7 October 2011

Kisah Sedih Pengorbanan Seorang Ibu

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China. Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.


Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.

Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya - SUMBER: fb

Erti Gerak Geri Dalam Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " SUMBER: fb

15 June 2011

TANDA-TANDA ANDA NAK MATI .....SUATU PERINGATAN

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
  • 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
  • 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
  • 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
  • 7 hari : Mengidam makanan.
  • 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
  • 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
  • 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
  • 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
  • Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.” Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:  “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:  “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu.”   Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.   Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat:-
  • Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  • Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  • Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  • Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  • Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  • Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  • Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.

16 May 2011

Khasiat Kacang Hijau


 
Setiap jenis makanan mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membantu kesihatan dan kecantikan diri seseorang jika diambil mengikut kadar sesuai. Antara makanan yang mempunyai khasiat tinggi, tetapi kurang diketahui orang ramai ialah kacang hijau atau nama saintifiknya Phaseolus Radiatus L.

Dipercayai berasal dari India, ia mengandungi protein, vitamin B1, vitamin B2, Vitamin A, vitamin E, niasin, amylum, besi, belerang dan mineral penting seperti fosfor, kalsium serta karotin yang amat diperlukan tubuh.

Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak di dalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka dan zat gizi di dalamnya mampu mengatasi penyakit anemia (kurang sel darah merah), membantu mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.

Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) C52 Jabatan Kesihatan Selangor, Jamilah Ahmad, berkata protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau dapat membantu tumbesaran seseorang terutama golongan kanak-kanak dan ia juga mampu membina darah.

"Setiap individu digalakkan mengambil kacang hijau dalam diet mereka bagi memastikan badan memperoleh zat yang diperlukan. Kacang hijau dapat menggantikan sumber protein haiwan seperti yang terkandung dalam daging serta ikan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.

Jamilah berkata, bagi golongan berpendapatan rendah atau suri rumah yang ingin berjimat terutama ketika harga barangan meningkat, mereka boleh memasak produk daripada sumber kacang hijau untuk keluarga berikutan harganya yang lebih murah.

Katanya, pengambilan kacang hijau dalam kuantiti setengah atau satu cawan sudah mencukupi bagi seseorang.

"Kekurangan seseorang mengambil kekacang boleh menghadkan zat untuk tubuh mereka, tetapi pengambilan berlebihan tidak mendatangkan sebarang kesan negatif.

"Penggunaan atau pemakanan kacang hijau di kalangan masyarakat adalah menggalakkan dan kebanyakan penduduk di negara ini gemarkan produk makanan berasaskan kacang hijau seperti bubur kacang hijau, kuih kacang dan tempe," katanya.

Di negara ini, katanya, semua etnik menggemari kacang hijau dan menggunakan produk itu dalam masakan mereka.

TOKSIK DALAM BADAN

Pembentukan Toksik

Toksik terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksik setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrient yang diambil.

Kehadiran toksik ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan.

Antara sebab sesuatu organ pencernaan gagal menghadam makanan ialah kerana fungsi dan tenga organ penghadam itu dialihkan ke sesuatu masalah seperti:

1. Berfikir tentang kerja ketika makan
2. Memikirkan masalah kehidupan ketika makan
3. Berada dalam keadaan masalah tidak puas hati, marah, kecewa atau sebarang pemikiran negatif ketika makan.

Aktiviti ketika makan adalah bermula dari makanan pertama masuk ke mulut hingga kira-kira empat jam iaitu tempoh makanan selesai dicerna dan dihadam.

Kemudaratan Toksik

Toksik yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.

Kehadiran toksik yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:

1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.

2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glucagon, and somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan urik asid.

3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksik yang boleh menjejaskan fungsi nukleas sel.

4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksik dan berasid.

5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fabroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.

6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.

7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.

8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.

