25 April 2013

Wanita bertudung VS Freehair

Mungkin ramai yang mengangap isu ini merupakan isu lapuk yg agak remeh yg tidak perlu di bangkitkan. Akan tetapi dari sudut pandangan 270 darjah celcius aku melihat isu ini merupakan isu yg sangat penting memandangkan ianya berkaitan dengan diri sesorang dan agama.

Bagi lelaki mana satu pilihan anda…wanita bertudung atau freehair?? Mungkin kita selalu dengar ayat-ayat seperti ini :

1. Ala kalau bertudung pun belum tentu baik lagi
2. Sapa cakap pmpn bertudung lagi baik dr pmpn freehair? skrg ni rmi pmpn freehair yg lg baik dari bertudung 3. Pakai je tudung tp perangai belum tentu lg baik xyah pkai wat malu je
4. Aku pakai ke tak bukannya de kaitan ngn spe2 pun
5. Rilex la skrg dunia dah maju. Kita perlu ikut arus dunia
6. Eh suka hati aku la nak pakai ke tak..yg kau sibuk tu apasal.
7. Eleh pki je tudung tp baju ketat gak baik xyah pkai
8. ….Dan bnyk lagi ayat-ayat yg biasa kita dgr…..

Persoalannya disini bukanlah sape baik or jahat. Masalah utama ialah agama yakni aurat. Bayangkan setiap saat setiap detik dosa yg kita dapat akibat mendedahkan aurat. Ianya seperti pelaburan ber-interest sepanjang hayat.
Bayangkan setiap saat kita mendedahkan rambut kita kepada umum Allah charge-kan 1sen dosa setiap minit.

1 min   = 1 sen,
60 min  = 60 sen,
24 jam  = RM14.40,
7 hari  = RM100.80,
sebulan = RM403.20,
setahun = RM4838.20

Setahun dosa kita ibarat berharga RM4838.20 itukan jika tuhan chargekan 1 sen tuk 1 min. Bayangkan betapa bnyknya nilai dosa kita hanya untuk satu dosa. Itu belum lagi di tambahkan dengan dosa-dosa yang lain. Pengiraan di atas hanyalah contoh semata-mata dan ianya tiada kaitan dengan apa-apa pun.

Memanglah sekarang ini ramai org pmpuan yg freehair yg berperangai elok dan baik tp soal hati ini adalah antara dia dgn Allah tetapi apabila ia mendedahkan aurat ianya antara manusia dgn manusia. Kerana org sekeliling akan terkena effectnya dari perbuatan yang dilakukannya.

Pernahkah anda mengira pahala dan dosa yg anda lakukan setiap hari? Dosa yang kita lakukan setiap hari ckup banyak tetapi pahala hanya harapkan solat lima waktu sahaja. Jika solat tidak cukup?

Coretan ini bukanlah untuk mengata sesiapa tetapi hanyalah sekadar mengingati antara satu sama lain dan bersama-sama lah kita cuba untuk menjadi insan yg hebat dari pandangan dunia dan juga pandangan akhirat...