24 April 2013

Panas Baran dan cara menanganinya

Kadang-kadang kita ternampak seseorang sedang dalam keadaan panas baran. Individu tersebut dengan tanpa segan silu menjerti dan memekik, menghempas pintu, dan juga melakukan pelbagai perkara tanpa mengira siapa orang di hadapannya dengan tujuan menunjukkan kemarahannya. Mari kita membincangkan dengan lebih dalam tentang perkara ini.

Apakah punca panas baran?

1. Sikap yang diwarisi daripada ahli keluarga.
2. Emosi yang tidak terkawal,perilaku agresif, rasa dikecewakan, sifat ego atau tekanan perasaan.
3. Persekitaran dan didikan
4. Gejala sosial
5. Masalah kewangan atau keluarga
6. Bebanan kerja
7. Masalah perhubungan.

TIP menghilangkan panas baran cara Islam :

1. Mengubah posisi - Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahannya. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring." ( Riwayat Muslim).

2. Berwuduk - Rasulullah SAW bersabda, maksudnya " Marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah, mara hendaklah berwuduk"
(Riwayat Abu Daud).

3. Membaca Ta'awuz - maksudnya "Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam"

4. Berzikir - Banyakkan berselawat, berzikir, bertahmid, bertahlil dan bertakbir.

5. Kawal lisan - Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Katakan pada diri abhawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikannya.

6. Minum Air

7. Berkata kepada diri - Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yang kita lakukan terhadap orang lain satu hari akan berlaku terhadao diri kita juga. Dengan itu, kita boleh mengalihkan fokus minda daripada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.