Pembuangan Toksik

Proses pembuangan toksik sangat popular digelar dengan istilah Detoxification (atau ringkasnya Detox). Bahan bertoksik dalam tubuh biasanya mempunyai sifat seperti berikut:

1. Berasid
2. Mempunyai ikatan kolestrol yang tepu
3. Protein tinggi

Bahan yang digunakan untuk menghuraikan ketiga-tiga sifat di atas perlulah bahan yang boleh berfungsi serentak dan dirinya sendiri tidak boleh menjadi toksid dan mampu menghuraikan dirinya sendiri. Antara contohnya ialah:

1. Timun boleh menghurai bahan yang berasid kerana ia beralkali dan mempunyi fiber yang lembut. Fiber lembut ini boleh menyahkan bahan bertoksid dengan berkesan.

2. Daging kambing berkeupayaan menghuraikan kolestrol tepu dalam tempoh yang pantas.

3. Buah delima dan minyak zaitun berkeupayaan menghurai protein tinggi dan meneutralkan urik asid terutama dalam organ hati dan pankreas.

4. Cuka epal mempunyai kelebihan menstabilkan urik asid, menghurai kolestrol tepu dan protein tinggi dengan serentak.

5. Madu mempunyai beberapa enzim semulajadi yang membantu mencernakan nutrien pada peringkat kolestrol dan protein ringkas.

Cuka Epal dan Madu

Cuka epal tidak mudarat jika diambil berlebihan. Untuk kesan yang lebih optimum, ia perlulah diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Selain menghuraikan bahan berasid, kolestrol tepu dan priotein tinggi, nutrien yang bermanfaat yang terperangkap di dalam usus besar perlu dicernakan untuk manfaat tubuh. Toksik yang terbentuk di dalam usus besar mempunyai sejumlah nutrien yang masih berpotensi untuk dicerna dan dihadam oleh tubuh. Nutrein ini telah melepasi saluran deudenum yang sepatutnya mengeluarkan enzim sebagai pemangkin yang mencernakan nutrein tersebut, maka organ hati, hempedu dan pankreas tidak dapat membantu mencernakannya lagi.

Satu-satunya sumbre makanan yang mengandungi lengkap secala jenis enzim yang dapat membantu menghuraikan nutrein yang terperangkap di dalam usus ialah madu.

Gabungan madu dan cuka epal merupakan formula terbaik yang bertindak sebagai bahan Detox yang berkesan, selamat dan semulajadi.

Petikan dari Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin on May 12, 2010

Hempedu Bumi



Nama Lain : Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili : Acanthaceae
 
Lokasi Dijumpai : Malaysia, Thailand, India, Indonesia

Khasiat
Pernah dilaporkan air rebusan dari daun diminum bagi mengubati tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit tekak (tonsillitis), selsema, sakit dada, cirit birit dan demam. Ia juga diminum sebagai tonik. Daun yang ditumbuk juga di guna sebagai ubat penahan sakit bagi gigitan ular dan serangga berbahaya. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
Bahan aktif
Kandungan utama hempedu bumi ialah suatu sebatian yang amat pahit yang dikenali dengan nama andrografolida, yang pertama kali ditemukan pada tahun 1911. Andrografolida didapati pada seluruh bahagian pokok Hempedu Bumi tetapi paling tertumpu pada bahagian daunnya. Andrografolida, bertindak sebagai anti oksida kuat, dengan itu melindungi hati dan sistem pencernaan.Ujian makmal dan klinikal telah membuktikan keberkesanannya dalam kes kerosakan hati akibat ketoksikan (keracunan), fungsi hati yang lembap, dan hepatitis.

Hempedu Bumi juga terbukti berupaya mencegah pengumpulan kolesterol dalam sistem peredaran darah ke tahap yang lebih ketara berbanding dengan minyak ikan. Hempedu Bumi paling sesuai bagi mereka yang lazim memakan makanan kaya kolesterol. Secara tradisi herba ini juga telah lazim digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, manakala hasil penyelidikan saintifik moden juga telah mengesahkan kesan hipotensi (pengurangan tekanan darah) yang sederhana dan selamat.

Kajian di Negara Barat merumuskan bahawa, hasil daripada penggunaan Hempedu Bumi, keletihan/kelesuan berkurangan sebanyak 30%, menggigil berkurangan sebanyak 50%, sakit tekak berkurangan sebanyak 40%, sakit otot berkurangan sebanyak 48%, dan pening dan sakit kerana resdung berkurangan sebanyak 30%, Juga risiko untuk dijangkiti selsema didapati dua kali ganda lebih rendah apabila mengamalkan Hempedu Bumi.

Kajian ini lalu merumuskan bahawa Hempedu Bumi memberikan tahap keberkesanan yang tinggi dalam mengurangkan kejadian dan keterukan gejala-gejala selsema biasa bermula pada hari kedua rawatan. Tiada kesan-kesan buruk yang tidak diingini dilihat atau dilaporkan.

Cara penggunaan
Bagi merawat darah tinggi, sehelai daun yang telah dibersihkan, diletakkan di dalam gelas dan tuangkan air panas. Tutup dan biarkan selama 2 minit. Minum perlahan-lahan kerana rasanya yang terlalu pahit terutama bagi yang baru pertama kali mencuba. Amalkan sehari sekali. Jika sudah sembuh, tidak perlu lagi. Memadai mengamalkannya seminggu sekali.

20 April 2011

21 Petua mencantikkan wajah

PETUA KECANTIKAN WAJAH

Caranya adalah seperti berikut:
MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insya-Allah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insya-Allah akan mendapat hasilnya segera.

BIBIR MERAH SEMULAJADI
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING
Setiap wanita inginkan bulu kening yang cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

KULIT MUKA LICIN BERSERI
Ambil Yogurt asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. Insya-Allah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…..

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka, pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH
Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insya-Allah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu ke bibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING
Ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus (hitam). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam.

NAIK SERI WAJAH
Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah. Lakukan pada tiap-tiap pagi Insya-Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK
Masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insya-Allah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur –merah / putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan 
dengan tuala yang bersih. Lakukan sekali sehari insya-Allah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH
Ambil,embun pagi dihujung rumput / daun (dikawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan di tapak tangan. Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu Insya-Allah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT
Ambil kayu manis dan di celup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu. Sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insya-Allah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…

PETUA AWET MUDA
Bangun pagi dari tidur, minum air masak atau air kosong 3 gelas sebelum basuh muka atau gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah.

MUKA BERSERI
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana-mana anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya-Allah, wajah anda akan berseri-seri. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Al-quran dan berwirid.

SENTIASA MUDA
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insya-Allah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

12 April 2011

Al-Qur'an Al-Karim

Al-Qur'an : Salah satu daripada 4 buah kitab yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. Setiap orang yang beriman wajib mengimaninya. Kitab yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) sebagai wahyu. Di dalamnya dinyatakan tentang undang-undang yang tidak terdapat dalam kitab-kitab sebelumnya. Tidak ada kitab lagi selepas turunnya Al-Qur'an. Al-Qur'an menghapuskan dan memperlengkapkan sebahagian isi kitab yang dahulu.

Al-Qur'an merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Qur'an merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.

Hukum-hukum yang tercatat di dalamnya tetap berlaku hingga Hari Qiamat. Tidak boleh diubah atau diganti isinya, bahkan tidak dapat ditandingi kehebatannya walaupun hanya satu surah. Isi Al-Qur’an mencakupi semua bidang ilmu, iaitu ilmu-ilmu politik, kenegaraan, ekomoni, sosial, sains, perubatan dan lain-lain.

Di dalam al-Qur’an juga terkandung segala perkara samada:

1- Tauhid; urusan kepercayaan terhadap Allah (S.W.T.),
2- Wa’ad dan Wa’id; urusan perjanjian Allah (baik dan buruk) dengan hambaNya,
3- Jalan kebahagiaan; kejayaan hidup di dunia dan di akhirat,
4- Ibadah; urusan pengabdian dan penyembahan, hamba terhadap tuhan yang menjadikannya,
5- Berita; tentang cerita umat dahulu kala sebagai iktibar, teladan, cermin perbandingan kepada umat Muhammad (S.A.W.).

