27 July 2018

Solat

Tak Solat Subuh,  bangun pukul 9.30 pagi, terus bersiap-siap untuk memulakan kehidupan tanpa rasa bersalah. Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.

Tak Solat Zohor,  balik rumah boleh makan nasi lauk ikan masak 3 rasa. Dengan tomyamnya, tambah pula dengan air teh o ais limau. Allah masih lagi bagi nikmat lidah untuk merasa makanan walaupun tak solat.

Tak solat Asar, masih boleh pergi gim angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Masih boleh riadhah pada waktu petang. Allah masih bagi nikmat kaki untuk joging. Tapi masih sombong taknak solat.

Tak Solat Maghrib, awak nak kahwin Allah bagi, nak isteri cantik Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi. Walaupun meninggalkan solat.

Tak Solat Isyak, Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi kesihatan yang baik, takde sakit-sakit. Anggota badan semua cukup. Hatta waktu kita baca "post" ni pun, kita gunakan mata yang Allah bagi untuk melihat, jari yang Allah bagi untuk "scroll screen fon", rezeki yang Allah bagi untuk beli "smartphone" ni, akal yang Allah bagi untuk berfikir dan menganalisis maklumat.

Tapi sayang, tak ramai yang mampu gunakan nikmat akal tu seoptimumnya untuk menyeimbangkan antara keperluan duniawi dan ukhrawi.

Beruntung kita ni, walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Zaman umat Nabi Musa a.s dulu kalau tak solat, Allah Taala bagi CASH jadi muka KHINZIR. Tapi kita ni menumpang Rahmat Rasulullah SAW, Allah tangguhkan dulu azabNya. Allah dah beritahu dalam Al-Quran,  balasan di Akhirat sangatlah dasyat bagi orang yang meninggalkan solat.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [Surah Ar-Rahman]