26 April 2013
Kepada Bakal Isteriku
Assalamualaikum kepada Bakal isteriku,
Bakal suamimu ingin memberikan pesanan kepadamu. Peringatan untuk kita sama-sama mempersiapkan diri. Sebelum kita diijab kabul dan dipertemukan Allah s.w.t kelak. Bersama-sama membina baitul muslim yang diredhai Allah s.w.t.
Bakal isteriku,
Peliharalah maruahmu dengan menutup aurat dengan sempurna. Bertudung labuh. Jangan sesekali memakai pakaian yang ketat dan menampakkan bentuk tubuh badan. Pilih untuk memakai stokin tangan dan kaki.
Tak dinafikan. Mungkin memakai stokin tangan dan kaki dipandang remeh oleh sesetengah lelaki. Tetapi suamimu ini sangat menekankan penjagaan aurat dengan sempurna. Kerana kecantikanmu hanyalah untuk suamimu, bukan untuk pujian dan tatapan umum.
Suamimu mempunyai fatwa hati yang tersendiri. Sekiranya penjagaan aurat kamu sudah sempurna sebelum diijab kabul, insyaAllah lebih mudah untuk membina baitul muslim kerana masih banyak lagi perkara yang perlu difokuskan dalam usaha mencari redha Allah s.w.t.
Bakal isteriku,
Zahirkan kecintaan kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Suamimu ini tidak sesekali cemburu untuk berkongsi rasa dan cinta. Bahkan, suamimu gembira diperlakukan sedemikian. Kerana, suamimu ini sedar. Sekiranya kamu mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melebihi segala-galanya, maka kamu juga akan mencintai suamimu ini dengan seikhlas hati. Menerima kelebihan dan kekurangan suamimu ini.
Lazimi majlis ilmu. Ikuti usrah dan halaqah. Baca buku-buku agama. Hiduplah dalam kalangan orang yang sentiasa memberi peringatan. Tak kira samada kamu belajar jurusan agama ataupun tidak. Sekiranya tidak, jangan sesekali jadikan ianya sebagai halangan untuk tidak memperdalami ilmu agama. Suamimu juga bukan daripada jurusan agama. Ingatlah. Ilmu agama yang sedikit tetapi diamalkan, lebih baik daripada ilmu agama yang banyak tetapi tidak diamalkan.
Bakal isteriku,
Jadikan Al-Quran sebagai pendamping hidupmu. Jangan ditinggalkan; walaupun hanya satu ayat sehari. Basahkan bibirmu dengan berzikir dan berselawat. Ketika sedang berjalan, malah ketika sedang berada di dalam kenderaan. Supaya tidak ada perkara yang sia-sia berlaku dalam kehidupan seharian. Semuanya didasari dengan ibadat kepada Allah s.w.t.
Perbanyakkan amalan sunat. Berusaha untuk melakukan puasa sunat pada setiap minggu dan solat sunat dhuha pada setiap hari. Di samping itu, berusaha untuk melakukan qiamullail. Bersujud kepada Allah s.w.t di saat orang lain selesa tidur di atas katil yang empuk. Mulakan secara berperingkat. Sebulan sekali. Kemudian, seminggu sekali dan mungkin lebih daripada itu. Pilih untuk istiqamah agar dapat merasai kemanisan beribadat kepada Allah s.w.t.
Jadikan sirah Rasulullah s.a.w sebagai teladan. Aplikasikan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian. Daripada bangun tidur sehinggalah sebelum tidur semula. Lazimi majlis maulid agar bertambah kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Baca buku-buku berkaitan sirah Rasulullah s.a.w.
Bakal isteriku,
Maksimumkan usaha untuk memanfaatkan dirimu dalam berdakwah. Libatkan diri dalam persatuan. Selain itu, gunakan medium-medium seperti Facebook, Blog, atau apa-apa sahaja untuk sebarkan kebaikan Islam. Jadikan penulisan sebagai salah satu uslub untuk berdakwah. Sekurang-kurangnya, apabila kita meninggal dunia, kita masih mempunyai sesuatu untuk dijadikan sebagai bekalan di akhirat kelak, iaitu ilmu yang bermanfaat.
Berhati-hati juga dengan penggunaan medium-medium seperti Facebook dan Instagram. Ketika muat naik gambar. Jangan muat naik gambar yang terlalu besar, sehingga kelihatan begitu jelas wajahmu untuk tatapan umum. Pastikan juga gambar-gambar yang di muat naik, menutup aurat dengan sempurna, terutamanya bahagian tangan dan kaki yang seringkali dipandang enteng.
Bakal isteriku,
Proses pembinaan baitul muslim tidak akan terbina secara tiba-tiba. Disebabkan itu, kita perlu mempersiapkan diri sebelum diijab kabul. Agar kita dapat membimbing anak-anak kita dengan baik. Mengaplikasikan Islam di dalam keluarga kita. Bukan hanya sekadar teori, tetapi perlu dizahirkan dengan praktikal.
Tarbiyatul aulad. Mengajar Al-Quran kepada anak-anak. Berkongsi sirah Rasulullah s.a.w kepada anak-anak. Mengaplikasikan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita. Bijak mendidik amanah yang telah diberikan Allah s.w.t kepada kita. Agar lahir insan yang bermanfaat kepada Islam serta mampu mendoakan kebaikan kepada kita setelah kita sudah meninggal dunia.
Bakal isteriku,
Sungguhpun kita masih belum dipertemukan Allah s.w.t, tetapi bakal suamimu ini percaya bahawa mempersiapkan diri lebih penting daripada sibuk mencari calon. Allah s.w.t akan mempertemukan kita kelak, pada waktu yang telah ditetapkan olehNya.
Buat masa sekarang, kita lakukan segala apa yang telah disampaikan di atas secara masing-masing. Sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Namun, setelah diijab kabul kelak, kita akan melakukan bersama-sama. InsyaAllah.
Suamimu ini tidak mengharapkan seorang isteri yang sempurna. Tetapi suamimu ini mengharapkan seorang isteri yang sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi sempurna. Kerana suamimu juga bukan seorang yang sempurna.
Bersediakah Aku Menjadi Imam Solatmu?
Pengalaman di surau
“Abang, sayang gembira sebab abang jadi imam solat sayang. Inilah yang sayang impikan. Seorang lelaki seperti abang.” Kata ummi. Kami selesai solat subuh bersama-sama. Beliau pandai bermain kata dengan abi. Manja. Sungguh, abi bahagia mendengar kata-kata sebegitu daripada seorang isteri. Sungguhpun perkahwinan kami sudah menjangkau 6 tahun, kami sangat bahagia. Romantik. Seolah-olah baru berkahwin!
“Hmm, sebab itu, abang mempersiapkan diri sebelum berkahwin. Berusaha menjadi imam sebelum berkahwin lagi. Abang nak bimbing keluarga abang, sehingga ke syurga.” Kata abi. Ringkas. Abi memberikan ciuman di dahinya. Tanda kasih sayang.
“Tetapi, abang sedih melihat situasi sekarang ni.” Abi menyambung.
“Kenapa?” Soal isteri abi.
“Soal lelaki. Berkenaan menjadi imam. Abang pernah singgah di sebuah surau. Azan sudah berkumandang. Kemudian, iqamah. Dipendekkan cerita, imam tidak hadir. Mungkin ada hal penting. Para makmum saling bertolakan.”
A: “Kau pergi la jadi imam. Dah lambat ni. Imam tak datang.”
B: “Ehh kau la. Malu la aku. Aku tak bersedia lagi.”
C: “Kau dah pakai smart. Cepat la jadi imam.”
D: “Ehh, ada orang baru tu. Suruh dia jadi imam.”
“Akhirnya abang yang ditolak menjadi imam. Sedangkan abang baru pertama kali singgah di surau itu. Alasan? Kerana abang orang baru.” Abi menceritakan kepada ummi. Semangat.
Bersedia untuk menjadi imam
Situasi seperti ini pernah berlaku. Mungkin di surau atau masjid berdekatan anda. Tak kira samada golongan tua atau muda. Jika berlaku perkara seperti ini, apa tindakan anda?
Kita selalu mengatakan “Aku tidak layak.”
“Aku bukan sekolah agama. Aku tak cukup ilmu lagi. Jadi, lebih baik kau yang jadi imam.”
Semua mempunyai alasan yang tersendiri. Mungkin mereka menggunakan hadith ini sebagai hujah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Masud (r.a) (iaitu Abdullah bin Mas’ud) berkata: ‘Bersabda Rasulullah (s.a.w): “Menjadikanlah oleh kamu sekalian (yakni, hendaklah kamu jadikan atau angkat seseorang menjadi) imam kamu orang yang lebih pandai membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, terbaik dalam membaca surah-surah al-Quran); maka jika ada sama mereka dalam kepandaian bacaan, maka mendahulukan oleh kamu (yakni, pilihlah) orang yang lama bertempat di qariah itu; maka jika sama lamanya dalam menjadi ahli qariah, maka dahulukan (yakni, pilihlah) orang yang lebih banyak ilmunya mengenai ilmu as-Sunnah (yakni, faqih tentang al-Hadith); maka jika sama dalam ilmu mereka mengenai ilmu as-Sunnah, maka mendahulukan (yakni, pilihlah) yang lebih tua antara mereka.” [Hadith an-Nasa’i]
Jelaslah, mengikut ketetapan Rasulullah (s.a.w), pemilihan imam solat itu hendaklah mendahulukan orang yang paling pandai membaca al-Quran (dari segi tartil, sebutan dan pandai mengenai makhraj huruf dan sebagainya) supaya bacaannya betul. Kemudian, lama tempoh dia menetap di qariah tersebut, jika sama pandai.
Kemudian, jika sama qari dan lebih kurang sama tempoh menetap di qariah tersebut, hendaklah dipilih orang yang paling alim tentang as-Sunnah (yakni, ilmu al-Hadith) supaya dia membaca surah-surah dengan betul dan baik serta dapat mengajarkan jemaahnya serta membimbing ahli qariahnya berpandukan Ilmu as-Sunnah. Jika ramai pula yang alim tentang as-Sunnah, maka hendaklah diangkat orang yang paling tua dalam kalangan mereka.
Secara ringkas, ada 4 peringkat iaitu pandai membaca Al Quran, paling lama menetap di qariah itu, paling banyak ilmu mengenai Hadith, dan paling berusia.
