2 February 2016

ZIKIR DAN DOA HARI SELASA...



Assalamualaikum wbt

Zikir hari Selasa 

Selawat 'ALLAHUMASOLLI"ALAMUHAMMAD WA'ALA'ALIMUHAMMAD. 

Jom! Semoga mendapat Syafaat. Amin!

Doa hari Selasa
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام علي اشرف المرسلين سيدنا ومولانا محمد وعلي اله وصحبه اجمعين.

Ya Allah Ya Tuhan kami, 
sesungguhnya kami memohon kpdMu keimanan yg sempurna, keyakinan yg sebenar 
(bahawa tiada sesuatu yg akan menjadi milik kami melainkan apa yg telah Engkau tetapkan).          

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kurniakanlah kpd kami ilmu yg berguna agar dpt kami membaiki diri serta memberi manfaat kpd keluarga n masyarakat setempat.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kpdMu, dgn lidah yg tak kering selalu menyebut namaMu. Kurniakanlah kpd kami rezeki yg halal serta sifat pemurah agar kami terdorong utk berbakti kpd siapa yg memerlukannya.
Lindungilah kami drpd segala bencana, mala petaka, fitnah , khianat serta inaya drpa sumber yg nyata atau tersembunyi.

Ya Allah Ya Ghaffar, 
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli n para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

PAK NGAH....AZMAN BIN AHMAD





Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...

Dengan Rahmat dan Kasih SayangMu...

✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini.

✔ Bukakanlah pintu hatinya dan permudahkanlah kakinya untuk melangkah ke Masjid @ RumahMu Ya Allah.

✔ Lapangkanlah hatinya untuk sentiasa mengingatiMu.

✔ Bahagiakanlah keluarganya dalam mendapat RedhoMu.

✔ Luaskanlah dan Berkatilah rezekinya seluas lautan sebagaimana pernah Engkau anugerahi kepada Para Rasul, Para Anbiya' as dan juga Orang-orang yang Soleh.

✔ Permudahkan segala urusannya

✔ Kabulkan hajat dan cita-citanya

✔ Jauhkan dari segala Musibah dan sebaliknya Engkau gantikanlah Musibah dengan Kebaikan.

✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.

✔ Sebatikanlah dirinya dengan Sifat Mahmudah dan Istiqomah kanlah dirinya samada ROHANI mahupun JASMANI dalam melakukan AMAL SOLEH TerhadapMu

✔ Dan dekatkanlah dirinya untuk TAQARRUB KepadaMu

Aamiin Ya Robbal'Alamin.

DOA SEORANG IBU UNTUK PUTERA DAN PUTERI YANG TERSAYANG....



YA, Rabb.

Gerakkanlah anakku untuk senantiasa bangun segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan, walau bagaimanapun keadaannya.

Biasakanlah dia agar bisa membaca, menelaah, dan mendengar Al-Quran, berdzikir kepada Allah ta’ala dan tidak menghambur-hamburkan waktunya, dalam masalah yang tidak ada faidahya.

Berikanlah kepadanya kesungguhan untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab yang fasih.

Ya, Rabb.

Jangan sampai anakku memperbanyak perdebatan dalam setiap percakapan, karena hal itu tidak mendatangkan kebaikan.

Jauhkanlah dia dari banyak tertawa, karena hati yang selalu berkomunikasi dengan-Mu adalah tenang dan tenteram.

Jauhkan dia untuk tidak banyak bergurau, karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali kesungguh-sungguhan.

Jangan sampai dia mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan, karena hal itu akan mengganggu dan menyakiti.

Jangan biasakan dia berghibah atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apapun, dan biasakanlah dia berbicara dengan baik.
Berkenalan dengan saudaranya meskipun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah adalah cinta dan kerjasama.

Karena kewajibannya lebih banyak dari waktu yang tersedia, berikanlah dia kemampuan untuk menolong saudaranya dalam memanfaatkan waktunya.

Apabila mereka mempunyai keperluan, sederhanakan dan cepat selesaikan, Aamiin

SELF REMINDER....

:::Renungan Seketika:::
Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka? Soal saya memula bicara.

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi."

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."

Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

"Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaan nya, bukan tak pernah bermasam muka dgnya.

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dgn dunia yg perlu dihambat!

Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Alfatihah kepada ibu bapa kita samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia.

  

KEBESARAN SANG PENCIPTA...

SubhanAllah... Cantik petikan ini.
Kebesaran Sang Pencipta.
       
Allah Swt. BerFirman :
Wahai anak adam..    
Aku jadikan engkau dalam  perut ibu mu , dan aku tutup  wajahmu dengan penutup supaya tak lemas / terhidu engkau dalam rahim.

Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanan mu.

Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut.
Di kananmu hati dan di kirimu hempedu ibumu.

Setelah itu, Aku ajarkan engkau untuk tetap dan duduk di dalam badan ibu mu.
Adakah yang lain selain dari Ku yang mampu menjadikannya sedemikian.??

 Setelah berakhir penciptaan mu dan disempurnakan kejadian mu, aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan saying untuk mengeluarkan mu dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu.

Tiada bagi mu gigi untuk mengunyah, jua tangan, untuk menggapai,  juga kaki untuk berdiri
Engkau tidak punya apa2.

 Aku jadikan susu yang lengkap lagi bersih dari dada ibuMu, yang sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk.

Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau  dalam diri kedua org tua mu.
Tidak meniarap engkau sebelum mampu,  tidak duduk. Engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, tidak berdiri engkau sebelum mampu.