Al-Qur’an terdiri dari 30 juz, 114 surah, 6236 ayat (ada pendapat mengatakan 6666 ayat), 77,439 kalimah dan 325, 347 huruf Al-Qur’an mula dikumpulkan pada zaman Pemerintahan Syaidina Abu Bakar bin Al-Khattab dan mula ditulis dizaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib dan mula dibukukan dalam bentuk mashaf pada zaman Syaidina Usman bin Affan. Al-Qur'an pada masa itu tidak mengandungi titik ataupun baris, hanya pada zaman Abu Aswad Ad-Duwaily (khalifah kerajaan Muawiah yang memerintah dari tahun 41H).

Al-Qu'ran mula dicetak dengan mesin cetak pada tahun 1694M di kota Hamburg, Jerman. Al-Qur’an dalam bentuk mushaf digunakan sehingga ke hari ini, mengandungi 30 Juzu’, 114 surah, 6666 ayat (6236).

Ayat yang mula-mula diturunkan ialah surah al-‘Alaq. Ayat dan surah ini diturunkan pada tahun 17 Ramadhan (6 ogos 610M), diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) ketika Nabi sedang berkhalwat di Gua Hira’ (Jabal Nur).

Ayat yang terakhir diturunkan (mengikut setengah pendapat) ialah ayat:
اليوم أكملت لكم دينكم وئاتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا)

"Al-Yauma akmaltulakum diinakum wa atmamtu alaikum ni’mati wa radhitulakumul Islama diina".

Ertinya “Hari ini telah Aku sempurnakan agamamu, dan telah aku cukupkan anugerahKu kepadamu, dan redhalah Aku Islam itu menjadi agamamu”.

Diturunkan tatkala Nabi sedang mengerjakan haji di Arafah pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah.

Ayat-ayat Al-Qur’an ada yang diturunkan sebelum Rasulullah (S.A.W.) berhijrah ke Madinah dan dinamakan ayat-ayat ini dengan nama ayat Makkiyah (lihat Surah Makkiyah) dan ada yang diturunkan selepas Rasulullah (S.A.W.) berhijrah ke Madinah dan dinamakan ayat-ayat ini dengan nama ayat Madaniyyah (lihat Surah Madaniyyah).

Nama-nama Al-Quran

Terdapat lebih daripada 10 nama Al-Qur'an dirakamkan oleh Allah dalam kitabNya. Nama-nama itu menepati ciri-ciri dan kriteria Al-Qur'an itu sendiri.

1. Al-Kitab = الكتاب (Kitab)

Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (كتابٌ = kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Qur'an itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.


“Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”. (al-Baqarah: 2)

2. Al-Hudaa = الهدى (Petunjuk)

Allah SWT telah menyatakan bahawa Al-Qur'an itu adalah petunjuk. Dalam satu ayat Allah menyatakan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia (2:185) dan dalam satu ayat yang lain Allah nyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang betaqwa. (3:138 )

“Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil)” … (al-Baqarah: 185)

3. Al-Furqan = الفرقان (Pembeza)

Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Qur'an dengan Al-Furqan beerti Al-Qur'an sebagai pembeza antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Qur'an maka kesannya sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membezakannya dengan kebatilan.

“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Qur'an) kepada hambaNya (Muhammad)” …
(al-Furqan: 1)

4. Ar-Rahmah = الرحمة (Rahmat)

Allah menamakan Al-Qur'an dengan rahmat kerana dengan Al-Qur'an ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Qur'an ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.

“Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar serta rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian”.
(al-Isra: 82)

5. An-Nuur = النار (Cahaya)

Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Qur'an menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

“Dengan kitab itulah Allah member petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari kegelapaan kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan ke jalan yang lurus”.
(al-Maidah: 17)

6. Ar-Ruuh = الروح (Roh)

Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Qur'an mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Ruuh (Al-Qur'an) dengan perintah Kami”, …
(asy-Syura: 52)

7. Asy-Syifaa’ = الشفاء(Penawar)

Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Qur'an yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantaraan nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Qur'an adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.

“Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman”.
(Yunus: 57)

8. Al-Haq = الحاق (Kebenaran)

Al-Qur'an dinamakan dengan Al-Haq kerana dari awal hingga akhirnya, kandungan Al-Qur'an adalah semuanya benar. Kebenaran ini adalah datang daripada Allah yang mencipta manusia dan mangatur sistem hidup manusia dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Oleh itu, ukuran dan pandangan dari Al-Qur'an adalah sesuatu yang sebenarnya mesti diikuti dan dijadikan ukuran kesempurnaan yang paling utama dalam mempertimbangkan sesuatu.

“Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu”.
(al-Baqarah: 147)

9. Al-Bayaan = البيان (Keterangan)

Al-Qur'an adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Qur'an juga menerangkan kisah-kisah umat dahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.

“Inilah (Al-Qur'an) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
(al-Baqarah: 138 )

10. Al-Mau’izhah = الموعظة (Pengajaran)

Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpa dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah.

“Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Qur'an ini)”.
(al-Qamar: 22)

11. Adz-Dzikr = الذكر(Pemberi Peringatan)

Allah SWT menyifatkan Al-Qur'an sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Qur'an itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Qur'an. Selain sebagai ibadah, Al-Qur'an itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra (Al-Qur'an) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran)”.
(al-Hijr: 9)

12. Al-Busyraa = البشرى (Berita Gembira)

Al-Qur'an sering menceritakan khabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menjalani hidup menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al-Qur'an. Khabar-khabar ini menyampaikan pengakhiran yang baik dan balasan yang menggembirakan bagi orang-orang yang patuh dengan intipati Al-Qur'an. Telalu banyak janji-janji gembira yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman dengan ayat-ayatNya.

“Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)”.
(an-Nahl: 89)

Alamat Kiamat

ALAMAT KIAMAT : Alamat Kiamat atau tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadits iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Menurut dalil daripada hadits-hadits Nabi s.a.w. banyak sekali tanda-tanda kecil akan kedatangan hari kiamat telahpun ada pada hari ini. Kemungkinan semua tanda-tanda kecil itu telah muncul, cuma manusia yang tidak mengambil peduli sahaja yang tidak tahu. Di antara tanda-tanda kecil kiamat sebagaimana yang disebut di dalam hadits ialah;

☼ Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela.
Maksud hadits: "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - (HR Sahih Muslim)

☼ Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik. Pemimpin di kalangan orang-orang yang warak dan alim akan diusahakan sedaya upaya turun dari memagang jawatan.

☼ Bermaharajalela alat muzik dan manusia semua menggemarinya. Sehingga mereka merasakan tanpa bunyian alat-alat muzik hidup tidak sempurna.

☼ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

☼ Menghias masjid dan membanggakannya. Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - (HR Riwayat Nasai)

☼ Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan jiran tetangga.

☼ Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. Pendidikan akhirat semakin dijauhi, sehinggakan anak orang-orang berilmu sendiri dihantar ke universiti yang menuntut ilmu dunia semata-mata agar memperolehi jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

☼ Ramai orang soleh meninggal dunia. Seorang demi seorang, di kalangan orang soleh meninggal dunia, sehingga manusia semakin hilang tempat rujukan.

☼ Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

☼ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. Ucapan salam sesama islam semakin ditinggalkan. Maka ditinggalkan sunnah menyebarkan salam sesama Islam.

☼ Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

☼ Hilangnya sifat malu dari diri wanita. Mereka sanggup berbuat apa sahaja perbuatan terkutuk seperti zina dan pengguguran anak, asalkan mendapat keseronokan dan sedikit habuan, malah kemewahan.