Sampai bila nak bersedia?
“Aku tidak mempunyai ciri-ciri untuk menjadi imam, seperti dalam hadith itu. Jadi, tak perlulah aku jadi imam. Tak layak. Nanti tak sah solat jemaah.”
Jika anda mengatakan “aku tidak layak”, sampai bila anda akan berfikiran sedemikian? Jika sedar bahawa diri ini tidak layak, mengapa tidak mahu berusaha melengkapkan diri untuk menjadi imam? Kenapa tidak mahu berusaha mendalami ilmu agama?
Percayalah. Semua lelaki perlu menjadi imam. Jika tidak menjadi imam solat kepada jemaah surau atau masjid, kita akan menjadi imam kepada keluarga kita. Menjadi imam solat kepada anak dan isteri kita.
Lengkapkan dirimu wahai lelaki. Berusaha untuk menjadi imam!
Ada sebuah kisah yang ingin abi kongsikan. Semoga kita semua mendapat iktibar daripada cerita ini.
Seorang pasangan baru selesai diijab kabulkan. Alhamdulillah. Masjid telah didirikan. Ketika di rumah, si isteri meminta si suami menjadi imam solat.
“Abang, ayah minta abang jadi imam solat maghrib nanti. Kita jemaah bersama dengan semua ahli keluarga. Abang jadi imam tau.” Kata isteri dengan penuh harapan.
Jika si suami pernah menjadi imam dan telah bersedia; “Ok sayang, abang akan tunaikan permintaan sayang. InsyaAllah boleh.”
Tetapi, jika si suami tidak pernah menjadi imam, dan tidak pernah berusaha untuk melengkapkan diri untuk menjadi imam; “Hmm, abang malu la sayang. Abang tak bersedia lagi. Nanti la.”
Apa perasaan isteri kita? Fikir-fikirkan.
25 April 2013
Wanita bertudung VS Freehair
Mungkin ramai yang mengangap isu ini merupakan isu lapuk yg agak remeh yg tidak perlu di bangkitkan. Akan tetapi dari sudut pandangan 270 darjah celcius aku melihat isu ini merupakan isu yg sangat penting memandangkan ianya berkaitan dengan diri sesorang dan agama.
Bagi lelaki mana satu pilihan anda…wanita bertudung atau freehair?? Mungkin kita selalu dengar ayat-ayat seperti ini :
1. Ala kalau bertudung pun belum tentu baik lagi
2. Sapa cakap pmpn bertudung lagi baik dr pmpn freehair? skrg ni rmi pmpn freehair yg lg baik dari bertudung 3. Pakai je tudung tp perangai belum tentu lg baik xyah pkai wat malu je
4. Aku pakai ke tak bukannya de kaitan ngn spe2 pun
5. Rilex la skrg dunia dah maju. Kita perlu ikut arus dunia
6. Eh suka hati aku la nak pakai ke tak..yg kau sibuk tu apasal.
7. Eleh pki je tudung tp baju ketat gak baik xyah pkai
8. ….Dan bnyk lagi ayat-ayat yg biasa kita dgr…..
Persoalannya disini bukanlah sape baik or jahat. Masalah utama ialah agama yakni aurat. Bayangkan setiap saat setiap detik dosa yg kita dapat akibat mendedahkan aurat. Ianya seperti pelaburan ber-interest sepanjang hayat.
Bayangkan setiap saat kita mendedahkan rambut kita kepada umum Allah charge-kan 1sen dosa setiap minit.
1 min = 1 sen,
60 min = 60 sen,
24 jam = RM14.40,
7 hari = RM100.80,
sebulan = RM403.20,
setahun = RM4838.20
Setahun dosa kita ibarat berharga RM4838.20 itukan jika tuhan chargekan 1 sen tuk 1 min. Bayangkan betapa bnyknya nilai dosa kita hanya untuk satu dosa. Itu belum lagi di tambahkan dengan dosa-dosa yang lain. Pengiraan di atas hanyalah contoh semata-mata dan ianya tiada kaitan dengan apa-apa pun.
Memanglah sekarang ini ramai org pmpuan yg freehair yg berperangai elok dan baik tp soal hati ini adalah antara dia dgn Allah tetapi apabila ia mendedahkan aurat ianya antara manusia dgn manusia. Kerana org sekeliling akan terkena effectnya dari perbuatan yang dilakukannya.
Pernahkah anda mengira pahala dan dosa yg anda lakukan setiap hari? Dosa yang kita lakukan setiap hari ckup banyak tetapi pahala hanya harapkan solat lima waktu sahaja. Jika solat tidak cukup?
Coretan ini bukanlah untuk mengata sesiapa tetapi hanyalah sekadar mengingati antara satu sama lain dan bersama-sama lah kita cuba untuk menjadi insan yg hebat dari pandangan dunia dan juga pandangan akhirat...

Jangan Sia-siakan Waktu Subuh Mu
Sebagaimana tempat, dimensi waktu pun boleh menjadi cara yang berkesan dalam menghantarkan seorang hamba meraih keutamaan di sisi Allah. Bukankah solat-yang menjadi wahana yang paling khusyuk dalam Beraudiensi dengan-Nya-bertanda dengan waktu? Dalam Kitab-Nya, Allah juga sering menggugah kita dengan ungkapan, termasuk waktu subuh.
