7 January 2016

Maniskan Wajah

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" 

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." 

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. 

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Ubat sakit tekak buatan sendiri

Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Berikut merupakan petua bagi melegakan sakit tekak yang menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya sudah ada di dapur rumah anda. Pastinya ia menyihatkan dan menjimatkan perbelanjaan anda.

Bahan-bahan :
  • Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
  • Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
  • 1 cawan madu lebah asli
  • Bekas berpenutup (350ml – 400ml)

1. Campurkan hirisan lemon (3 atau 4 hirisan) dan halia ke dalam bekas.

2. Tuangkan madu lebah asli ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu.

3.Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.

4. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.

5. Masukan satu atau dua sudu teh ‘agar-agar’ madu itu ke dalam cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya dan kacau. Ianya boleh diminum seperti minuman kegemaran anda. Kekerapan minum bergantung pada keperluan (keadaan sakit tekak anda).

6. Ubat ini hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama satu hingga dua bulan.

Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
sumber: thevocket.com

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang RM2


Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain.
Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.
Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.
Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!
Cuba la…Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang
sumber: Facebook

16 Petua Dan Cara Bagaimana Untuk Mencuci Hati Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih".

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, supaya jadi baik.

4 May 2015


KEHEBATAN PRODUK 4LIFE..TRANSFER FACTOR

1. Apakah itu Transfer Factor (TF)? Ia adalah zat molekul halus yang bijak (immune IQ) yang terdapat dalam kolostrum (susu awal). Ia bertindak sebagai pemberi maklumat kepada sistem imun tubuh badan. Setiap mamalia (manusia atau haiwan) yang menyusukan anaknya akan mengalihkan kepandaian sistem imun seluruh hidupnya kepada anaknya melalui susu awal yang dinamakan kolostrum. TF adalah "Senjata Daya Imun" yang paling berharga di dalam kolostrum. 2. Apakah itu Kolostrum? Kolostrum adalah susu awal yang terdapat dari 1 - 3 hari selepas si ibu melahirkan. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan "kepandaian sistem imun"? Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan kerosakan-kerosakan dari luar - yang mendatangkan penyakit. Sistem imunlah yang sentiasa memerangi musuh-musuh ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa musuh-musuh itu akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan Transfer Factor. TF bertindak sebagai "kamera penyimpan maklumat-maklumat" bentuk rupa jenis-jenis kuman, virus, kulat dsb. 4. Apakah yang mendorong para saintis untuk mencari TF dalam kolostrum? Melalui pengamatan, mereka dapati bahawa anak-anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati dalam beberapa ketika, walaupun terdapat banyak makanan-makanan lain yang diambilnya. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah sebab-sebabnya. Pengkaji dapati bahawa anak-anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem ketahanan yang terbentuk dan tidak mengenali rupa-rupa jenis kuman, virus, kulat dsb. Dengan adanya TF, sistem ketahanan anak-anak lembu dapat mengenali musuh-musuhnya, lantas dapat mempertahankan diri dari serangan. 5. Apakah sejarah di sebalik TF? Pada tahun 1949, Doktor H. Sherwood Lawrence, dalam kajiannya mencari penawar penyakit batuk kering (tuberculosis), mendapati bahwa sistem imun dari seorang yang sudah pulih dari penyakit, boleh dialihkan kepada orang lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia memberi gelaran sistem tersebut sebagai "Transfer Factor". 6. Apakah fungsi Transfer Factor? a) Meningkatkan aktiviti sel "Natural Killer" ketahap 200% - 400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makanan-makanan kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem katahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meronda, mencari dan memusnahkan bentuk-bentuk infeksi dan sel-sel berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel-sel kanser dan sel-sel yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dsb.
