22 February 2017

Menyayangi Binatang Mendapat Keampunan dan Pahala


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنْ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ مِنِّي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلَأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ لَأَجْرًا فَقَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Pada suatu ketika ada seorang laki-laki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemui sebuah perigi, lalu dia turun kedalam perigi itu untuk minum. Setelah keluar dari perigi, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya; Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang aku alami. Lalu dia turun kembali ke dalam perigi, kemudian dia menceduk air dengan kasutnya, dibawanya ke atas dan diberikan kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya.' Para sahabat bertanya; 'Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami apabila menyayangi haiwan ini? ' Jawab Rasulullah SAW: 'Menyayangi setiap makhluk hidup adalah berpahala.' (HR Muslim No: 4162) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Berbuat baik kepada sesama makhluk adalah dituntut sama ada kepada  manusia mahupun binatang.

2.  Memberi makan atau minum kepada binatang juga merupakan amal solleh yang mendapat ganjaran pahala.

3.  Mukmin yang memberi minum kepada binatang yang kehausan, akan diampunkan dosanya oleh Allah.

Marilah kita berbuat baik dengan saling bantu membantu ke arah mewujudkan  kehidupan yang dirahmati tanpa mengira bangsa, agama mahupun makhluk lain.