"Demi waktu fajar / subuh," firman-Nya dalam surah Al-Fajr. Ayat ini mengetuk kita dengan penggunaan wau qasam (sumpah). Ini menunjukkan betapa urgennya waktu subuh, iaitu saat udara masih segar, sejuk, dan fikiran masih jernih. Alam yang tadinya mengantuk, perlahan-lahan bangun dan kembali membentangkan karunianya. Di sinilah pentingnya erti bangun pagi; ia bukan hanya memberikan manfaat dari segi kesihatan, tetapi juga boleh bermakna kewangan dan spiritual.
Konon, Indonesia termasuk lima negara yang paling besar peringkat polusinya di dunia, hingga udara yang cerah dan segar menjadi sukar didapati. Apalagi di banyak kawasan bandar besar, seperti Jakarta, yang setiap sudutnya hampir penuh dengan asap kenderaan bermotor. Kerana itu, bagi kita yang ingin menghirup udara segar, bangun pagi boleh menjadi alternatif.
Bangun pagi juga mempunyai nilai ekonomi. Kerana orang yang bangun lebih awal akan punya waktu lebih banyak untuk menangani pelbagai urusan dan perniagaan. Lebih-lebih ketika budaya kompetitif sudah menjadi kebiasaan sehari-hari, maka mengejar dan mencari peluang perniagaan adalah suatu tuntutan.
"Hilangnya pelbagai macam peluang mengakibatkan terjadinya kehancuran, kerana memang itulah dunia," tulis Maulana Wahiduddin Khan, pemikir dari India. Sedangkan Umar bin Abdul Aziz berkata, "Malam dan siang bekerja untukmu, maka bekerjalah kamu pada kedua-duanya."
Bangun pagi juga tidak hanya menawarkan pulsa yang murah bagi orang yang ingin berbicara via telefon, misalnya. Namun, banyak maklumat perniagaan penting pun sering dipetik sejak pagi. Lebih-lebih bagi yang bergerak di bidang jasa pengangkutan, waktu pagi sungguh memberikan banyak berkat.
Bagi mereka yang masih tergeletak di peraduannya, mana mungkin boleh meraih kurniaan itu. Maka, benarlah kalau Nabi mengatakan bahawa tidur di pagi hari mewariskan kemiskinan.
Sedangkan dari sisi spiritual, dalam banyak hadis, Nabi acap kali memberitakan tentang fadilah solat Subuh secara berjemaah, juga berselawat untuknya di kala pagi dan petang.
Guna mempertajam kepekaan spiritual kita, Nabi juga mewariskan wirid-wirid khusus yang dibaca setiap subuh, misalnya: "Kami telah memasuki subuh dan kerajaan kepunyaan Allah pun telah masuk. Ya Allah, aku memohon kebaikan hari ini, keterbukaan (pintu rahmat), pertolongan, keberkatan, dan hidayah hari ini. Aku berlindung kepada Engkau dari keburukan hari ini, keburukan hari sebelum dan sesudah hari ini. "
Sedemikian besarnya makna bangun pagi, hingga salah satu kebiasaan Nabi adalah tidur lebih awal. Tidakkah kita ingin mencontohinya?

1001 berkenaan solat subuh
"Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya" Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak "[HR Al-Bukhari dan Muslim]
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)
Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.
"Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, 'Nikmatilah malam yang panjang ini'. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan dan malas ".
"Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isya' dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat" [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya Allah.
"Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh ". "Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka - 'Bagaimana hamba-2ku ketika kamu tinggalkan?' Mereka menjawab, 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam keadaan solat juga '. "[HR Al-Bukhari]
Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.
"Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka "[HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Banyak permasalahan, yang bila diurut, berpunca dari pelaksanaan solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. "Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?" (Surah Hud: 81)
Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu mengikuti urusan dunia.
"Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad: 7)
"Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa," (Surah Al-Hajj: 40)

Hikmah disebalik perubahan masuk waktu Solat
1. Waktu solat Subuh
Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.
Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah: "Ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku di pagi harinya," (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempengaruhi kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.
Bermulanya saat azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
2. Waktu solat Zohor
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangi beban kerja organ pencernaan.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
3. Waktu solat Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.
4. Waktu solat Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.
Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini.
5. Waktu solat Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks atau berehat. Allahu alam bi shawwab.

Dosa
Adalah apa-apa perbuatan yang menimbulkan perasaan debaran yang hebat di dalam hati apabila dilakukan buat pertama kali. Dan perbuatan itu menimbulkan rasa malu jika diketahui oleh orang lain.
Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya: ”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang erti kebajikan dan dosa. Baginda menjawab: ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.” (HR Muslim, Hadist 40 : 27)
Dari riwayat Imam Ahmad, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Perbuatan baik adalah sesuatu yang menenangkan jiwa dan mententeramkan hati, sedangkan dosa adalah sesuatu yang tidak menenangkan jiwa dan tidak mententeramkan hati meskipun engkau mendapat fatwa dari
orang-orang tertentu". (HR Ahmad, Hadits 40: 27).
Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah s.w.t, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda yang maksudnya: “Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Dosa adalah perbuatan yang di benci Allah dan perbuatan tersebut akan mengarah pada dosa serta boleh membuat kita terjerumus kepada neraka.
Dosa ada 3 iaitu dosa dengan perkataan, dosa dengan perbuatan, dan dosa dengan hati. Cara pencegahan adalah dengan diam kerana diam dapat menyelamat dari segala dosa.
TAHAP-TAHAP PENINGKATAN DOSA
DOSA PERINGKAT PERTAMA
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua.
DOSA PERINGKAT KEDUA
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan IMAN seseorang.
DOSA PERINGKAT KETIGA
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur Murtad. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa saja, setakat sebotol tak mabuk lagi". Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.
DOSA PERINGKAT KEEMPAT
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula memandang hina atas kebajikan dan kebaikan. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri. Pada peringkat ini mereka akan marah dan benci kepada orang-orang yang menolak daripada menerima rasuah, riba, zina, arak dan seumpamanya. Mereka juga akan menghalalkan apa yang diharamkan al-Qur'an dan as-Sunnah.
Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah.
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah swt, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru ke arah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah swt menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang Islam yang lengkap." Sahabat bertanya lagi: "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah s.a.w. menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."
JENIS-JENIS DOSA.
Dosa terbahagi kepada 2 jenis, iaitu, dosa kecil dan dosa besar.
Imam Ibnul Qayyim berkata, Dosa itu dibahagi menjadi dosa kecil dan dosa besar berdasarkan nas Al Quran, As Sunnah, Ijmak Salafus Solih dan Qiyas. (Madarij As Salikin 1/342)
Syeikh Muhammad bin Solih Al Utsaimin menjelaskan bahawa yang dimaksud dengan dosa besar adalah setiap dosa yang diancam dengan siksa khusus seperti berzina, mencuri, durhaka kepada kedua orang tua, menipu, bersikap jahat kepada kaum muslimin dan lainnya.
Berikut beberapa dalil yang digunakan dalam permasalahan tersebut :
Allah Taala berfirman, maksudnya : "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu" (dosa-dosamu yang kecil). (An Nisa : 31)
Imam Al Qurthubi berkata, Ketika Allah Taala melarang dosa-dosa besar dalam surah ini, Dia menjanjikan bagi orang yang menjauhinya keringanan terhadap dosa-dosa kecil . (Tafsir Al Qurthuby 5/158)
Allah Taala juga berfirman, maksudnya: "(Iaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil". (An Najm : 32)
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat lima waktu, dari (solat) Jumaat ke (solat) Jumaat yang lain dan dari (puasa) Ramadhan ke (puasa) Ramadhan yang lain adalah penghapus dosa-dosa kecil di antara waktu-waktu tersebut selama tidak melakukan dosa besar (HR. Muslim )
Dosa-dosa samada kecil atau besar mungkin akan diampuni oleh Allah jika benar-benar bertaubat dan cukup syarat taubatnya, tetapi hukum pelakunya dari segi nama adalah mukmin yang kurang keimanannya. Disebut juga ia beriman dengan keimanannya yang fasiq akibat dari dosa besar yang ia lakukan, namun ia tidak keluar dari garis keimanan.
Allah Taala berfirman, Bermaksud: “Dan jika ada 2 golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu” (Al Hujurat : 10)
Allah Taala menyebut dua kelompok yang saling berperang sebagai saudara meski pun kedua kelompok tersebut melakukan dosa besar dan juga kepada kelompok yang ketiga yaitu kelompok yang mengislahkan (mendamaikan) keduanya.
Namun ada satu dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah Taala dan dapat menyebabkan pelakunya keluar dari Islam iaitu dosa syirik atau menyekutukan Allah Taala dengan yang lain, sebagaimana firmanNya;
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa selain (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar" (An Nisaa' : 48)
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril berkata kepadaku, 'Barangsiapa di antara umatmu yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, maka pasti dia masuk surga'" (HR. Bukhari).
DALIL TENTANG PENENTUAN JENIS DOSA
Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Qur’an, An-Nisa’ 31: Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar Yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat Yang mulia (syurga).
Dari ayat di atas, jelas terdapat dua jenis dosa, yakni dosa besar dan dosa kecil. Jelas pula bahawa Allah s.w.t. berjanji jika seorang hamba menjauhkan diri dari dosa-dosa besar, maka Dia akan memaafkan kesalahan atau dosa kecil yang pernah dilakukannya.
Haruslah kita ingat bahawa terdapat prasyarat untuk terpenuhnya janji Allah s.w.t. itu. Yakni, semua yang fardhu (wajib) seperti halnya solat, zakat dan puasa, harus tetap dikerjakan dengan tertib dan teratur, sambil terus berusaha menjauhi dosa-dosa besar, sebab meninggalkan yang fardhu itupun tergolong melakukan dosa besar. Jadi, jika seorang hamba melaksanakan semua yang diwajibkan (fardhu) dan meninggalkan perbuatan dosa besar maka Allah s.w.t. akan memaafkan dosa-dosa kecilnya.
