17 April 2018

Buat sahabatku


❄Kita Ni Dah Tua;_
❄Wajah Luntur Di Telan Usia;_
❄Lain Didengar Lain Dikata;_
❄Lain Dicari Lain Yg Dijumpa;_
❄Mata Kabur Tak Kenal Rupa;_
❄Wang Di Saku Kadang2 Lupa_.

❄Kita Ni Dah Tua;_
❄Ada Cucu Elok Di Jaga;_
❄Buat Teman Di Waktu Senja;_
❄Anak2 Sibuk Tah Ke Mana;_
❄Kita Dok Termenung Di Jendela._

❄Kita Ini Sudah Tua;_
❄Gigi Dah Tak Tumbuh Uban Merata;_
❄Sekali Ingat Sekali Lupa;_
❄Macamana Nak Jadi Juru Kira._

❄Kita Ni Dah Tua;_
❄Ada Harta Elok Diguna;_
❄Bayar Zakat, Derma Ikhlas Masuk Dana;_
❄Entah Esok, Entah Lusa Entah Bila;_
❄Jangan Lagi Sibuk Nak Bina Empire;_
❄Lebihkan Amal Tambah Pahala._

❄Kita Ni Dah Tua;_
❄Tubuh Lesu Lutut Ketar;_
❄Elok Berzikir Dari Mengira Harta;_
❄Elok Berehat Dari Bekerja;_
❄Urut Kaki Pulas Tangan_ ❄Putar Kiri Putar Kanan;_
❄Sampai Dada Rasa Lega_
❄Alhamdulillah Masih Ada Usia._

❄Kita Ini Sudah Tua;_
❄Intai Sahabat Mana Yang Ada_
❄Ajak Bergurau Ajak Bersenda_
❄Jangan Lagi Kata Mengata_
❄Ajak Berlawak Ketawa Berjela_
❄Lupa Seketika  Kita Ini Sudah Tua ._
Salam Sayang buat semua

MENGAJAK MALAIKAT KE RUMAH

Malaikat patuh seluruhnya kpd Allah dan paling hampir dg Allah.Dalam banyak hal,malaikat boleh membantu manusia terutama untuk berbuat kebajikan dan sebagai pelindung. Firman Allah,"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.  (Fushilat 30-31).

Apakah usaha kita untuk menjemput malaikat ke rumah kita, jom kita kutip dari saranan quran dan hadis.

 Pertamanya rumah yg ahlinya berzikir kpd Allah. Sabda nabi,"Tidaklah sekali-kali sebuah kaum duduk dengan berdzikir kepada Allah kecuali mereka akan dikelilingi malaikat dan akan disirami rahmat dan akan turun kepada mereka ketenangan. Allah akan menyebutkan tentang mereka pada malaikat yang ada di sisi-Nya” (HR. Muslim)
Ini semua menunjukkan bahwa dzikir kepada Allah di rumah kita akan menjadikan malaikat memasuki rumah kita dan akan berada dengan kita. Sebaliknya rumah yang dikosongkan dengan dari dzikir maka malaikat juga akan menjauhinya.

Keduanya, rumah yg dibacakan quran didalamya.Sabda nabi,"Sesungguhnya rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan datangi malaikat, dijauhi syetan dan akan membanjir pula kebaikan ke dalamnya, jika dibacakan Al-Quran di dalamnya. Sebaliknya, rumah itu akan terasa sempit bagi penghuninya, akan dijauhi malaikat dan akan didatangi syetan serta tidak akan banyak kebaikan di dalamnya, jika tidak dibacakan Al-Quran” (HR. Ad-Darimi).Bacalah quran dirumah, ajaklah anak dan oenghuni rumah membaca quran.

Ketiganya, mereka yg menjalin silaturrahim akan juga ditenani malaikat.Abu Hurairah menceritakan bahwa seorang lelaki pergi untuk mengunjungi saudaranya di sebuah kampung yang lain. Maka segera diperintahkan kepada malaikat untuk menemani orang itu. Tatkala malaikat bertemu dengan orang tadi maka dia bertanya : Kemana engkau akan pergi? Lelaki itu menjawab : Aku akan pergi mengunjungi saudara saya di kampung itu! Malaikat itu bertanya :Apakah kau memiliki suatu nikmat yang akan kau berikan padanya? Orang itu berkata : Tidak, saya mengunjunginya semata karena saya mencintainya karena Allah! Malaikat itu berkata : “Sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu. Allah telah mencintaimu sebagaimana kau mencintai orang itu” (HR. Muslim) Hadis ini menunjukkan ziarah kaum keluarga itu juga sebagai kaedah menjemput malaikat bersama, dan sambutlah tetamu yg berziarah kerana mungkin bersama mereka adalah malaikat selain nabi menyuruh dimuliakan tetamu.

Keempat mereka yg  menuntut ilmu yang dinaungi sayap malaikat. Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk para penuntut ilmu karena suka dengan apa yang sedang dia tuntut” (HR. Tirmidzi).Usahakanlah supaya rumah kita juga menjadi tempat membina ilmu oleh ahli rumah,atau kumpulan pengajian dlm taman,kumpulan usrah,mengajar bacaan quran kpd kanak-kanak dll.

 Kelima, rumah orang dermawan yang akan dimasuki malaikat disebutkan dalam sebuah hadis bahwa malaikat akan senantiasa mendoakan mereka : Rasulullah Saw bersabda, Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah pada keluarga).” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kemuflisan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari no. 1442 dan Muslim no. 1010)

Itulah antara usaha yg boleh kita buat untuk menjemput malaikan untuk berada dirumah kita,mendoakan kesejahteraan kita.Jangan berasa kita cukup hebat dg amalan sendiri  sebagai bekal mengadap Allah,kerana tidak mungkin sia-sia apa yg diceritakan dlm quran dan oleh nabi tentang pertolongan malaikat ini.Sedangkan nabi pun bersahabat dg malaikat, maka memadalah jika kita berusaha untuk mengajak malaikat bersama kita seperti yg dianjurkan diatas.

Namun saya perturun satu hadis yg menegah perbuatan yg menyebab malaikat tidak turun ke rumah mereka.Rasulullah bersabda: “ Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan juga tidak memasuki rumah yang didalamnya terdapat gambar (patung)" [HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah].Perbuatan seorang jutawan kosmetik Melayu meletak patung depan rumah adalah suatu perbutan jahilliyah yg sesat dan menyesatkan.

Saya kadar mengingatkan.Jika anda masih nak memberi alasan,itu hak anda.Wallahu a'lam.

Walaupun Solat 5 Waktu Tetapi malaikat akan tetap Menyeret kita Ke Neraka Jika Melakukan "INI"...😱

Sekadar renungan dan peringatan bersama….

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka”

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
“Solat saya? Solat saya? Doa saya?”

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

“Siapakah anda?”

Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda”

“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

“Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!”

“Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..

“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

“Awak ingatkah itu semua??”

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…

Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan
mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi….


Kata-kata emas billionaire Dato Sri Vida

100% sebab orang berjaya bukan kerana KNOWLEDGE yg hebat atau SKILL yg hebat tetapi ATTITUDE Terapkan ATTITUDE seperti ini ke dalam DIRI ANDA.

1) Nak hebat kena terlibat

2) Bertangguh adalah 1 kesilapan besar untuk berjaya

3) Berani untuk gagal adalah tiket untuk kejayaan

4) Tiada istilah gagal dalam kamus orang - orang berjaya, cuma belum jadi je lagi

5) Buang benih yang negatif dan simpan benih yang positif dalam otak

6) Paling seronok bila kita sentiasa dapat pecahkan rekod peribadi

7) Pandang kejayaan masa depan bukan toleh kegagalan silam

8) Lagi lambat anda join maka lagi lambat kejayaan untuk anda

9) Zaman sekarang bukan zaman meminta gaji tapi mencipta gaji

10) Fokus sesuatu untuk masa depan, yang harian pasti bertambah baik

11) Work hard then work smart

Semoga bermanfaat👍

DOA BUAT SAHABAT

Bismillahi Rahmanirrahim ...

1. Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu
2. Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.
3.  Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.
4. Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah
5. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.
7. Mudahkanlah segala urusannya ,
8. Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya
9. Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan
10. Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta
11. Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.
12. Jadikanlah dia  penghuni SyurgaMu

           ‎      آمين يا الله
‎               آمين يا رحمن
‎               آمين يا رحيم
‎           أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.     

# Sahabatku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt ...

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati

Jahat atau Baik kita.
Solat jangan ditinggalkan.
Solat Bukan sebab kita baik.
Solat sebab perintah Allah.
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...

Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...

NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.
Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...

Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....

Kalau dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yg di kongsi itu bonus...

Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...
Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani mcm mana pun ...tetap Akan mati
Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...
Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati.
Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baikk
Meski terkadang kebaikan  tidak sentiasa dihargai

Jangan menjelaskan tentang  dirimu kepada siapa pun kerna yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan

Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan ang masih ada pada dirimu

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA... UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA

TIPS MEMBACA AL-QUR'AN

Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik2  dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.

Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.

Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri. 

Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:

Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya....

1. JUNJUNG (letak atas kepala) 
Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita. 

2. CIUM
Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. PELUK (letak di dada dengan erat) 
Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat. 

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita. 

Amalkan tips ini insya Allah..

Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa. 

Wallahu a'lam....