29 January 2016

Sayu....... Kisah suami ini terpaksa berbohong kereta rosak... Sangat menginsafkan kita...

      Maafkan saya bro...
Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat, ternampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le...

Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni...

"Asalamualaikum bro. Pehal ni?" Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. "boleh saya tengok?" Aku tanya dia. "Bro pomen ke?" Dia tanya aku balik."tak ahh...tapi saya pernah kena camni dulu" aku bagitau dia. "Takpe la bro, rase saya boleh setel ni". "Oo...ok la kalau cantu" kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuan..."masuk ni dah 2-3 orang nak tolong, awak tak nak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !".

Aku pun pusing balik kat dia. Aku suruh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari fuel pump. Memang takda minyak. Aku mintak spana hidup yang dia pegang dan bukak fuel pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je...dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering camni. Setahu aku, kalau pun fuel pump rosak, minyak mesti akan meleleh sikit dari salur tu bila kita cabut dari fuel pump.

Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak - tak naik langsung ! Meter tu rosak katanya.

Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cerita, aku keluar dan terus ajak dia cari pomen.
Mula dia tak nak. Tapi lepas bini dia membebel kereta buruk la, tak berguna la, apa la, dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam kereta tu, aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je...sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam, beli air soya dua kotak besar, 2 bantal roti bun (entah kenapa aku boleh terpikir nak belikan) dan bayar termasuk minyak.

Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentiasa ada dalam kereta aku, dia nak bayar, tapi aku cakap takyah la, macam la beratus...

Mungkin terasa nyusahkan aku, dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat kereta dia balik.
Aku ok je la...dalam 2 kilometer nak sampai dia suruh aku berenti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal?
Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah...aku punya la saspen masa tu tuhan je yang tau.

Aku pun berenti le...tetiba..."Bro, saya nak mintak maaf sesangat dengan bro". "Apsal ?" Aku tanya. Kelopak matanya berkaca digenangi air.

"Sebenarnya saya bohong. Kereta saya tak rosak pun bro. Kereta saya tu memang habis minyak." Aku tak dapat cakap apa dah..."Saya memang takda duit nak isi minyak. Saya ingat minyak kereta sampai la ke rumah, tapi..." Aku masih diam..."duit bro ni pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro..." Aku bagitau dia, pasal duit tu. Takpa...aku halalkan.

Dia sambung lagi. "Percaya tak kalau saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya?
Demi Allah bro...dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang berhenti, tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diorang cuma tanya, tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah...Allah hantar bro untuk saya."

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aih...dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le...Tapi dia tetap beria-ia ucap terima kasih kat aku. Lantak le hei...

Lepas tu dia pandang anaknya.

"Abang, maafkan babah ye. Babah belum dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?" Anaknya angguk kepala.

"Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal kereta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tak nak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang rasa malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentiasa beusaha untuk senangkan ibu dan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye." Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beranak tu berpelukan sambil menangis. Aku keluar kereta...

Sumpah...Demi Allah, aku pun nangis sama...

Sambil kesat air mata, aku masuk kereta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup, aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. "Jangan bro, saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya...saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi pada saya ni." Dia mintak nombo telipon aku. Nak tak nak aku bagi...

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk...aku pesan sikit kat dia. "Nak, belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat......
Besok kalau dah berjaya, jaga babah dan ibu macam babah jaga nenek sekarang. Doa bebanyak supaya babah tu sentiasa sihat dan tabah". Sambil aku selitkan duit yang babahnya tak nak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahuakbar...
Sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku...

Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk bertakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa bersyukurnya hidup kita.

#copy dari group sebelah...

11 January 2016

Tips Cara Mengempiskan Perut Tanpa Berdiet Atau Bersukan


Perut besar atau buncit boleh disebabkan tumpukan lemak yang ada di perut atau otot perut yang tidak terlatih. Pelbagai usaha tentu akan anda lakukan untuk mengurangkan tumpukan lemak tersebut, dari mulai diet rendah kalori sampai senam dan bahkan yang paling ekstrim melalui sedot lemak.

Jepun mempunyai cara unik untuk melatih perut supaya tegang dan hasilnya perut boleh mengecil. Caranya hanya dengan meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat. Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu mempunyai hasil yang berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut.


 1. sediakan sebatang straw

 2. Potong straw 5 cm

 3. Ratakan salah satu hujung straw

4. Tutup separuh lubang straw dengan salotape

 5. Mulut straw setelah ditutup dengan salotape 1/2 bahagian

 6. Tarik nafas dalam-dalam dan tiup dengan kuat straw selama 5 saat

 7. Lakukan selama 3 minit setiap hari

8. caranya, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat

 9. Beberapa orang telah melakukannya selama 2 minggu dan hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berjaya mengecilkan perut

 10. Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas

11. Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut semakin meningkat

7 January 2016

AL KISAH SEBUAH RUMAH

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter. 

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara. 

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. 

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab. 

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,

Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.

Senyum.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

3 Petanda Bila Kucing Datang Kepada Kita

Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
Kredit: Ustaz Shukri Harun

Gelisah

GELISAH ialah hati yang tidak tenteram, merasa khuwatir, resah, tidak tenang, cemas atau risau.

Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran. (Saidina Ali Karramallahu Wajhah)

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d di datangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa. Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut”

Ibnu Masu’d berkata, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini: 

Pertama, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Quran. 

Kedua, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah. 

Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”

Wallahu a'lam.

Maniskan Wajah

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" 

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." 

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. 

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Ubat sakit tekak buatan sendiri

Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Berikut merupakan petua bagi melegakan sakit tekak yang menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya sudah ada di dapur rumah anda. Pastinya ia menyihatkan dan menjimatkan perbelanjaan anda.

Bahan-bahan :
  • Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
  • Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
  • 1 cawan madu lebah asli
  • Bekas berpenutup (350ml – 400ml)

1. Campurkan hirisan lemon (3 atau 4 hirisan) dan halia ke dalam bekas.

2. Tuangkan madu lebah asli ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu.

3.Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.

4. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.

5. Masukan satu atau dua sudu teh ‘agar-agar’ madu itu ke dalam cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya dan kacau. Ianya boleh diminum seperti minuman kegemaran anda. Kekerapan minum bergantung pada keperluan (keadaan sakit tekak anda).

6. Ubat ini hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama satu hingga dua bulan.