Abdullah bin Abbas berkata,“ Setiap perbuatan menentang ajaran Islam adalah dosa besar.” Oleh kerana itu, jika dosa-dosa kecil dilakukan berulang-ulang, secara sengaja, dan dikerjakan dengan terang-terangan, maka akan terangkum menjadi suatu dosa besar.
Seorang ulama menerangkan pengaruh-pengaruh dosa kecil dan dosa besar dengan contoh berikut ini. Ia mengibaratkan dengan perbandingan sengatan kala jengking kecil dengan kala jengking besar. Juga ibarat rasa panas terbakar api kecil dibanding dengan terbakar api yang besar. Semuanya terasa sangat sakit, namun akibat yang ditimbulkan oleh yang besar meninggalkan kesan luka yang lebih parah. Kedua-duanya akan luka, cuma yang berbeza besar dan kecilnya. Jika beterusan dengan luka-luka yang kecil pasti seseorang itu akan menderita sama seperti sekali luka yang besar.
Begitu juga, kedua jenis dosa itu sama berbahayanya, akan tetapi kerosakan yang dideritai akibat dosa besar lebih parah daripada dosa kecil.
Muhammad bin Ka’ab Kuradzi berkata, “Ibadah yang terbaik kepada Allah s.w.t. adalah menjauhi segala dosa. Allah s.w.t. tidak akan menerima solat ataupun ibadah yang lain dari seseorang yang tidak menjauhi perbuatan dosa”.
Demikian juga, Fudhail bin 'Iyyad berkata, “Semakin dianggap kecil suatu dosa oleh seseorang, semakin menjadi besar dosa itu di hadapan Allah s.w.t..”
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Ketika seorang mukmin berbuat suatu dosa, dosa itu menjadi sebuah titik hitam pada hatinya. Jika ia menyesalinya (memohon keampunan) hilanglah titik itu. Jika ia tidak menyesali perbuatan itu maka titk itu akan membesar dan membesar sehingga menutupi seluruh hatinya.” Allah s.w.t. menjelaskan dalam firmanNya:
"Sekali-kali tidak (demikian)sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu telah menutupi hati mereka" (Al-Muthaffifin: 14)
Bilamana hati telah sepenuhnya tertutup oleh noda, tak satupun petunjuk dapat menembusi ke dalam hati dan orang sedemikian itu tidak akan mendapat manfaat dari peringatan-peringatan yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Hal ini ditekankan berulang-ulang di dalam Al-Qur’an, bahawa Al-Qur’an adalah peringatan bagi mereka yang sadar atas adanya Tuhan dan terbuka hatinya untuk menerima petunjuk.
Marilah kita mengertikan dosa besar sesuai dengan cahaya petunjuk dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Menurut ulama', setiap dosa yang telah ditetapkan siksanya di dalam Al-Qur’an; tentu saja Allah s.w.t. yang menetapkan hal itu; atau di mana terdapat ancaman api neraka, tergolong pada dosa-dosa besar. Maka, sebagaimana telah dihuraikan, dosa sekecil apapun jika selalu dilakukan secara membabi buta dan terang-terangan akan berubah menjadi dosa besar.
Seseorang menyebutkan kepada Ibnu Abbas r.a bahawa hanya ada tujuh dosa besar. Ibnu Abbas pun mengatakan tidak hanya tujuh. Sebaiknya katakan saja tujuh ratus. Adapun Imam Ibnu Hajar Makki r.a telah menghuraikan daftar dosa besar sekaligus dengan penjelasannya yang terperinci di dalam buku beliau, Kitabuz Zawajir. Terdapat 468 (empat ratus enam puluh lapan) dosa besar, ini hanya ditinjau dari segi ketidak-patuhan terhadap Allah s.w.t..
Bagaimanakah termaafkannya sebuah dosa kecil? Sebagai contoh terhapusnya dosa-dosa kecil dijelaskan di dalam sebuah Hadits yang menggambarkan sebagai berikut: Ketika seseorang berwuddu’, membasuh bahagian-bahagian kepala dan anggota badan, maka dosa-dosa yang berhubungan dengan bahagian-bahagian yang dibasuhnya itu pun hanyut oleh air wudhu' bagaikan gugurnya dedaun kering diterpa angin.
Ibaratnya, ketika kita berkumur-kumur maka terhapuslah dosa yang berasal dari lidah kita, ketika kita membasuh kaki maka terhapus dosa yang terjadi dengan melibatkan kaki-kaki kita. Pada waktu kita melangkahkan kaki menuju Masjid setelah berwudhu', setiap langkah kaki menjadi penebus bagi dosa-dosa kecil yang telah kita perbuat. Adapun dosa besar tidak boleh kita hapuskan hanya dengan berwudhuk ataupun mengerjakan solat.
PENYESALAN ATAU TAUBAT
Penghapusan dosa besar dilakukan dengan penyesalan yang tulus dan bersungguh-sunguh. Penyesalan atau taubat terdiri atas tiga unsur, iaitu:
Pertama: Orang yang berdosa besar harus mengenali dosanya dan mengakui bahwa ia telah berdosa.
Kedua: Dia harus berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
Ketiga: Haruslah ia merasa malu dengan perbuatannya itu dan secara tulus-ikhlas memohon keampunan daripada Allah. Kerana itulah jika orang yang mengerjakan solat dan menjalankan puasa namun masih melibatkan diri dalam perbuatan dosa besar, nescaya Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa-dosanya, baik yang besar ataupun yang kecil.
