Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

26 April 2013

Petua Menjaga Hati



Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah :

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Di olah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.  Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"..

2.  Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3.  Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4.  Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5.  Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6.  Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7.  Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8.  Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9.  Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10.  Kekalkan wuduk.

11.  Bersedekah.

12.  Belanja orang makan.

13.  Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14.  Berkawan dengan ulama.

15.  Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16.  Pesan pada orang, jadi baik.

17.  Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

24 April 2013

69 Petua Tradisional

1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya pada sebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan kencing malam.

3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

4. UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

5. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

6. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

7. SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

9. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

10. GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

11. MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.

15. HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.

20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.

22. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

23. CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.

24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.

25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

26. BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

27. UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat  peluh itu hilang dari tubuh anda.

29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

31. ELAK DARI MELECUR
Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun cecair, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.

32. BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK
Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda gerak gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

33. BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

34. HILANGKAN DEBU DARI BUNGA
Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga hiasan itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.

35. CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA
Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan membungkus keju itu
kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.

36. GULA UBAT LUKA
Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

37. PANAS TERKENA CILI
Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda berasa panas memijar. Untuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.

38. MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

39. TERKENA BISA IKAN KELI
Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.

40. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

41. LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis atau limau purut dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau ini juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

42. KHASIAT AIR BERAS
Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

43. RAWATAN LEPAS BERSALIN
Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.

44. UBAT SAKIT MATA
Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titiskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.

45. TAK PEDIHKAN MATA
Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris.

46. RAMBUT HITAM BERKILAT
Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.

47. DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING
Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging anda.

48. HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK
Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan. Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk menghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.

49. SUBURKAN POKOK BUNGA
Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.

50. BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT
Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.

51. KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH
Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).

52. PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH
Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

53. MEREDAKAN BENJOL
Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.

54. BATUK
Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.

55. BATUK BERTERUSAN
Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali sehari selama lebih kurang tujuh hari. Penderita perlu berpantang seperti berikut:
· Jangan terlalu banyak makan makanan manis
· Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
· Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
· Jangan makan banyak mekanan pedas
· Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

56. PENAWAR PENGSAN
Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil air segelas dan
bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup
pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar.
Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.

57. BENGKAK BUAH DADA
Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.

58. BENGKAK DI BAWAH TELINGA
Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.

59. MENCANTIKKAN BETIS
Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan. Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.

60. URAT BETIS MENONJOL
Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol, dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.

61. RAMBUT SELALU GUGUR
Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

62. ANAK SELALU KENCING MALAM
Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain.

63. KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING
Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.

64. HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA
Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.

65. ATASI MASALAH BULU KETIAK
Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

66. DAUN PERIA UBAT KURAP
Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

67. MEMBENTUK BULU KENING ANAK
Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu, kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja. Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.

68. HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR
Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.

69. RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN
Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.

Petua kurus tanpa ubat

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu... ..

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja... ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang... tapi kena rajin mengamalkannya... Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur... minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ... lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan... insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri... kini gastrik tiada lagi!

Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Di olah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan yang dilakukan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara- perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat."