14 May 2013
Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit
“Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung ke rumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairanan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek Al Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Al Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan di Akhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. ”
Dipetik dari tulisan Abu Hikam.
sumber asal : http://kuasaikerjaya.wordpress.com/2012/06/27/baca-dan-fahamilah-al-quran/
DOA : Cara tadah tangan yg betul
Doa senjata orang
mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang
baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang
kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ba. Titik ba letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ba bernama Har Hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan .
Mencari keberkatan doa
Doa senjata orang mukmin. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
1) Angkat tangan ke paras dada
2) Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba. Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama har hayaail. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi SAW
6) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana Allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.
Wallaahu a'lam
29 April 2013
Mutiara Kata : Pengorbanan
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Butanya kita tidak melihat pengorbanan ibu. Pekaknya kita tidak mempedulikan nasihat ibu. Bodohnya kita lebihkan orang lain daripada ibu.
Kadang kadang kita kena susahkan diri kita untuk kesenangan orang lain. Biar ikhlas. Itu baru namanya pengorbanan.
Inginkan MUTIARA selamilah LAUTAN.
Inginkan BAHAGIA tempuhilah PENDERITAAN.
Inginkan KEJAYAAN relailah PENGORBANAN.
Syurga dipenuhi dengan beribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya memerlukan bermacam Pengorbanan.
Manusia tak akan mendapatkan apapun tanpa melakukan pengorbanan.
Kadang-kala mereka yang suka meremehkan adalah mereka yang belum mengerti maksud sebuah Pengorbanan.
Sukar untuk menjadi orang yang dicintai, perlukan pengorbanan, namun jika kamu bersama orang yang tepat, segalanya akan menjadi MUDAH!
Hidup tak semudah membalikkan tangan, semua memerlukan perjuangan dan pengorbanan.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.
Pengorbanan yang disertai keikhlasan sama ertinya dengan tidak mengungkit apa yang pernah dilakukan dan dikorbankan.
Saat kita merasakan pahitnya mencapai suatu kebahagiaan, disaat itulah Tuhan sedang mengajarkan kita tentang sebuah pengorbanan.
Pengorbanan yang baik, akan menuai hasil yang baik. Walau pun tidak sekarang, pasti mempunyai berkah.
Di setiap pengorbanan pasti ada balasannya yang setimpal. Karma.
Pengorbanan yang ikhlas selalu menghasilkan sesuatu y ang indah.
Diperlukan pengorbanan untuk menuju puncak. Makanya hanya segelintir orang yang sampai di puncak. Itulah Sang Pemenang.
Sesuatu yang indah kadang-kala memang harus ada pengorbanan dalam mendapatkannya.
Jika kau menginginkan hasil yang besar, kau juga harus siap dengan pengorbanan dan perjuangan yang besar.
Kesuksesan itu mengajarkan kita untuk mengerti apa itu Pengorbanan.
Hidup memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan.
Menunggu itu kesabaran, kesabaran itu pengorbanan dan pengorbanan itu bukti kasih sayang.
Hidup yang penuh kebahagiaan tidak akan terjadi begitu saja, diperlukan banyak doa, kerendahan hati, pengorbanan, dan cinta.
Walau sebanyak mana pengorbanan yang ku usaha di dunia ini, jasa ibu takkan dapat ku balas hingga hujung nyawa yang masih berbaki.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan
risiko y ang besar.
Jambatan terpendek= PUTUS ASA
Jambatan terpanjang= PENGHARAPAN
Jambatan terkuat= IMAN
Jambatan termahal= PENGORBANAN
Jambatan terindah= KASIH SAYANG
Bila dasar suatu cita-cita bermula, perjalananannya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Pengorbanan yang baik, akan menuai hasil yang baik.
Sesuatu yang indah, tak diraih dengan mudah. Kadang harus ada pengorbanan untuk mencapainya.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Setiap kesabaran ada ganjaran. Setiap pengorbanan ada hasilnya.
Perkahwinan itu bukan sekadar I love you, I sayang you, tapi perkahwinan membawa kepada erti sebuah tanggungjawab dan pengorbanan.
Semua cerita sukses, tak pernah tertulis tanpa adanya pengorbanan. Berjuanglah demi apa yang kau yakini hingga tercapai kesuksesan.