Nabi Muhammad s.a.w. menyebutkan jumlah dosa besar itu berlainan jumlahnya tergantung pada waktu dan situasinya. Oleh kerana itu para ulama sepakat mengatakan bahawa tidak ada angka pasti perihal jenis dan bilangan dosa-dosa besar.
Rasulullah s.a.w. menyebut di dalam beberapa hadits yang menentukan perlakuan manusia yang terlibat dengan dosa besar, antaranya sebagaimana berikut:
- Menyekutukan Allah
- Tidak Mematuhi Perintah Orang Tua (Ibubapa ke atas)
- Saksi Palsu
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Aku beritahu kepadamu tiga jenis dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah s.w.t., tidak patuh kepada kedua orang tuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (HR Bukhari dan Muslim)
- Menyekutukan Allah
- Membunuh anak-anak kerana khuatir akan kemiskinannya
- Berzina dengan Isteri Jiran atau orang lain
Masih dari Hadits Bukhari dan Muslim, seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal dosa besar. Jawab beliau adalah menyekutukan Allah s.w.t. Kemudian dosa besar apakah yang berikutnya. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, “Membunuh anak-anak kerana khuatir atas tanggung-jawab memberi makan.” Kemudian orang itu masih bertanya dosa apalagi yang berikutnya. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, “Berzina dengan isteri tetangga.” Perlu diingat bahawa berzina saja sudah merupakan dosa besar. Disamping itu, seorang mukmin wajib melindungi keluarga tetangganya. Maka, berbuat zina dengan tetangga bererti melakukan kejahatan berganda.
MENCACI ORANG TUA
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda, “Mencaci orang tua sendiri adalah dosa besar.” Dengan rendah hati sahabat bertanya: “Mungkinkah seseorang mencaci orang tuanya sendiri?” Beliau menjawab, “Kamu mencaci orang tua seseorang, kemudian dia membalas dengan mencaci orang tuamu.” Jadi, mencaci orang-tua dari orang lain sama saja dengan mencaci orang tuamu sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)
- Menyekutukan Allah
- Membunuh tanpa alasan
- Memakan harta anak yatim
- Makan Riba
- Lari dari medan jihad di jalan Allah
- Menuduh perempuan baik berzina
- Derhaka kepada Kedua Ibubapa
- Tidak menghormati Baitullah
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Menyekutukan Allah s.w.t., membunuh orang lain tanpa alasan kuat, menyalah-gunakan harta anak yatim, melakukan riba’, melarikan diri dari pertempuran, melemparkan tuduhan (memfitnah) kepada perempuan-perempuan solehah, tidak taat kepada ibubapa, dan tidak menghormati Baitullah, semua itu termasuk dalam kelompok dosa besar.” (HR Bukhari)
- Memfitnah
- Berputus Asa dengan Rahmat Allah
- Melanggar Hukum Faraid
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “Bila mana seseorang melemparkan tuduhan tanpa bukti hanya kerana ingin melecehkan orang lain, atau berputus asa terhadap kasih sayang Allah s.w.t. dan melanggar hukum-hukum waris, itu semua termasuk dosa-dosa besar.”
JAMAK SOLAT TANPA RUKHSAH
Menurut Hadits lain, menjamak dua solat dalam satu waktu tanpa alasan yang sah menurut syariat juga merupakan dosa besar. Solat hendaklah dikerjakan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.
- Sombong dan Takabbur
- Memakai Pakaian Menyentuh Tanah
- Riak dan menunjuk-nunjuk
- Tua tapi masih berzina
- Pecah Amanah
- Berbangga dan sombong dengan anak-anak yang banyak
- Mengampu Pemerintah kerana kepentingan diri
Pernah Rasulullah s.a.w.. bersabda, “Celakalah orang itu!” Beliau mengulangi sampai tiga kali. Abu Dzar r.a pun dengan rendah-hati bertanya, “Siapakah dia Wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Seorang yang sombong, yang mengenakan pakaian begitu panjang sehingga menyentuh tanah, seorang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah s.w.t. lalu diceritakan kepada orang-orang untuk berbangga dirinya, seorang yang telah lanjut usia namun berzina, seorang yang menduduki jawatan penting namun ia khianat, seorang yang telah diberkati Allah s.w.t. dengan keturunan yang banyak namun ia berlaku sombong, ataupun seorang yang memperlihatkan ketaatan kepada Imamnya (Pemimpin) dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan duniawi.” (HR Muslim)
- Minum Arak
- Derhaka Kepada Kedua Ibubapa
- Memutuskan Silaturrahim
- Sombong dan Takabbur
- Bertenung Nasib
- Redha dengan maksiat yang dilakukan keluarganya
Nabi Muhammad s.a.w.. bersabda, “Orang-orang ini tidak akan masuk Syurga; orang yang minum khamar (minuman beralkohol), orang yang tidak patuh kepada orang tuanya, orang yang memutuskan silaturahim dengan saudara-saudaranya tanpa alasan yang benar, orang yang membanggakan dirinya kepada orang lain, orang yang menuruti perbuatan syaitan untuk meramalkan yang belum terjadi dan seorang yang tidak berusaha mencegah keluarganya dari perbuatan-perbuatan maksiat (bertentangan dengan moral).” (HR Nasa’i dan Musnad Ahmad)
PENGADU DOMBA
Nabi s.a.w. bersabda, “Seorang pengadu-domba tidak akan masuk syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)
TUNTUTAN TAUBAT
Taubat hukumnya wajib ke atas semua manusia yang melakukan dosa samada dosa besar atau dosa kecil. Taubat Nasuha bererti taubat sungguh-sungguh yang beserta dengan perasaan menyesal.