☼ Suami orang berzina dengan isteri orang lain. Isteri sanggup meninggalkan anak dan suami kerana mengejar nafsu syahwat, mengejar kemewahan dan kedudukan dari suami orang lain.

☼ Bulan sabit kelihatan besar.

☼ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. Berita-berita yang disampaikan adalah pembohongan semata-mata, bahkan mereka berusaha agar dilihat berita bohong itu menjadi suatu kebenaran dengan berbagai-bagai alasan.

☼ Banyak saksi palsu dan menyembunyikan kesaksian yang benar.

☼ Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. Tanaman dan tumbuhan akan hidup subur ditanah yang dahulunya padang pasir yang kering kontang.

☼ Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa.

☼ Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan).

☼ Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

☼ Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

☼ Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

☼ Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

☼ Orang akan melakukan homoseksual dan lesbian.

☼ Akan terdapat ramai anak luar nikah.

☼ Berkurangnya sifat amanah. Bahkan mereka menganggap sifat amanah akan menghalang kemajuan, membantut jalan kekayaan dan tidak dihormati orang.

☼ Terasa berat untuk menjalankan hukum syariah. Zakat dijadikan hutang, kewajipan haji ditangguhkan walaupun kekayaan melimpah-limpah.

☼ Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya. Ini mungkin kerana semakin ramai lelaki yang berkedudukan lebih rendah daripada isterinya. Lelaki kini malas belajar dan sebaliknya perempuan memenuhi semua pusat pengajian tinggi. Sudah tentu pendapatan isterinya lebih besar daripada suami.

☼ Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.

☼ Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.

☼ Pemimpin suatu kaum adalah keji dan fasik.

☼ Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya.

☼ Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan.

☼ Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suaranya ketika membaca al-Qur'an.

☼ Menjual jawatan atau kepemimpinan (politik wang).

☼ Memandang rendah kepada darah. Pembunuhan berlaku di mana-mana, walaupun hanya kesilapan yang kecil.

☼ Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. Malah isteri berpangkat lebih besar.

☼ Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

☼ Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.

☼ Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan.

☼ Banyaknya berlaku gempa bumi dan tanah runtuh.

☼ Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan.

☼ Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan.

☼ Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba.

☼ Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.

Tanda-Tanda Besar Kiamat
Tanda kiamat besar merupakan suatu peralihan dari tanda-tanda kiamat kecil dan juga petanda ini menunjukkan bahawa dunia semakin amat dekat dengan hari kiamat. Antara tanda-tanda berikut menurut hadis.
Dalam hadits yang lain Rasulullah sollallahu alaihi wasallam, daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Telah datang Rasulullah saw. ketempat kami dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

• Asap,
• Dajjal,
• Binatang,
• Terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
• Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
• Yakjuj dan Makjuj,
• Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab
• Yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R. Muslim)

4 April 2011

Keajaiban Kalimat Allah

Melihat Keajaiban Kalimat Allah
ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Tepat... sungguh indah sekali...


16 March 2011

20 Cara Mudah Di Permurahkan Rezeki

Ya, siapa yang mahu melalui kehidupan ini dengan keadaan yang begitu susah kan, saya pun tak mahu. Rezeki adalah segala jenis sesuatu yang boleh diambil manfaat darinya seperti harta, jodoh, anak, kebahagiaan dan kesenangan. Ok, jom kita renungkan 20 cara mudah supaya murah rezeki. 
1.   Menyempatkan masa untuk beribadah kepada Allah, di tempat kerja misalnya, walau dalam keadaan sibuk sekalipun, carilah masa untuk diluangkan beribadah kepada Allah. Kerana maksud firman Allah dalam hadis qudsi "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a).

2.   Memperbanyakkan istighfar memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah boleh menjadi sebab Allah jadi bertambah kasih kepada kita. Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a).
 
3.   Meninggalkan perbuatan dosa, kerana istighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa. Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Riwayat At-Tirmizi).

4.   Banyak ingat Allah, inilah sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".

5.   Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa, kerana dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Sabda Rasulullah lagi : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami).