b) Meningkat IQ sistem imun (kebijaksaan) - TF memiliki gambaran rupa beribu-ribu jenis kuman-kuman perosak. Ia akan mengalihkan gambaran ini kepada sel-sel imun, supaya dapat mengenali musuh-musuh dengan cepat. TF memberikan informasi tepat supaya sel-sel imun dapat bertindak segera, menghapuskan kuman-kuman perosak, virus dan kulat, sebelum ia bertapak dan membiak di dalam tubuh badan.
c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif - Sistem imun yang di luar kawalan akan menyerang sel-sel baik dan juga tisu tubuh badan. Ini digelar dengan "penyakit autoimmune". Bahagian penenang TF akan menenangkan sel-sel imun apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi, dan mengarahkan sel-sel imun ke tempat lain yang diperlukan. Bahagian penenang ini adalah sangat penting untuk penyakit-penyakit autoimmune seperti lupus, arthritis, allergi, asthma, multiple sclerosis, psoriasis dan banyak lagi. 7. Jika TF terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak mengambil kolostrum sahaja? TF tidak membawa pada aIlergi, sedangkan kolostrum mengandungi banyak antibodi (protein susu yang kasar), sesuai untuk anak lembu, iaitu casein dan immunoglobulin, yang boleh membawa aIlergi pada manusia. TF tidak tertakluk pada mamalia tertentu, bermakna ia adalah sama mahupun dalam manusia ataupun mamalia lain. Kolostrum juga hanya mengandungi sedikit sahaja TF, dan anda harus mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg TF. lni bermakna I biji TF adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum. 8. Bolehkah mereka yang mempunyai aIIergi kepada susu atau "lactose intolerant" mengambil TF? Seperti yang diterangkan di atas, TF tidak membawa pada sebarang aIlergi, kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh sistem ekstraksi canggih milik 4Life Research. Yang terdapat didalarn TF adalah pati molekul "imun IQ". 9. Saya sedang mengamalkan makanan-makanan kesihatan lain seperti zat-zat vitamin, herba, enzim dan lain-lain. Apakah perlu saya mengambil TF? TF bertindak terus kepada sistem yang paling penting dalam tubuh badan manusia iaitu sistem imun ataupun daya menentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak dapat hidup. Dengan tidak memberikan sistem imun makanan tepat yang diperlukan, sistem imun itu akan mencuri bahan-bahan yang diperlukan dari sistem-sistem yang lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting. Makanan-makanan tambahan lain hanya memberikan zat pada sel dan organ tetapi tidak dapat memberi informasi atau kebijaksanaan kepada sistem imun untuk mengenali musuh-musuhnya. Sama juga seperti seorang yang kuat, tetapi jika terlalu bodoh atau gila, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuh-musuhnya. 10. Adakah terdapat bukti-bukti sains yang membuktikan TF dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan-makanan kesihatan lain? Ya! Walaupun makanan-makanan kesihatan lain mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam kesihatan manusia, TF memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992- 1999) oleh Jeunesse Inc - Institute of Longevity Medicine, California, ke atas 198 produk-produk terkenal di dunia ini yang terbahagi kepada lebih 400 ramuan, telah membukti penemuan ini. Dalam 198 produk, cuma 46 sahaja yang dapat merangsang sistem imun dari 10% - 48%. TF dan TF Plus dapat merangsang sistem imun ke tahap 283% dan 437% (sila lihat laporan penyelidikan). 11. Adakah kajian TF telah dibuktikan dan disahkan oleh sains? Sejak penyelidikan Doktor Sherwood Lawrence pada tabun 1949, terdapat lebih 3,000 laporan-laporan sains tentang kajian-kajian klinikal TF yang melibatkan beribu-ribu pakar perubatan dari seluruh dunia termasuk pakar-pakar bedah, doktor dan saintis-saintis terbilang. Penyelidikan ke atas TF menelan belanja sejumlah US$40 juta. 12. Jika TF terlalu bagus dan berkesan, mengapa tidak doktor-doktor menggunakannya di kIinik? Terdapat ramai para doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mula menggunakan dan mengesyorkan TF kepada pesakit-pesakit mereka. TF juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians' Desk Reference) iaitu buku panduan dan rujukan para-para doktor. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit-pesakit yang menggunakan TF, dan juga para doktor yang menganjurkan TF. 13. Adakah selamat menggunakan TF? la adalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikit pun kadar toksik. Pengkaji telah memberikan dose sehingga 2000 kali ganda kepada sukarelawan-sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan yang negatif. 14. Adakah semua orang boleh mengambil TF? Ya. Dari bayi yang baru lahir sehingga orang tua, boleh mengambil TF kerana ia adalah produk kurniaan alam semulajadi. 15. Adakah informasi tentang keselamatan menggunakan TF? Pada tahun 1980, FDA (USA) meluluskan kolostrum (susu awal lembu) dan diikuti dengan kelulusan mengambil TF dari kolostrum untuk kegunaaan manusia pada tahun 1985. 16. Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan TF? Semua orang yang ingin mencegah serta merawat apa sahaja penyakit dan juga mereka yang mahukan tenaga yang lebih, perlu mengambil TF. 17. Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil TF? TF mendidik sistem imun kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia terhadap serangan musuh-musuh di dalam tubuh badan kita. Serangan musuh-musuh ini terjadi setiap hari di dalam tubuh badan, akibat corak kehidupan zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan udara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita sehingga ke tahap tidak dapat dipulihkan kembali. Lagipun, walaupun kita sihat, sistem imun kita terpaksa bekerja "overtime" setiap hari, dalam memastikan kita tetap hidup. Ini boleh menyebabkan kita selalu berasa letih dan lesu, jika sistem ketahanan tidak mendapat TF yang secukupnya. 18. Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah saya mengambil TF juga? Ya, boleh! TF adalah asas "sistem ketahanan asas" untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan TF akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu. 19. Bolehkah wanita hamil mengambil TF? Ya, boleh. Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan negatif dari wanita-wanita hamil yang mengambil TF. Namun begitu adalah lebih baik meminta nasihat doktor masing-masing terlebih dahulu. Walaubagaimana pun, TF Plus tidak dianjurkan untuk wanita-wanita hamil. 20. Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil TF Plus? Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air, bubur atau sebarang makanan lembut. 21. Adakah TF sama seperti zat, vitamin, galian dan enzim? Tidak. TF adalah suplemen lain dari yang lain, dan tertakluk pada jenis tersendiri. TF adalah "otak" atau pun IQ kepada sistem imun. 22. Adakah TF terlalu mahal? Jika dibandingkan dengan daya kekuatan dan keberkesanan TF dalam merangsang sistem imun, ia adalah jauh lebih murah daripada produk-produk kesihatan lain. Contohnya, jus noni dan aloe vera merangsang sistem imun setinggi 15% sahaja manakala dengan TF Plus, ia dapat merangsang sistem imun setinggi 437 %, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi! Jika satu botol jus noni atau aloe vera berharga $40 (RM80), anda harus berbelanja $1,160 (RM2,320) untuk mendapat kekuatan yang sama seperti 1 botol TF Plus yang berharga cuma sekitar $85 - $llO ( RM240) sahaja. 23. Adakah selamat untuk mengambil lebih TF dalam sehari? Ya, selamat. Tidak terdapat sebarang laporan kesan toksik dari pengambilan berlebihan TF. 24. Bolehkan seseorang itu mengambil lebih banyak TF Plus dari apa yang disyorkan? Kadangkala seseorang itu perlukan dose yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi sokongan yang lebih kuat kepada sistem imun dalam menghadapi penyakit-penyakit tertentu. Cara yang terbaik untuk memulakan mengambil TF Plus adalah dengan mengikut dose yang tercatat di label. 25. Bolehkan TF diambil bersama zat-zat vitamin, mineral, enzyme, ginseng, gamat atau herba-herba lain? Ya, boleh. TF tidak bercanggah dengan nutrien-nutrien lain. 26. Apakah penyakit-penyakit yang memerlukan TF? Semua penyakit dari yang ringan seperti selsema, kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, dan sebagainya, memerlukan TF. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahawa sistem ketahanannya sudah kalah. TF akan mengejutkan dan merangsang sistem ketahanan seseorang itu untuk melawan dan mengatasi penyakit-penyakit tersebut. 