirimu menjadi indah.

Bidadari Syurga ..



Suasana tenang pagi ni buatkan saya banyak berfikir... Tetiba je saya teringatkan satu kisah di zaman Nabi tentang Bidadari... Kisah ni telah diceritakan kepada saya oleh Cikgu semasa tu saya masih lagi di sekolah rendah.. Kat sini, saya kongsikan dengan korang semua... Kisahnya berkenaan dengan Ainul Mardhiah yang merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... Tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... Tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... Lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... Disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu.. Tak pernah dilihat didunia ini... Lalu diberi salam dan dia bertanya andakah 'Ainul Mardhiah... Wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab... Eh tidak saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... Lalu dia sampai ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... Dan tak pernah dia lihat di dunia.... Lalu wanita itu berkata ... Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... Nanti kamu belum syahid lagiiii......

Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... Tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada Nabi. Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi... Dalam menceritakan cerita itu, Nabi menjawab benar...benar...benar... Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

4 Malaikat....




Saya hanya Berkongsi Ilmu :
Apabila seorang hamba Allah sakit, Allah akan mengutuskan 4 Malaikat kepadanya:

1. Malaikat PERTAMA akan mengambil SELERA MAKANNYA

2. Malaikat KEDUA akan mengambil REZEKINYA

3. Malaikat KETIGA akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA (pucat)

4. Malaikat KEEMPAT akan mengambil DOSANYA

Apabila sampai waktu yang telah Allah swt tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah swt tidak pernah menyuruh Malaikat Keempat memberi balik Dosa hambaNya tersebut. SUBHANALLAH! Betapa MuliaNya & SayangNya Allah S.W.T terhadap kita, hamba manusia. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah swt ketika sakit, bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah Penghapus Segala Dosa...

*Allah S.W.T tidak pernah Zalim terhadap Manusia. Saya cuma terkilan, macamana manusia boleh menZalimi sesama manusia...

Fikir-fikirkan lah...

Mengapa Aku Harus Menikahimu...



Ini adalah kisah seorang pemuda yang baru mengenali dirinya dalam memilih calon isteri, kisah ini tak dapat nak dipastikan fakta atau tidak, namun semoga pelajaran yang ada didalamnya dapat bermanfaat bagi kita semua, terutama Muslimah yang belum menikah semoga menjadi renungan.

Dia sangat baik, taat (pada orang tuanya), berpendidikan baik, orang tuanya menyuruhnya untuk segera menikah disebabkan umurnya sudah meningkat 30an. Mereka, orang tuanya, telah melihat banyak calon isteri untuknya dan dia telah menolaknya semua. Orang tuanya berfikir, mungkin saja ada seseorang yang lain yang berada di fikirannya. Namun setiap kali orang tuanya membawa seorang wanita ke rumah, pemuda itu selalu mengatakan “dia bukanlah orangnya!” Pemuda itu menginginkan seorang gadis kampung yang pegangan agamanya dengan baik (solehah). Suatu malam, orang tuanya mengatur sebuah pertemuan untuknya untuk bertemu dengan seorang gadis yang solehah dan mengamalkan agamanya.

Pada malam itu, pemuda itu dan seorang gadis yang dibawa orang tuanya, dibiarkan untuk bercakap dengan anaknya dan saling menanyakan pertanyaan satu sama lainnya, seperti biasa. Pemuda itu mengizinkan gadis itu untuk bertanya terlebih dahulu. Gadis itu menanyakan banyak pertanyaan terhadap pemuda itu, dia menanyakan tentang kehidupan pemuda itu, pendidikannya, teman-temannya, keluarganya, kebiasaannya, hobinya, gaya hidupnya, apa yang ia sukai, masa lalunya, pengalamannya, bahkan ukuran kasutnya… Si pemuda itu menjawab semua pertanyaan gadis itu, tanpa banyak alasan dan dengan penuh rasa sopan. Dengan tersenyum, gadis itu telah lebih dari satu jam, merasa bosan, kerana ia sedari tadi yang bertanya-tanya, dan kemudian meminta pemuda itu, apakah ia ingin bertanya sesuatu padanya? Pemuda itu mengatakan, saya hanya memiliki 3 pertanyaan. Gadis itu tersenyum, baiklah hanya 3 pertanyaan, tanyalah.

Pemuda itu menanyakan pertanyaan pertama. Pemuda: Siapakah yang paling kamu cintai di dunia ini, seseorang yang dicintai yang tidak ada yang akan pernah mengalahkannya? Gadis: Ini adalah pertanyaan mudah, ibuku. (katanya sambil tersenyum).

Pertanyaan ke-2 Pemuda: Kamu beritahu, kamu banyak membaca Al-Qur’an, bolehkah kamu memberitahuku surah mana yang kamu ketahui ertinya? Gadis: (Mendengar itu wajah si Gadis merah dan malu), aku belum tahu ertinya sama sekali, tetapi aku berharap segera mengetahuinya insyaAllah, aku hanya sedikit sibuk.