Hidup adalah perjuangan. Perjalanan adalah pembelajaran. Jika tak ada pengorbanan, maka lambat laun kita akan tertinggal.
Bila dasar suatu cita-cita bermula, perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Kejayaan itu mengajarkan kita untuk mengerti apa itu Pengorbanan.
Jika kau menginginkan hasil yang besar, kau juga harus siap dengan pengorbanan dan perjuangan yang besar.
Akan selalu ada pengorbanan di dalam setiap pencapaian. Besarnya pengorbanan akan berbanding lurus dengan pencapaian yang diraih
Tuhan, terima kasih kebahagiaan hari ini. Jadikanlah kami sebagai orang yang memaafkan di atas kesalahan dan mengikhlaskan setiap pengorbanan.
Kita harus mampu membayar harga sebuah mimpi yang besar. Sebab kesuksesan dari mimpi itu selalu memerlukan perjuangan dan pengorbanan.
Pengorbanan diri sebenarnya bukanlah pengorbanan, tetapi sebuah kebesaran jiwa
Hidup memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan.
Tak ada pengorbanan yang sia-sia. Meski mungkin tujuan tak tercapai, tapi akan selalu ada pelajaran yang dapat diambil.
Pengorbanan yang baik, akan menuai hasil yang baik. Walau pun tidak sekarang, pasti mempunyai berkah.
Saat kita merasakan pahitnya mencapai suatu kebahagiaan, disaat itulah Tuhan sedang mengajarkan kita tentang sebuah pengorbanan.
Tidak perlu terlalu jauh jika ingin berkorban dan berbakti, Ayah dan Ibu adalah y ang terdekat yang dapat kita berikan bakti dan pengorbanan kita.
Tak ada pengorbanan yang sia-sia. Meski mungkin tujuan tak tercapai, tapi akan selalu ada pelajaran yang bisa diambil.
Jangan pernah mengabaikan pengorbanan orang tua, berilah suatu prestasi yang membuat mereka bangga.
Setiap impian dan keinginan itu memerlukan perjuangan dan pengorbanan.
Keluarga adalah tempat terbaik bagi kita untuk belajar tentang sebuah pengorbanan.
Tak ada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan besar dibangun dari disiplin, perjuangan keras, pengorbanan dan keyakinan!
Terkadang kebahagian harus diraih dengan pengorbanan. Tetapi setiap pengorbanan belum tentu mendapatkan kebahagiaan.
Jika dugaan sepanjang sungai, maka KESABARAN itu seluas samudera. Jika pengorbanan sebesar bumi, maka KEIKHLASAN harus seluas jalan raya
Pengorbanan kadang-kala haruslah dilakukan, tetapi itu akan terbayar lunas apabila kita percaya semua akan berakhir indah pada waktunya
26 April 2013
“KESAN DARI “THINK POSITIVE”
Bijak pandai ada berkata:
BERHATI-HATI DENGAN PEMIKIRAN ANDA KERANA IA AKAN MENJADI PERCAKAPAN ANDA.
BERHATI-HATI DENGAN PERCAKAPAN ANDA KERANA IA AKAN MENJADI PERBUATAN ANDA.
BERHATI-HATI DENGAN PERBUATAN ANDA KERANA IA AKAN MENJADI KETERBIASAAN ANDA.
HATI-HATI DENGAN KETERBIASAAN ANDA KERANA IA AKAN MENJADI SIFAT ANDA.
Oleh itu, mari kita :
1. Berfikir yang positif,mudah-mudahan percakapan kita adalah percakapan yang baik-baik.
2. Bila percakapan kita yang baik-baik, mudah-mudahan perbuatan kita akan jadi baik.
3. Bila perbuatan kita yang baik-baik, mudah-mudahan kita terbiasa yang baik-baik.
4. Bila terbiasa buat yang baik,mudah-mudahan sifat kita akan jadi baik.
Renung-renungkan, dan selamat beramal !!
30 PERKARA TENTANG WANITA YANG PERLU LELAKI TAHU
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
7 Perkara Ganjil Yang Dialami Si Penggali Kubur
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.
"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
*Perkongsian ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)