Apabila engkau telah kuat untok berjalan sekarang,  engkau bermaksiat  sa'at engkau berseorangan.!!
Dan engkau langsung tidak malu padaKu.

 Maka Aku tetap peringatkan:
 Jika engkau berdoa,  Aku makbulkan.
 Jika engkau meminta, Aku berikan.
 Jika engkau bertaubat,  Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam .. Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkan mu dari tubuh ibumu, dan ketika kau mati tidak juga engkau ketahui siapa yang memasukkan engkau ke kubur mu.

Sungguh ajaib perihalmu Anak adam..
Ketika kau dilahirkan ada yang menggosok dan membersihkan mu,
dan setelah engkau mati ada juga yang menggosok dan membersihkan mu.

Sungguh ajaib perihalmu Anak adam..
Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu,  dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan bersedih ke Atas mu.

Ajaib sungguh perihalmu Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu, Aku jadikan engkau,  didalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap.

Ajaib sungguh perihalmu  Anak adam..
 Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih untuk menutupi mu, mati mu juga engkau dikafankan dengan kain putih untuk menutupi mu.

 Ajaib sungguh perihalmu Anak adam ..
Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu.
Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat tentang amal2 engkau yang sholeh dan apa bekalmu untuk akhirat?

Paksakan untuk sebut di hati Dua kalimah Syahadah.
Asyha' du an Lailahaillallah,  Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
Bismillah.
Qul hu'wallah hu' Ahad.
Allah hu'ssomad.
Lam yalid wa lam yuulad.
Wa lam yaqullahu kufuwan Ahad

Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
 آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               أَمِيْن يَا  رَبَّ العَالَمِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ
 ٍِ  Semoga kita dapat menyebar luaskan kata kata yang bermanfaat ini.  Agar ia akan jadi ilmu Amal Jariaah Bagi jawapan Di hadapan Allah Nanti..

29 January 2016

Sayu....... Kisah suami ini terpaksa berbohong kereta rosak... Sangat menginsafkan kita...

      Maafkan saya bro...
Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat, ternampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le...

Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni...

"Asalamualaikum bro. Pehal ni?" Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. "boleh saya tengok?" Aku tanya dia. "Bro pomen ke?" Dia tanya aku balik."tak ahh...tapi saya pernah kena camni dulu" aku bagitau dia. "Takpe la bro, rase saya boleh setel ni". "Oo...ok la kalau cantu" kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuan..."masuk ni dah 2-3 orang nak tolong, awak tak nak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !".

Aku pun pusing balik kat dia. Aku suruh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari fuel pump. Memang takda minyak. Aku mintak spana hidup yang dia pegang dan bukak fuel pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je...dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering camni. Setahu aku, kalau pun fuel pump rosak, minyak mesti akan meleleh sikit dari salur tu bila kita cabut dari fuel pump.

Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak - tak naik langsung ! Meter tu rosak katanya.

Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cerita, aku keluar dan terus ajak dia cari pomen.
Mula dia tak nak. Tapi lepas bini dia membebel kereta buruk la, tak berguna la, apa la, dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam kereta tu, aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je...sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam, beli air soya dua kotak besar, 2 bantal roti bun (entah kenapa aku boleh terpikir nak belikan) dan bayar termasuk minyak.

Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentiasa ada dalam kereta aku, dia nak bayar, tapi aku cakap takyah la, macam la beratus...

Mungkin terasa nyusahkan aku, dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat kereta dia balik.
Aku ok je la...dalam 2 kilometer nak sampai dia suruh aku berenti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal?
Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah...aku punya la saspen masa tu tuhan je yang tau.

Aku pun berenti le...tetiba..."Bro, saya nak mintak maaf sesangat dengan bro". "Apsal ?" Aku tanya. Kelopak matanya berkaca digenangi air.

"Sebenarnya saya bohong. Kereta saya tak rosak pun bro. Kereta saya tu memang habis minyak." Aku tak dapat cakap apa dah..."Saya memang takda duit nak isi minyak. Saya ingat minyak kereta sampai la ke rumah, tapi..." Aku masih diam..."duit bro ni pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro..." Aku bagitau dia, pasal duit tu. Takpa...aku halalkan.

Dia sambung lagi. "Percaya tak kalau saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya?
Demi Allah bro...dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang berhenti, tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diorang cuma tanya, tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah...Allah hantar bro untuk saya."

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aih...dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le...Tapi dia tetap beria-ia ucap terima kasih kat aku. Lantak le hei...

Lepas tu dia pandang anaknya.

"Abang, maafkan babah ye. Babah belum dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?" Anaknya angguk kepala.

"Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal kereta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tak nak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang rasa malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentiasa beusaha untuk senangkan ibu dan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye." Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beranak tu berpelukan sambil menangis. Aku keluar kereta...

Sumpah...Demi Allah, aku pun nangis sama...

Sambil kesat air mata, aku masuk kereta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup, aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. "Jangan bro, saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya...saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi pada saya ni." Dia mintak nombo telipon aku. Nak tak nak aku bagi...

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk...aku pesan sikit kat dia. "Nak, belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat......
Besok kalau dah berjaya, jaga babah dan ibu macam babah jaga nenek sekarang. Doa bebanyak supaya babah tu sentiasa sihat dan tabah". Sambil aku selitkan duit yang babahnya tak nak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahuakbar...
Sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku...

Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk bertakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa bersyukurnya hidup kita.

#copy dari group sebelah...