Pertanyaan ke-3 Pemuda: Saya telah dilamar untuk menikah, dengan gadis-gadis yang jauh lebih cantik daripada dirimu, Mengapa saya harus menikahimu? Gadis: (Mendengar itu si Gadis marah, dia mengadu ke orang tuanya dengan marah), Aku tidak ingin menikahi lelaki ini, dia menghina kecantikan dan kepintaranku. Dan akhirnya orang tua si pemuda sekali lagi tidak dapat mencari calon isteri untuk anaknya. Kali ini orang tua si pemuda sangat marah, dan mengatakan “mengapa kamu membuat gadis itu marah, keluarganya sangat baik, dan mereka warak seperti yang kamu inginkan.

Mengapa kamu bertanya (seperti itu) kepada gadis itu? beritahu kami!”. Pemuda itu mengatakan, Pertama aku bertanya kepadanya, siapa yang paling kamu cintai? dia menjawab, ibunya. (Orang tuanya mengatakan, “apa yang salah dengan itu?”) pemuda itu menjawab, “Tidaklah dikatakan Muslim, hingga dia mencintai Allah dan RasulNya (shalallahu’alaihi wa sallam) melebihi siapapun di dunia ini”.  Jika seorang wanita mencintai Allah dan Nabi (shalallahu’alaihi wa sallam) lebih dari siapapun, dia akan mencintaiku dan menghormatiku, dan tetap setia padaku, kerana cinta itu, dan ketakutannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan kami akan saling lebih mencintai, kerana cinta ini adalah yang lebih besar daripada nafsu untuk kecantikan.

Pemuda itu berkata, kemudian aku bertanya, kamu banyak membaca Al-Qur’an, dapatkan kamu memberitahuku erti dari salah satu surat? dan dia mengatakan tidak, kerana dia sentiasa sibuk. Maka aku pikir semua manusia itu mati, kecuali mereka yang memiliki ilmu. Dia telah hidup selama 20 tahun dan tidak menemukan waktu untuk mencari ilmu, mengapa Aku harus menikahi seorang wanita yang tidak mengetahui hak-hak dan kewajibannya, dan apa yang akan dia ajarkan kepada anak-anakku, kecuali bagaimana untuk menjadi lalai, kerana wanita adalah madrasah (sekolah) dan guru terbaik. Dan seorang wanita yang tidak memiliki waktu untuk Allah, tidak akan memiliki waktu untuk suaminya.

Pertanyaan ketiga yang aku tanyakan kepadanya, bahawa banyak gadis yang lebih cantik darinya, yang telah melamarku untuk menikah, mengapa Aku harus memilihmu? itulah mengapa dia mengadu, marah. (Orangtua si pemuda mengatakan bahwa itu adalah hal yang tidak sepatutnya untuk dikatakan, mengapa kamu melakukan hal semacam itu, kita harus kembali meminta maaf). Si pemuda mengatakan bahwa Nabi (shalallahu’alaihi wa sallam) mengatakan “jangan marah, jangan marah, jangan marah”, ketika ditanya bagaimana untuk menjadi soleh, kerana kemarahan adalah datangnya dari syaitan. Jika seorang wanita tidak dapat mengontrol kemarahannya dengan orang asing yang baru saja ia temui, apakah kalian pikir dia akan dapat mengontrol amarah terhadap suaminya?

Pelajaran akhlak dari kisah benar ini adalah, pernikahan berdasarkan:

Ilmu, bukan hanya penampilan (kecantikan). Amal, bukan hanya berceramah atau bukan hanya membaca. Mudah memaafkan, tidak mudah marah. Ketaatan/ketundukan/kesolehan, bukan sekadar nafsu. Dan memilih pasangan yang seharusnya: Mencitai Allah lebih dari segalanya. Mencintai Rasulullah (shalallahu ‘alai wa sallam) melebihi manusia manapun. Memiliki ilmu Islam, dan beramal/berbuat sesuai itu. Dapat mengontrol kemarahan. Dan mudah diajak bermusyawarah, dan semua hal yang sesuai dengan ketentuan Syari’at Islam. Rasulullah shalalahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang ertinya: “Wanita dinikahi karena empat hal, [pertama] karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan agamanya. Carilah yang agamanya baik, jika tidak maka kamu akan tersungkur fakir”. (HR. Bukhori no. 5090, Muslim no. 1466)

Jagalah AURAT, PERGAULAN & PERTUTURANMU


Wahai sahabat2 jagalah aurat dan pergaulanmu, wanita solehah ibarat seekor rama2 yang cantik, andai diri dia pernah disentuh lelaki ajnabi, dia diibaratkan seperti seekor rama2 yang telah tercalar sayapnya dan tiada nilai lagi.

