24 April 2013

Meninggalkan Kekasih Kerana Tidak Sanggup Bergelumang Dengan Zina

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Ali :

“As-salam Ustaz,sy mau bertanya..sy pernah melakukan zina dan ingin bertaubat. Sy benci dan menyesal atas perbuatan sy dahulu..Sy ada melakukan solat taubat..sy telah meninggalkan kekasih sy 2 tahun yang lepas kerana sy tidak mahu terus melakukan zina. sy sgt lemah ustaz.bila bersama dgnnya mesti sy akan melakukan perbuatan terkutuk ini. sy telah minta maaf dari kekasih sy atas perpisahan ini..dan die memaafkan sy..persoalan sy,adakah keputusan sy meninggalkan die ini betul?atau pun sy wajib menikahi die?bagaimana kalau sy jumpe orang len yg masih dara dan menikahinye tanpa memberitahu kisah silam sy?apa hukumnye..tolong ustaz..sy benar2 keliru..“

Ustaz Love : Jelas nampak keazaman pada perlakuan saudara bila saudara dengan beraninya bertindak meninggalkan kekasih tersebut.. Jika dilihat kembali kepada kaedah untuk bertaubat, tindakan saudara itu memang tepat apabila bertindak meninggalkan punca terjadinya maksiat itu. Maksud Ustaz Love di sini, bukanlah nak kata yang kekasih itu sebagai punca saudara melakukan maksiat (sbb maksiat perzinaan ini takkan berlaku sendiri2.. perlukan 2 orang untuk dikatakan zina), sebaliknya jika saudara masih lagi berhubungan dengan kekasih itu, maka kemungkinan untuk saudara terus bergelumang dengan perzinaan itu tetap ada (berdasarkan cerita saudara di atas).

Zina ni adalah perlakuan seks (ye la.. takkan makanan plak) yang diharamkan.. seks cuma menjadi halal dengan jalan pernikahan.. bila melakukan seks dalam keadaan tak bernikah, maka itulah yg dinamakan zina. Oleh sebab seks ini merupakan sesuatu yang bersifat ketagihan (maksudnya akan diulang2 berkali2), maka zina itu juga bersifat dengan sifat ketagihan.. sekali buat, pasti nak lagi.. tak kira la sama ada dah ada pasangan yg sah (suami atau isteri), jika dah ketagih untuk berzina, tetap akan dicari juga jalannya untuk berzina (sama ada dengan mencari pelacur, membuat hubungan sulit dsb). Sebab itu, ia sangat memerlukan keazaman serta keinsafan yang tinggi untuk meninggalkannya.. sama keadaannya macam penagih dadah.. setakat terfikir nak tinggal, memang susah nak tinggal.. kena buktikan keazaman nak tinggalkan dengan cara masuk pusat pemulihan, mengalami sakit menahan ketagihan dsb.. insyaAllah, bila dah bersih maka akan lebih mudah untuk melupakan terus.

Bila saudara dah buat keputusan untuk meninggalkan perbuatan zina ini, maka ia merupakan langkah pertama untuk melakukan perubahan.. diteruskan dengan saudara bertindak meninggalkan pasangan zina.. maka langkah saudara yg seterusnya akan menjadi lebih mudah.. tetapi, sebagai manusia yang mempunyai sifat belas kasihan dan rasa tanggungjawab, tak dapat tidak, pasti akan terfikirkan kesan daripada perbuatan meninggalkan kekasih tersebut.. tambahan lagi, beliau seorang wanita.. aibnya lebih besar berbanding lelaki..

Jadi, saudara kena tentukan sendiri perasaan saudara.. adakah saudara mencintai wanita itu? Ataupun saudara cuma tergoda dengannya, atau terjebak dalam perangkapnya.. atau bagaimana? Ustaz Love tak pandai nak meneka.. cuma bila melihat kepada kenyataan saudara yang membayangkan untuk menikahi orang lain yang masih anak dara, nampak macam saudara tak berapa cintakan bekas kekasih itu. Jika begitulah keadaannya, adalah lebih baik saudara terus memandang ke depan tanpa menoleh2 lagi ke belakang.. tinggalkan terus segala kenangan hitam saudara termasuk bekas kekasih itu. Lupakan beliau dan mulakan hidup baru.. Saudara tak wajib untuk menikahinya, kerana zina ini adalah atas kerelaan dua pihak.. sebab itu jika dikenakan hukum hudud, maka kedua2nya kena disebat 100 sebatan.. dan bukannya pihak lelaki saja (walaupun pihak lelaki yg memulakan atau memecahkan dara dsb).

Jika saudara mencintai beliau, maka Ustaz Love tak nampak adanya halangan yang menyebabkan saudara tidak sanggup untuk bernikah dengannya (melainkan mungkin beliau seorang kaki penzina yang berzina dengan ramai orang). Jadi, jika di hati masih ada cinta, ikatlah dengan tali pernikahan.. selepas itu, sama2lah melayari bahtera perkahwinan dengan penuh rasa tanggungjawab.. insyaAllah, rahsia silam saudara dan bekas kekasih itu dapat disimpan kemas2 dalam lipatan sejarah.

Seandainya saudara ingin mendapatkan anak dara untuk dinikahi, itu hak saudara.. tiada hukum yang menghalang anak teruna untuk berkahwin dengan anak dara mahupun mak janda.. mungkin dengan pernikahan bersama seseorang yang baru dalam hidup saudara, akan dapat membantu saudara melupakan kisah silam serta membantu saudara untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Tak perlu saudara ceritakan kisah silam saudara, kerana seorang Muslim itu wajib menjaga aibnya dan aib saudaranya.. Jika saudara membuka cerita aib itu, bukan saudara seorang saja yang malu, bahkan bekas kekasih itu juga akan mengalami kemaluan yang sama.. bahkan mungkin lebih teruk lagi.. Bila dah bertaubat, maka lupakan segala kisah silam.. tak perlu menceritakannya atas dasar ingin nampak gentleman, jujur dsb.. biarlah soal dosa itu, kita dan Allah saja yang menyelesaikannya (melalui jalan taubat). Untuk penjelasan lebih lanjut, Ustaz Love cadangkan saudara membaca entry ini juga..

Dalam menyelesaikan kekeliruan ini, adalah lebih baik saudara meminta petunjuk daripada Allah dengan cara melakukan solat istikharah.. Mohon semoga Allah menunjukkan jalan terbaik bagi saudara untuk keluar daripada masalah ini.. jangan terlalu ikutkan perasaan (spt kesian pada bekas kekasih).. kerana jika perasaan kesian itu dah hilang, maka rumahtangga saudara sendiri juga yang akan berantakan. Biarlah jelas segala niat, agar segala tindakan selepas itu dapat didasarkan kepada niat yang betul dan jelas.

Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan segala urusan dan memberikan jalan keluar yang terbaik buat saudara.. insyaAllah amin..

WA


Read more: http://ustazlove.com/blog/2012/04/soal-jawab-meninggalkan-kekasih-kerana-tidak-sanggup-bergelumang-dengan-zina/#ixzz2FVgkw6ea