Oleh itu samada dosa besar atau dosa kecil, wajiblah kita bertaubat kesemua dosa itu dengan taubat nasuha. Bukanlah taubat nasuha itu untuk dosa syirik sahaja. Solat taubat tidak wajib. Yang wajib ialah bertaubat itu sendiri iaitu berazam tidak mahu mengulangi lagi dosa yang sama dan menyesal di dalam hati kerana takutkan balasan Allah di kemudian hari.
Walau bagaimana pun sunat hukumnya bagi mereka yang bertaubat menunaikan solat sunat taubat tanda kesungguhan kita bertaubat dari dosa.
SENARAI DOSA-DOSA BESAR
1. Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (Syirik)
2. Membunuh manusia tanpa sebab
3. Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir
4. Meninggalkan solat fardhu
5. Tidak membayar zakat
6. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i
7. Tidak menunaikan haji walaupun mampu
8. Derhaka kepada kedua ibubapa
9. Memutuskan hubungan silaturrahim
10. Melakukan zina
11. Tidak menunaikan hak anak dan isteri
12. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan
13. Homoseksual (hubungan sesama jantina)
14. Mengambil, memberi serta menulis harta Riba
15. Makan harta anak yatim dengan kejam
16. Sumpah dusta dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.
17. Melarikan diri dari medan jihad
18. Pemimpin yang menipu dan kejam terhadap rakyatnya
19. Melakukan sumpah palsu
20. Menjadi atau bersaksi palsu
21. Judi dan sebarang bentuk pertaruhan
22. Minum arak atau minuman yang memabukkan
23. Menuduh perempuan baik berzina
24. Mencuri kerana kemegahan dan kemewahan
25. Merompak
26. Melakukan kezaliman terhadap orang yang lemah
27. Menafikan hak kepada orang yang berhak
28. Mengajar orangramai tentang hukum tetapi diri tidak melakukannya
29. Mengumpul kekayaan dari sumber yang haram
30. Bunuh diri
31. Berbohong
32. Hakim yang derhaka
33. Memberi rasuah dalam masalah hukum
34. Wanita menyerupai lelaki (tomboy, penkid) dan lelaki menyerupai wanita (pondan).
35. Perkahwinan cina buta
36. Kencing tidak dibersihkan sesuci-sucinya
37. Mempelajari ilmu untuk tujuan keduniaan serta bisu dalam menyatakan kebenaran.
38. Penipu dan khianat dan riya’ (sombong)
39. Mengungkit-ungkit pemberian
40. Menyalahkan takdir
41. Mencari kesalahan orang lain (menjaga tepi kain orang)
42. Mengadu domba (melaga-lagakan antara dua orang)
43. Membuat fitnah
44. Mengutuk orang Islam
45. Mengingkari janji
46. Mempercayai dukun, bomoh, sihir dan Ahli Nujum.
47. Nusyuz (isteri derhaka kepada suami dan sebaliknya)
48. Membuat atau mengukir patung
49. Menampar pipi atau menyiksa badan ketika berdukacita
50. Berbuat buruk terhadap orang yang lemah, kanak-kanak, isteri dan binatang
51. Menganggu jiran tetangga
52. Melabuhkan pakaian untuk menyombong
53. Lelaki yang memakai sutera dan emas sebagai pakaian atau perhiasan
54. Menyembelih binatang selain kerana Allah s.w.t.
55. Mengaku bapa sendiri kepada ayah angkat
56. Menamakan anak angkat dengan berbinkan namanya.
57. Berdebat dan memusuhi orang lain.
58. Menipu dalam timbangan dan perniagaan.
59. Merasa aman dari kemurkaan Allah
60. Putus asa dari rahmat Allah
61. Meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur
62. Mengubah wasiat
63. Mengintip orang Islam dan menyebarkan rahsianya
64. Mencela Nabi Muhammad s.a.w.
65. Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam
66. Menolak hadits Nabi Muhamammad s.a.w.
67. Mengingkari ayat al-Qur’an atau menghina al-Qur’an
68. Melakukan rasuah.
69. Melanggar hukum faraid
70. Mengampu pemerintah kerana kepentingan diri
71. Berbangga dan sombong dengan anak-anak atau harta yang banyak
72. Pecah amanah
73. Tua tetapi masih berzina
74. Riak dan menunjuk-nunjuk
75. Bertenung nasib
76. Menyambut Hari Valentine
77. Dayus atau redha atau membiarkan anak dan isteri melakukan maksiat dan dosa
78. Membunuh bayi
79. Menggugurkan janin
80. Menagih dadah

Subscribe to:
Posts (Atom)