Kali ni saya nak kongsi tentang sebuah percintaan yang sejati iaitu percintaan Adam dan Hawa. Dua nama yang tidak asing lagi dengan percintaan sejati kedua-duanya. Cinta yang telah berputik disyurga Allah S.W.T dan seterusnya digoda oleh syaitan. Dihantar ke dunia, dan disebabkan cinta sejati kedua-duanya bertemu semula di dunia. Cinta yang agung dan terulung ini seharusnya menjadi inspirasi kepada umat manusia zaman sekarang. Sesungguhnya sedarlah wahai kaum Adam, kamu dijadikan oleh Allah S.W.T untuk menjaga kaum Hawa dan janganlah kamu mensia-siakan kewajipan yang diberikan kepada kamu. Janganlah dengan paras kacak dan ayat-ayat manismu menjadi senjata untuk merosakkan kaum Hawa sesungguhnya kaum Hawa memerlukan perlindungan darimu wahai kaum Adam. Kaum Hawa adalah kaum yang lemah dan memerlukan bimbingan darimu untuk hidup di dunia ini. Jadilah kaum Adam yang agung dengan membimbing kaum Hawa ke jalan Ilahi.

Wahai kaum Hawa, kita manusia adalah sebaik-baik kejadian dan janganlah kamu menyamakan diri kamu dengan binatang yang tidak berotak. Kamu dikurniakan kecantikan paras rupa dan syaitan akan mencantikkan kamu lagi dimata kaum Adam. Janganlah kamu menjadikan kecantikan itu satu senjata untuk kamu memikat kaum Adam. Sesungguhnya malulah pada diri dan maruah kamu. Jaga maruah kamu sebagai kaum Hawa dan janganlah senang untuk jatuh pada cinta palsu dan ayat-ayat palsu dari kaum Adam. Tapi nilailah kaum Adam dari segi agamanya, perlakuannya dan kebaikannya kerana kaum Adam yang akan membimbing kamu. Pilihlah dengan keikhlasan hati yang nurani. Janganlah mudah terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah itu.

Wahai kaum Adam yang mulia, sesungguhnya kamu diberikan sembilan akal dan satu nafsu. Tidakkah mampu akalmu untuk mengalahkan nafsu yang satu itu? tanyalah pada dirimu sendiri dimana kesembilan akalmu itu dan adakah digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya. Jika dapat dilihat kaum Adam zaman sekarang menggunakan akal mereka untuk mencuri dan mencairkan hati kaum Hawa dengan kata-kata manis. Akal kaum Adam tidak digunakan seperti yang sepatutnya. Sedarlah wahai kaum Adam, kamu sudah memungkiri tanggungjawab yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk membimbing kaum Hawa. Jagalah nafsumu wahai kaum Adam kerana nafsu akan merosakkan kaum Hawa yang lemah dan janganlah kamu kalah pada nafsumu yang satu itu.

Wahai kaum Hawa, kamu dikurniakan nafsu di dalam diri, kawallah nafsumu itu dari menguasai dirimu itu. Nafsu akan merosakkan dirimu mahupun kaum Adam. Dirimu sungguh berharga dan harus dijaga dengan sebaiknnya.  Jagalah batasan pergaulanmu dengan kaum Adam dan jagalah auratmu dari dilihat oleh kaum Adam kerana aurat boleh menyebabkan kaum Adam tertawan denganmu.  Jangan jadikan auratmu itu pendorong hawa nafsu kaum Adam untuk mendapatkanmu. Jagalah ia untuk kebaikan dirmu dihari kelak. Jaga pakaian dan tutur katamu kerana itu yang dikehendaki oleh kaum Adam yang soleh, yang akan menjagamu dengan baik dan mengikut syariat Allah S.W.T.

Dan kepada kaum Adam pilihlah kaum Hawa yang dapat menjaga keturunanmu dengan baik. Jika kaum Hawa itu telah rosak, tidak ada kesulitan untuknya kembali ke jalan Allah S.W.T. Malah bimbinglah dia dengan ilmu agamamu itu, jagalah dia dan bagilah dia peluang untuk merubah dirinya. Sesungguhnya setiap manusia boleh berubah dan tiada yang mustahil. Curahkanlah ilmu agamamu kepadanya dan ajarkanlah dia mengenal erti Islam yang sebenar. Kembalikanlah cinta terulung dan agung seperti Adam dan Hawa di dalam hidup bersama pasanganmu Insya-Allah akan berkekalan dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Saya berharap, semoga kita semua mendapat ikhtibar dan pedoman dalam diri kita semua.

Jagalah auratmu, walau sehelai rambut..
Jagalah kemaluanmu..
Jagalah maruah dan harga dirimu..
Jagalah tutur kata dan pergaulanmu..
Jagalah pandanganmu..
Jagalah solatmu..
Jagalah kebersihan dan kesucian dirimu..
Jagalah nafsumu..
Jagalah agamamu..

Moga kamu beroleh KEBAIKAN DAN KEMENANGAN di dunia dan di akhirat..