22 April 2013

Koleksi cerita lawak pendek


1.  KERJA RUMAH
Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.


2.  TAK BERANI CURI
Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.

Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.


3. PECAT
Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…


4.  ATOK SIAPA LEBIH KUAT
Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”

Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”

Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”

Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”

Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”


5. PUNCA KEMATIAN
Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?

Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..

Doktor Senior : Silap macam mana pulak?

Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..

6.  TIGA BULAN LAGI
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga.  Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..

7.  SEDARA KITA
Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta. Dalam perjalanan, si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?

Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dalam perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak :Tu pun sedara kite ke???