Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China. Selepas  gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang  wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan  timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti  melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya  menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan  kepalanya.
Dengan  usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui  celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia  berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun,  badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah  meninggal dunia.
Dia  dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada  bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan  ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah  wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan  runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.
Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”
Seluruh  pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan  objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang  kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat  ibunya.
Jelas  sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk  menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya  untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak  semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor  bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau  membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera  teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu  harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu  tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti  menangis. “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang  kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya - SUMBER: fb

