10 March 2018

"Bang, cuci cermin?" Ujar pam attendan Petronas pada aku.

"Oh ok."

"Nama siapa?" Tanyaku.

"Ibrahim."

"Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim."

Dia senyum.

"Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim."

"Abang ada korban ini tahun?"

"Ada."

"Abang bagus."

"Kamu?" Tanyaku.

"Ada bang. Tiap tiap tahun."

"Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu?"

"Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan."

"Alhamdulillah."

"Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama."

Terkedu. Aku diam. Insaf.

Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku.Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajahnya.

Seorang yang bergaji RM900 mencintai nabinya! Kita?

Aku letak pam. Hulur RM5.

Terima kasih. Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya.

Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmataku yang jauh tersembunyi dalam kolam rohnya yang hampir kering.