22 April 2013
Cerita-cerita Lucu
LAWAK PINJAM DUIT
Melihat kawannya, Jojo sejak tadi asyik termenung, Din pun mendekatinya.
Din: Apa hal ni, macam ada masalah aja.
Jojo: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.
Din: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?
Jojo: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,
Din: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?
Jojo: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).
LAWAK BUDAK SEKOLAH
Semasa kelas Geografi, Cikgu Johari menyoal muridnya, Ismaon.
Cikgu Johari: Ismaon, beritau saya di manakah letaknya Gunung Everest?
Ismaon: Tak tau, cikgu (jawabnya tanpa teragak-agak).
Cikgu Johari: (dengan suara keras dan PAPP! ketuk rotan ke meja, berkata) Hah, tak tau?! Berdiri atas kerusi !!
Ismaon pun berdiri atas kerusi, kemudian perhati sekeliling. Tiba-tiba dia berkata "Masih tak nampaklah cikgu!"
Dua saat kemudian terdengarlah bunyi PAP! PAP! PAP! dan Ismaon pun meraung kesakitan!.
CARA BALING BOM
Suatu hari seorang lelaki terjumpa sebutir bom dalam sebuah kotak. Di ambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang ditulis pada sekeping nota...
1. Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan.
"Ya, aku pegang dengan tangan kiri," kata lelaki tersebut.
2. Genggam pin di celah jari telunjuk hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi.
"Okey," kata lelaki tersebut.
3. Tarik pin dengan berhati-hati.
"Sudah," kata lelaki tersebut lalu menarik pin.
4. Buang pin itu melepasi bahu kiri anda.
Okey.
5. Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom ini.
Okey.
6. Amaran: Lakukan semua ini dalam masa lima sa...
BBOOMMMMM!!!!
DPECAT
Ketua mekanik: Awak dipecat.
Mekanik: Tapi encik, saya tak buat apa-apa, kenapa saya dipecat?
Ketua Mekanik: Saya tahu..sebab itulah awak dipecat.
KOLAM RENANG
Ganesan ditegur oleh pengawal keselamatan di kolam renang awam.
"Hey, awak tidak boleh kencing dalam kolam."
"Tapi semua orang kencing dalam kolam," balas Ganesan.
"Mungkin, tapi bukan dari papan anjal tu," balas pengawal keselamatan.
ORANG ASLI
Dr.Kadir seorang botanis telah menghabiskan masanya bertahun-tahun dalam hutan Borneo. Kerana terlalu lama bersama Orang Asli, dia mula fasih akan bahasa mereka.
Sebelum berangkat pulang ke bandar, Dr. Kadir didatangi oleh ketua Orang Asli yang ingin belajar bahasa Melayu.
Sambil berjalan botanis itu mula mengajar. Jarinya menunjuk kepada sepohon pokok.
"Ini pokok," kata Dr Kadir.
"Pokok," ikut Ketua Orang Asli.
Kemudian mereka berdua berjalan menuju ke arah batu besar di sebelah pokok itu.
"Ini batu."
"Batu,"kata ketua Orang Asli.
Tiba-tiba...
Mereka terdengar bunyi benda bergerak dari dalam semak berhampiran.
Mereka berdua menghampirinya dan ternampak sepasang anak muda sedang menunggang basikal.
"Menunggang basikal," kata Dr. Kadir menunjuk ke arah pasangan itu. Lalu ketua Orang Asli mengangkat senapangnya dan menembak pasangan itu. Melihat kejadian itu, Dr Kadir terkejut. Tidak pernah dalam hidupnya menyaksikan perlakuan sekejam itu.
"Kenapa bunuh mereka?" jerit Dr. Kadir.
"Basikal aku!!" kata ketua Orang Asli itu.
KISAH TOK PENGHULU
Seorang penghulu memberikan taklimat tentang keselamatan di kampungnya.
"Kita semua mesti bekerjasama mengawal keselamatan kampung kita. Tak payah keluarkan wang untuk mengupah pekerja syarikat keselamatan.
Setelah selesai memberi taklimat, dia meminta sumbangan daripada penduduk yang hadir. Tiba-tiba suatu suara memprotes kedengaran. "Tadi tok kata tak perlu keluarkan wang, habis untuk apa diadakan pungutan ni?
Penghulu termenung sejenak, kemudian menjawab.."Seperti angin..ia memanglah percuma, tetapi untuk dapatkan angin, kita perlukan kipas, dan ingat, kipas mesti dibeli.."
KISAH MALAM JUMAAT
Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.
Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus. Masa berputar...pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.
KISAH MUMIA
Dua orang pelajar yang sedang melawat muzium terpandang sebuah mumia yang dibawa khas dari Mesir.
Pada kaki mumia itu tercatat nombor 225 BC...
Murid 1: 225 BC itu apa maksudnya?
Murid 2: Entah! Aku agaklahkan..225 BC tu nombor kenderaan yang melanggarnya sampai mati
Murid 1: Ooooo!!!
CERITA SEORANG GADIS
Di sebuah mall yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM1 kita akan di beritahu berapa berat badan kita oleh program komputer.
Seorang gadis dan temannya mencuba alat penimbang itu di tengah kerumunan orang. KLINGG!! Duit RM1 di masukkan dan mesin komputer pun menjawab: "47kg
Gadis kedua pula mencuba. "52 kg! komputer itu membertahu.
Setelah itu, datang pula seorang wanita yang cukup gemuk dan montel, cuba menimbang dirinya di mesin itu.
KLLIINNNNGGGG!!! duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer itu pun berkata, "Tolong naik sorang-sorang ya, jangan ramai-ramai!"
KISAH PAK PANDIR DAN PAK KADUK
Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.
Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?
Pak Kaduk: Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada engkau!
Pak Pandir termenung. Berapa ya?
Pak Pandir: Emmm...Empat kut?
KISAH ORANG MABUK
Suatu malam minggu, seorang lelaki keluar dari kelab malam di Bukit Bintang dalam keadaan mabuk gila babi. Muntah hijau dua tiga kali. Dia berjalan dan...'BAAMM!!! tutup pintu, terus terbungkang di kerusi belakang.
Pemandu teksi: Incik...mana mau pigi?
Jantan mabuk: Hik...hik..Hotel Park Royal..hikkk.
Pemandu teksi: (Geleng kepala, kemudian berkata dengan marah) Aiyaa.. itu hotel sana seberang jalanlah!!!
Jantan mabuk: (Keluarkan dompet dan kemudian beri RM50 kepada pemandu teksi) Hik....Tengkiu.hikkk. lain kali...hikk...jangan bawak laju sangat, okey...hikkk....