6.   Berbuat baik dan menolong orang yang lemah, seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari).


7.  Menyampaikan hajat orang lain, sekadar mana yang termampu. Allah akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita. Sabda Rasulullah S.A.W: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim).


8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ada hadis yang menganjurkan berselawat jika mahu hajat kita tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. 

9.  Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”



10. Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat, petua orang tua-tua pun sering mengatakan kalau selalu bangun lambat rezeki payah nak masuk.

11.  Menjalin silaturrahim -Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari).

12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk, maksud sabda Rasulullah s.a.w. “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid).

13.  Sedekah, Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.).

14.   Amalan Solat Tahajud, antara faktor doa yang mustajab, air muka yang jernih dan mudah di sukai orang.

15.  Amalan Solat Dhuha, maksud firman Allah dalam hadis qudsi yang berbunyi “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani).


16.  Syukur di atas segala pemberian Allah, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) .


17.  Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki, contohnya dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Ada banyak lagi ayat-ayat mustajab lain, cari buku-buku yang berkaitan dan amalkan ayat-ayat tersebut secara konsisten dan penuh keikhlasan.

18.  Sentiasa berdoa kepada Allah, tidak kira diwaktu susah mahupun senang, sekiranya masa senang pun kita rajin berdoa, insyaAllah ketika susah pun Allah akan beri perhatian terhadap doa kita.


19.   Berusaha dengan bersungguh-sungguh, sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah.

20.   Bertawakal, berserah semata-semata kepada Allah setelah berusaha, maksud firman Allah: Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3).

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.).


Actually, 20 points ni saya petik dari E-book percuma petua murah rezeki oleh Ustazah Norbayah. Apabila saya baca isi E-book percuma ni, saya rasa tertarik dengan isi kandungannya dan saya rasa patut kongsikan 20 points ni untuk panduan kita bersama. Apa pun, renung-renungkanlah, dan selamat beramal.

Janji Allah kepada Umat Yang Berusaha

DAN janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa’: 32)
Huraian
Allah menjadikan setiap makhluk dengan pelbagai keistimewaan. Perbezaan lelaki dan wanita dalam pelbagai perkara seperti dalam struktur badan, kecenderungan, tingkah laku, kekuatan fizikal dan sebagainya. Mereka mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada lawan jenisnya tetapi dalam masa sama, kekurangan yang ada antara satu sama lain bukanlah merupakan kekangan untuk maju dalam sesuatu bidang. 


Contohnya dalam pengurusan hidup berkeluarga, Allah SWT menjadikan wanita dengan sifat kasih sayang dan lemah lembut yang merupakan antara sifat keibuan yang akan mendidik anak-anak dengan penuh hikmah dan dapat melapangkan hati suami dalam rumah tangga. Begitu juga dengan perwatakan seorang lelaki, mereka diciptakan dengan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan kelebihan yang ada pada mereka menjadikan mereka kuat dan berupaya menanggung kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Menyedari kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing, kita hendaklah bangkit dan berusaha untuk memajukan diri daripada kepompong kemalasan. Jalan mudah “untuk berjaya tanpa usaha” hendaklah dijauhkan kerana ia bercanggah dengan sunnah Allah. Kejayaan tidak akan datang bergolek, ia memerlukan usaha dan pengorbanan, itulah peraturan hidup yang sebenar.

Dunia hari ini, persaingan antara umat bukanlah dari sudut jumlah penduduk dan keluasan muka bumi tetapi dari sudut penguasaan ilmu. Dengan pelbagai disiplin ilmu manusia akan maju dalam pelbagai bidang dan tidak berada ditakuk lama.

Kesimpulan
Umat Islam dituntut untuk berusaha dalam apa jua keadaan. Kekurangan diri bukanlah faktor penghalang untuk berjaya. Usaha yang bersungguh-sungguh, diringi dengan doa dan harap kepada Allah akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.