27. Mengapa lembu dipilih sebagai sumber TF? Lembu mempunyai susu awal yang cukup banyak. TF tidak tertakluk kepada jenis tertentu, bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya adalah dari mamalia lain. Lembu juga lebih terdedah pada cabaran-cabaran alam sekitaran seperti kotoran, kuman, virus, hama, kulat, habuk dan sebagainya, menjadikan sistem imunnya jauh lebih gagah dari manusia. lni bermakna TF dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak "pengalaman" dan "kebijaksanaan" dalam mendidik dan merangsang sistem imun. 28. Adakah kemungkinan TF atau kolostrum dicemari oleh kuman lembu gila (mad cow disease)? a) Tidak mungkin. Pakar-pakar tentang penyakit lembu gila telah mengesahkan bahawa kuman BSE (bovine spongifonn encephalopathy) tidak masuk ke saluran mammari ke kolostrum. Pemeriksaan kepada semua lembu-lembu yang diserang penyakit lembu gila tidak satu pun yang mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahawa kesan jangkitan kuman pada tahap terakhir berada di otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah terdapat susu yang dijangkiti. b) World Health Organization (WHO) memberi kenyataan: "Ujian ke atas susu-susu dari lembu-lembu yang dijangkiti kuman BSE tidak menunjukkan sebarang jangkitan. Susu dan produk-produk yang diperbuat dari susu telah disahkan selamat dan bebas dari jangkitan sebarang kuman walaupun di negara yang mempunyai banyak insiden penyakit lembu gila (Great Britain)." 29. Mengapa harus saya mengambil TF jika saya sudahpun menerima informasi sistem imun sewaktu saya masih bayi? TF yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita untuk cabaran-cabaran pada masa itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran-cabaran baru sedangkan sistem imun kita semakin lemah akibat umur yang meningkat. Menguatkan sistem imun adalah tersangat penting untuk kesihatan yang berpanjangan. 30. Berapa kerap harus saya mengambil TF? Setiap hari, tubuh badan kita menghasilkan sel- sel imun baru yang memerlukan informasi. TF harus diambil setiap hari bagi memastikan sistem imun kita sentiasa mendapat sokongan dan didikan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang sentiasa memenuhi alam sekitaran kita. Apatah lagi di zaman sekarang di mana penyakit-penyakit berupa serangan virus seperti SARS, hand-foot and mouth disease, bird-flu, HIV-AIDs, semakin berleluasa. Para saintis juga telah mendapati bahawa kebanyakan penyakit-penyakit adalah berpunca mulanya pada serangan virus dan kuman. Ini termasuk penyakit kencing manis, jantung, TB, sawan, semput dan sebagainya. 31. Adakah sebarang peluang bagi syarikat-syarikat lain juga meniru dan menjual TF di pasaran? Syarikat-syarikat lain akan sentiasa mencari jalan untuk meniru dan menjual TF kerana mereka tahu bahawa TF mempunya pasaran yang sangat luas. Tetapi, perlindungan milik hak-cipta (patent) telah diberikan hanya kepada syarikat 4Life Research sahaja di dunia ini. Ini disebabkan, proses mengasingkan TF dari kolostrum, yang sangat rumit, telah dapat dihasilkan oleh para saintis di 4Life Research, setelah beberapa tahun menjalankan penyelidikan dan kajian. Dan produk TF milik 4Life Research sahaja yang disertakan dalam buku rujukan dan panduan para doktor (PDR), bukan TF dari syarikat-syarikat lain. Ini bermakna hanya 4Life Research sahaja yang memiliki TF yang diakui kualiti serta keberkesanannya. 32. Adakah saya perlu mempunyai latar belakang pengetahuan sains atau ubat-ubatan untuk berkongsi sama tentang TF? Tidak. Konsep TF mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem ketahanan manusia. Di mana , manusia sentiasa mencari jawapan dalam menjaga kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit (peningkatan imun). Ibu, bapa, kaum remaja, kanak-kanak kecil dan orang-orang yang sudah lanjut usia, semuanya sedang menghadapi cabaran-cabaran yang semakin hari semakin meningkat, dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan. Dengan berkongsi-sama informasi-informasi yang terdapat di risalah ini, kebanyakan dari soalan-soalan akan terjawab, dan anda secara tidak langsung, telah melakukan amal kebajikan dengan menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam kehidupan umat manusia, sesuai dengan hadis nabi yang berbunyi "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.